Thursday, May 5, 2011

Peruntuk bajet nasional untuk R&D kata Dr Mahathir

Peruntuk bajet nasional untuk R&D kata Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Kerajaan patut memperuntukkan bajet nasional bagi kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata bajet itu juga perlu ditambah secara berperingkat kerana R&D adalah usaha yang dilihat dapat menjamin keuntungan jangka panjang untuk negara.
"Mungkin masih belum mencapai 3 peratus lagi, tetapi secara beransur-ansur sedang meningkat kepada 3 peratus," katanya semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-25 MIMOS di Taman Teknologi Malaysia dekat sini.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu menyingkirkan mentaliti iaitu menjalankan R&D menelan kos tinggi dan tidak perlu belanjakan wang yang banyak untuk tujuan itu. "Kita masih berdepan masalah di mana orang masih tidak faham mengenai faedah penyelidikan dan pembangunan. Kita bersedia untuk menggunakan penyelidikan dan produk orang lain, tetapi untuk kita menjalankan penyelidikan adalah sesuatu yang agak baru. "Jika kita mahu memastikan keuntungan di masa depan, kita mesti menjalankan R&D," katanya.

Mengenai MIMOS, yang bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan mengenai teknologi, Dr Mahathir berkata organisasai itu telah mengubah cara berfikir rakyat Malaysia mengenai nilai penyelidikan.

Ia berjaya mencapainya disebalik "amaun yang amat kedekut" wang dibelanjakan bagi penyelidikan sejak MIMOS diwujudkan pada 1985, katanya dan menurutnya beliau kagum dengan produk-produk yang dibangunkan oleh organisasi itu.
Sempena sambutan ulang tahun MIMOS itu, Dr Mahathir dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan ICT Negara.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam ucapannya berkata Malaysia perlu meningkatkan pembangunan harta intelek (IP) jika mahu diiktiraf sebagai pencipta dan bukan sekadar pengguna bagi teknologi.
Beliau berkata pemasaran IP daripada penyelidikan akan memberikan pulangan daripada segi royalti kepada penyelididk dan menjana kekayaan kepada negara.
"Oleh yang demikian, fokus di MIMOS ialah menggalakkan para penyelidik menukarkan idea dan pembaharuan menjadi IP yang akan memberikan daya saing kepada negara," katanya.

Tahun lepas, katanya MIMOS menyumbang 40.4 peratus atau 135 daripada permohonan 334 paten oleh Malaysia yang difailkan di Patent Cooperation Treaty, dengan Malaysia menduduki ranking ke-25 daripada jumlah negara yang memfailkan paten di peringkat global. Beliau menggesa supaya dipertingkatkan penggunaan teknologi MIMOS di pasaran tempatan untuk menjana kekayaan untuk negara.

Sumber - BERNAMA

Wednesday, May 4, 2011