Friday, January 18, 2013

Why i love Dr M?


Aku suka Dr M sebab

1.Mengubah minda Melayu..dulu Melayu miskin 70 %..skrg kurang 5 %...

2.Apa dia cakap,dia buat,bukan cakap x serupa bikin..Sape cakap x serupa bikin?sendiri maw ingat la....

"kalau Dr M resign,sy akan resign..."Dr M dah 10 tahun resign org tua tu x resign2.....

3.Menerima pandangan orang lain walaupun pengkritik dan pembangkang...

4.Menghargai bangsa lain.Sebuah buku yg ditulis beliau ,Dr M memuji bangsa Cina kerana merancakkan ekonomi dengan pelbagai bisnes.

Apabila mereka berjaya,cukai dibayar kpd kerajaan dan sekaligus membantu kesemua rakyat Malaysia.

Mereka juga membantu memberi pekerjaan kpd ramai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Dr M berusaha utk menjauhkan sikap perkauman,namun beliau tetap mempunyai jati diri sayang bangsa Melayu.

5.Suka membaca.Pemimpin perlu suka membaca...

6.Menghargai masa.Ramai pemimpin tidak menghargai masa.Ada kisah seorang Menteri,mesyuarat jam 9 pagi,dia datang 11 pagi.....


7.Apabila berlaku pertentangan-Tun memilih jalan tengah,iaitu kepentingan majoriti.Contoh yang mudah adalah isu kekebalan Raja-Raja.Tun memilih menghapuskan imuniti Raja dan Sultan demi kepentingan majoriti rakyat walaupun imuniti menjejaskan kuasa sultan dan Raja.

8.Memanfaatkan lawatan.Tun bila melawat negara-negara maju,Tun akan pulang dengan idea penuh di poket dan ia akan diaplikasikan dalam memajukan negara.Namun ramai pemimpin dan pegawai kerajaan ke luar negara sebagai pelancong dan pulang penuh poket dengan buah tangan utk isteri dan anak-anak...


9.Tidak suka campur tangan isteri dan keluarga dalam pemerintahan negara.Ia amat berbeza di mana ada pemimpin lain mempunyai penasihat seperti isteri dan menantu.


10.Tidak pandang rendah orang lain.Datok Malik yang berusaha berjumpa Tun di masjid untuk memberitahu Tun bahawa beliau bersungguh 2 mahu berenang di selat Inggeris.Tun menyokongnya dan beliau berjaya.Begitu juga Azhar Mansor dll.Tun asaskan slogan "MALAYSIA BOLEH" untuk mencungkil bakat mana-mana warganegara dalam apa jua bidang.

11.Tun membaca semua surat dihantar dan tidak bergantung kpd pembantu.Namun ada pemimpin lain tidak membaca surat-surat dan bergantung kepada pegawai peribadi atau lain-lain.Akibat tidak peduli,banyak surat penting tidak dijawab.Sepanjang pengalaman aku,semua surat aku kpd Tun,beliau balas.

12.Tun bekerja bukan kerana nama...sejak Tun jadi PM hinggalah hari ini,tiada satu pun jalan atau bangunan dinamakan dengan nama beliau...

13.Tun x mahu anak-anak terlibat aktif dalam politik ketika beliau jadi PM.Mukhriz bertanding PRU setelah Tun bersara.Namun ada menantu seseorang jadi YB ketika mertuanya jadi PM.


14.Tun mengambil berat masalah rakyat.Sejak jadi PM ,Tun x pernah menaikkan harga minyak sehingga 70 sen spt seorang PM lain,beliau hanya naikkan 1 sen hingga 3 sen.


15.Berani mengkritik utk kebaikan negara.Tun mengkritik Tunku Abd Rahmah almarhum dan menerima padah dipecat dr UMNO.Tun kritik Pak Lah dan sanggup keluar UMNO demi negara.Tun bersikap berani kerana benar,bukan takut kerana jawatan atau pangkat.


16.Tun pernah berucap "Walaupun saya tidak akan hidup pada tahun 2020,namun Wawasan 2020 saya cetuskan untuk rakyat Malaysia.".

Ini menunjukkan Tun melakukan sesuatu untuk negara,bukan peribadi.

17.Tidak mudah marah dan melatah dengan fitnah.Bekas pemimpin PAS pernah memfitnah Tun tidak solat Subuh dan menonton filem lucah bersama cucu.Tun bukan sahaja tidak saman ,malah memaafkan pemimpin tersebut yg sudah pun masuk kubur.

18.Lakukan dahulu,dengar komen dan kritikan kemudian.Tun bina jambatan Pulau Pinang wlupun trpaksa berhutang dengan Jepun RM850 juta.Jambatan itu dibina untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi hub-ekonomi ,sekaligus pelancongan kerana ia adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara .


19.Tun berani berdepan Pak Lah di pejabat PM kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Pak Lah.Pembatalan jambatan bengkok amat merugikan negara kerana ia sudah separuh dibuat.Pembatalan projek jalan keretapi berkembar juga merugikan negara.Byk juga kesalahan Pak Lah yang Tun sebutkan ketika pertemuan,namun Tun bersikap terus gunakan blog kerana Pak Lah x menerima pandangan Tun.Tun merakam pertemuan dengan Pak Lah sbg bukti bahawa Pak Lah x menerima idea dan pandangan Tun.

20.Tun x suka pujian,sebab itu soalan-soalan wartawan dll yang memuji beliau,sering ditolak oleh Tun.Tun lebih sukakan soalan yang serius berbanding soalan bodek.

21.Nanti korang bacalah buku aku "PERIBADI DR MAHATHIR".Insya-Allah terbit tahun ni....


No comments:

Post a Comment