Thursday, January 26, 2012

Tidak amanah punca koperasi gagal - Tun Mahathir

Sikap tidak amanah dalam kalangan pihak pengurusan dan ahli koperasi menjadi punca utama kegagalan kebanyakan koperasi di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau difahamkan walaupun terdapat lebih 8,000 koperasi ketika ini, hanya 20 peratus daripadanya yang berjaya termasuk mencatatkan keuntungan baik.

"Salah satu kelemahan dalam koperasi adalah pihak pengurusan dan ahli-ahlinya tidak jujur atau amanah dalam pengurusan wang koperasi terbabit. Selain modal wang, sikap mereka ini juga adalah 'modal' untuk menggerakkan koperasi.

"Contohnya, apabila memperoleh modal RM1 juta, belanjakan ia untuk menggerakkan koperasi, bukan RM500,000 sahaja untuk modal berniaga dan selebihnya hal lain tidak berkaitan. Akibatnya koperasi menanggung kos pengurusan tinggi dan keuntungan pula rendah," katanya ketika berucap pada Program Bicara Bersama Tokoh bertemakan Cabaran, Peluang dan Peranan Koperasi dan Korporat Ke Arah Mencapai Wawasan 2020 di Sekolah Menengah Keat Hwa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.

Berucap di hadapan lebih 2,000 ahli dan pihak pengurusan koperasi di seluruh negara, kata Dr. Mahathir, pengurusan cekap turut memainkan peranan menjayakan koperasi.

"Menguruskan koperasi termasuk soal kewangan memerlukan kecekapan. Misalnya, kalau sesuatu perniagaan itu semata-mata menggunakan modal daripada pinjaman bank maka perkara sedemikian hanya meningkatkan kos. Apabila kos tinggi tentu keuntungan sedikit.

"Itu belum termasuk kos untuk membayar gaji kepada pihak pengurusan," katanya.

Tambah beliau, kerajaan menyediakan pelbagai peluang untuk masyarakat termasuk koperasi membabitkan diri dalam bidang perniagaan terutama di bandar besar.

"Pelbagai peluang diberikan seperti perniagaan francais, sebab ia mudah dan tidak perlu modal besar dan promosi pun sudah ada. Harapan kita peniaga bumiputera mungkin mampu menguasai 60 peratus perniagaan di bandar.

"Tetapi mereka tidak berminat kerana perniagaan kecil, untung pun kecil, mereka nak besar. Jadi apa kita lihat, hanya satu kaum berniaga di bandar," katanya.

sumber : UTUSAN

Alih pasaran ke Asia langkah tepat



Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai pada Program Bicara Bersama Tokoh di Sekolah Menengah Keat Hwa, Alor Setar


Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan mengalihkan pasaran ekonomi dari Eropah ke negara Asia terutama China dan Taiwan sejak kebelakangan ini merupakan satu langkah yang tepat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah tersebut sedikit sebanyak mampu mengelak negara daripada turut terjerumus ke dalam krisis ekonomi teruk negara Eropah ketika ini yang disifatkannya sukar untuk pulih.

“Kalau berdagang dengan Eropah dan dia tidak ada duit mahu beli barang kita, maka kita tidak boleh mendapat keuntungan.

“Namun, saya melihat kerajaan berusaha untuk mencari pasaran lain dan sekarang terdapat pasaran baik di China, Taiwan dan negara ASEAN lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Program Bicara Bersama Tokoh bertemakan Cabaran, Peluang dan Peranan Koperasi dan Korporat Ke Arah Mencapai Wawasan 2020 di Sekolah Menengah Keat Hwa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.

Dr. Mahathir mengulas tentang laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini bahawa krisis hutang awam Eropah dikhuatiri semakin mengancam ekonomi global.

Tambah beliau, kerajaan perlu lebih agresif mencari lebih banyak pasaran lain di negara Asia ekoran kelembapan ekonomi di Eropah yang memakan masa untuk dipulihkan.

“Semua pihak termasuk rakyat juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan produktiviti, kuat bekerja dan kurangkan bercuti.

“Kalau tidak berjaga-jaga, cuma minta gaji lebih, keluaran tidak meningkat dan kita akan menjadi macam orang Eropah,” katanya.

sumber : UTUSAN

Tun Mahathir dianugerah ijazah kehormat universiti Thailand

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini esok.

Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.

Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.

Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.

SUMBER — BERNAMA

Dr M: Auku relevan bagi orang 'tak tahu jaga diri'

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di Alor Setar hari ini.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah AUKU adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya.

SUMBER - Bernama

Sunday, January 22, 2012

'Saman dia punya hak' - Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, beliau bersedia menghadapi tindakan saman oleh seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung dakwaan salah laku penjawat awam dalam pemotongan kuantum gaji kor pegawai dalam pasukan keselamatan itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, itu merupakan hak individu terbabit untuk mengemukakan saman berkenaan termasuk terhadap bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak apalah. Saman dia punya hak. Kalau saya dipanggil (ke mahkamah), saya pergilah.

"Saya terimalah saman apa pun," katanya ketika ditemui pada majlis makan tengah hari sempena Kejohanan Tenis BMW Terbuka Malaysia 2012.

Kelmarin, seorang bekas pegawai ATM memfailkan saman terhadap beberapa individu termasuk Kuan Yew atas dakwaan salah laku penjawat awam sehingga menjatuhkan maruah kor pegawai ATM.

Plaintif, Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mendakwa mewakili 403 pegawai dalam perkhidmatan dan yang telah bersara daripada ATM memfailkan writ saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain Najib, beliau menamakan kesemua bekas Perdana Menteri iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai defendan kedua.

Plaintif turut menamakan Ketua Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura sebagai defendan ketiga hingga ketujuh.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, saman itu berkaitan kecacatan, keanehan dan ketidakseimbangan dalam perhubungan antara sivil dan tentera di negara ini serta salah laku berunsur khianat dan penipuan oleh defendan-defendan dari 16 September 1963 hingga 16 September 2013 terhadap kor pegawai ATM.

Jelasnya, penipuan itu dilakukan untuk menjatuhkan darjat, martabat dan maruah kor pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor pegawai supaya menjadikan status mereka lebih rendah daripada pegawai awam lain dalam sektor awam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, beliau akan meneliti writ saman tersebut termasuk perkara berkaitan pemotongan kuantum gaji terbabit.

"Saya tak tahu. Saya kena kaji semula. Saya pun dah lupa habis dah," katanya.

sumber :Utusan

EUROPE AND NORTH AMERICA

By Dr Mahathir Mohamad

1. Ever since the Europeans and this includes the Americans, lost to the Eastern countries in the manufactured goods markets, they have switched to the financial market. Through the many products they created in this market they seem to be able to grow and maintain their wealth and prosperity as shown by such indices as the GDP and Per Capita income.
2. But the business is spurious. The financial market is basically about gambling. Ever since America decided that the market should regulate itself, that there should be less Government, all kinds of unacceptable practices have been allowed. Short selling expanded from shares to commodities to currencies, Banks lend more money than they have and allowed highly leveraged borrowings by hedge funds and currency traders. They indulge in sub-prime loans, securing these imprudent lending by mortgaging and insurance.

3. In real business the costs in the European countries are unduly high because of high salaries and wages for workers’ pensions, bonuses, short working hours, long paid holidays, unemployment and other social benefits. The standard of living may be high but European products cannot compete with the products of the East in world markets.


4. The currency trading today, for example is said to be worth four trillion dollars a day, equal to the total productivity of Germany in one year. Whereas producing goods and services by Germany spins off all kinds of supporting and other businesses as well as millions of jobs, currency trading spins off no businesses nor create any real jobs. All the dealing involves only the entry of figures in bank books. The earnings are real enough and can contribute to GDP and Per Capita growth. But the picture of economic growth indicated by these indices is false as the wealth belongs to a very small percentage of the population.
5. The sums involved are however huge, running into hundreds of billions and even trillions of dollars. When the bottom fell out, the losses are equally huge, sufficient to bankrupt even the biggest banks. Even countries can go bankrupt.

6. When you lose money, you become poor. Countries are the same. When they lose money or they borrow beyond their means and cannot pay, they become poor.

7. The problem is an unwillingness to admit that they, the Europeans, the Americans, the icons of the free market and economic prosperity are now poor. As a result all the manoeuvres so far are aimed at staying rich, at maintaining a lifestyle that is untenable.

8. The only real way out is to accept a lifestyle that is associated with lower incomes. But the people are demanding to live the rich life they were used to before. The austerity programs are rejected with demonstrations and strikes. And these simply aggravate the situation.

9. If wages and salaries as well as bonuses and other perks are lowered, then the production of goods and services by the workers would cost less. The goods will be able to compete again in the markets against those of the East. Real businesses would then be able to be resuscitated.

10. At the same time the financial market should be curbed. Operations out of tax havens should not be allowed and all accounts must be submitted to the authorities. Currencies should be pegged to a new independent trading currency based on a specific amount of gold or other precious metal. The fluctuation in value would be minimal, making doing business less uncertain.

11. With the lower cost of production there will be no necessity to outsource in Asia. The industries of Europe would be revived and contribute towards overcoming unemployment and early settlement of debts. Real wealth would be generated.

12. The Europeans also spend far too much on weapons. Research, development and upgrading swallow up huge amounts of money. As the weapons become more sophisticated the costs go up sky high. Where before a fighter plane would cost a million dollars, now they cost 50 to 100 million dollars.

13. Yet these weapons are quite useless in fighting the guerrilla wars they are likely to face. And they dare not have wars with countries with the same military capacities because it would be ruinous for everybody and would probably spell the end of the world.

14. Their military budget contributes to the wastage of funds as the likelihood is that the weapons would never be used for the purpose they are developed, certainly not on the scale they are being prepared for.

15. Everything points towards a new Bretton Woods. The world’s economy has become much more liked and integrated that a new set of monetary, financial and banking system needs to be negotiated and devised, taking into consideration the views and problems of the poor countries as well. There should be no thoughts about hegemony; military, political or economic.

source :
http://chedet.cc/

Tun Dr Mahathir Mohamad PNB Park KL

Wednesday, January 18, 2012

Tambat mata wang ikut nilai emas




TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.

"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.

SUMBER :utusan

Dr Mahathir sifatkan Anwar 'juara pertandingan membuat rayuan'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, dalam sejarah kehakiman negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai 'juara pertandingan membuat rayuan' terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan ke atasnya.

Menurutnya, terbaru dalam kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, apa yang sering didengari sepanjang empat tahun ini hanyalah rayuan demi rayuan yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu.

''Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

''Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

''Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan. Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru bertajuk Hak Merayu di blognya, http://chedet.cc.

Dr. Mahathir berkata, memandangkan Anwar didapati tidak bersalah, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa hak Mohd. Saiful untuk membuat rayuan dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

''Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah? Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

''Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira?

''Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan pembangkang bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapuk dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?," soal beliau.


sumber :UTUSAN

Tuesday, January 17, 2012

HAK MERAYU -DR M

Dr Mahathir Mohamad

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.


4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.
5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

SUMBER : http://chedet.cc/

Sunday, January 15, 2012

Kalimullah apologises to Dr M

Businessman Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan yesterday apologised to Tun Dr Mahathir Mohamad for any embarrassment caused to the former prime minister over his article in the New Sunday Times published on June 11, 2006.

The article was in relation to the then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi’s meeting with Dr Mahathir in Japan.

Kalimullah’s apology was contained in a settlement statement in his RM50 million defamation suit against lawyer Matthias Chang Wen Chieh.
The statement was read out by Chang’s counsel Datuk R K Nathan in chambers, acoording to the counsel.

Nathan told reporters that both the plaintiff and defendant had reached an amicable settlement in the RM50 million defamation suit and RM150 million counter claim respectively.

He said High Court Judge Datuk Asmabi Mohamad recorded the settlement.
Nathan said that the defendant unreservedly withdrew and retracted all allegations he made against Kalimullah during a press conference held on June 13, 2006 and apologised to him and ECM Libra for any embarrassment caused to him as a result.
“And the plaintiff also withdrew and retracted all allegations he had made in respect of his article on June 11, 2006 in the New Sunday Times with regard to the then Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi’s meeting with Tun Dr Mahathir Mohamad in Japan and also apologised to Tun Dr Mahathir for any embarrassment caused thereby,” he said.

Nathan also said there was no order as to costs.

Meanwhile, Chang told reporters that he felt vindicated as Kalimullah had unreservedly apologised over the alegations on Dr Mahatahir in his article.
“To me it was important that Tun Dr Mahathir had been vindicated as well as me,” he said.

Kalimullah also said that he felt vindicated and glad that the allegations had been withdrawn, as well as for the apology and retraction made by the defendant.
“My family, friends and I have gone through tremendous stress and duress because of these baseless allegations,” he said.

“I accept his apology with an open mind and want to move on. This should never have happened but I am glad it is over,” said Kalimullah, who was represented by counsel Prakash Menon.

Kalimullah had filed the defamation suit on June 29,2006 after Chang had allegedly made statements against him on June 13 the same year at a press conference, a report of which was published in the Singapore Straits Times through its Malaysian correspondent, Leslie Lau.

Chang, previously a political secretary to Dr Mahathir, filed a counter-claim against Kalimullah on July 14, 2006,seeking RM150 million in damages among others.
The settlement came while the suit was still being heard in court with the hearing scheduled to continue today. The court before this had heard Kalimullah’s testimony while the defendant had yet to present his case.

Source —Bernama

Lagu untuk Tun Dr Mahathir



Kau Yakin Percaya Nasib Bangsa kan berubah ...
Engkau Bangkit Membela dengan akal bijaksana...
Biarpun bertaruh maruah...
Kau melangkah gagah dan perkasa...
Katamu pasti jadi kerja...
Kerjamu pasti menempah jaya ...
Kau bangkitkan kesedaran ...
kau pasakkan keyakinan...
Kitalah bangsa ...
aku merdeka...
kan teguh berpadu kukuh ...
Terbilang sejarah terpahat ..
menjadi kenangan berabad..
KETUANAN BANGSA MARUAH AKAN DIJULANG
WALAUPUN NYAWA BERCERAI BERPISAH
ENGKAULAH PENAKLUK BISTARI
LAGENDA BERTUAH BERBUDI ..
Masih kau mencium haruman dan zat bumi...
Walau duduk nun tinggi di langit
kau penakluk yang gagah perkasa
kau pelindung maruah bangsa
kau menghamparkan kemuliaan ini
kepada BANGSA ...
Mahathir PERKASA
Mahathir WIRA BANGSA
Engkau ilmuwan terbilang MAHATHIR ...
Masih kau mencium haruman dan zat bumi...
Walau duduk nun tinggi di langit
ENGKAULAH PENAKLUK PERKASA .....!!!!!

Saturday, January 14, 2012

Ucapan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia

15 Ogos 2007

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalam’alaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Saudara pengerusi majlis,

tuan-tuan,puan-puan hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ucap berbanyak terima kasih kepada PRIMA.


Pada mulanya saya ingat ini syarikat jual susu tapi rupa-rupanya dianya adalah Prihatin Malaysia (Prima).

Saya ucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap sedikit pada pagi ini.

Dan saya lihat bahawa yang hadir ini terdiri daripada pelbagai kumpulan termasuk juga ahli parti lawan dan mereka yang sudah tentu tidak bersetuju dengan saya.

Saya percaya bahawa mereka berada di sini kerana sebab-sebab tertentu, certain reasons. Saya bukanlah pakar dalam tulisan Shakespeare tetapi saya nak sebut satu ungkapan yang digunakan oleh Shakespeare dalam Hamlet yang berbunyi;

“There is something rotten in the State of Denmark”

Dan mungkin kehadiran kita pada pagi ini ialah kerana there is something rotten in the State of Malaysia.

Bau busuknya demikian sehingga untuk mencari jalan untuk mengurangkan kebusukan ini kita terpaksa berbincang usul asal busuk ini.

Apakah benar keadaan dalam negara kita ini rotten?

Itu terpulanglah kepada penilaian yang dibuat oleh kita. Kalau kita mengikut media arus perdana, tentulah keadaannya cukup baik, baunya cukup wangi di dalam negara kita baik daripada segi politik, daripada segi ekonomi ataupun daripada segi sosial.

Tetapi media arus perdana juga tidak dapat menghapuskan semua berita yang memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan dengan keadaan yang lebih tepat dalam negara kita ini.

Umpamanya media perdana juga melaporkan tentang jenayah yang berlaku dalam negara kita. Mungkin jenayah ini di zaman Perdana Menteri lama pun banyak, tetapi ini perception sahaja.

Kita tidak buat perhitungan. We have not done a study to count the number of cases during 1981-2003 compared to post period. But impression kita, perception kita ialah jenayah semakin banyak, sehingga ada orang yang takut keluar dari rumah.

Kalau keluar dari rumah mungkin mereka disamun dengan cara yang kasar sehinga ada yang mati kerana beg tangannya diragut oleh penjenayah.

Saya baru dengar bahawa, seorang yang terkenal juga, semalam saya dengar...orang dewasa, apabila berjalan seorang diri di satu jalan maka dianya melihat sebuah motosikal dengan dua orang dan kemudian percubaan dibuat untuk menyamunnya.

Jelas sekali jalanraya kita tidak menjadi selamat lagi. Ramai yang hidup dalam ketakutan. Kalau ada duit banyak pun takut juga, kalau rupa cantik pun takut juga, yang tak cantik pun takut juga kerana mereka ini tidak begitu memilih.

Kita dengar berapa ramai yang terbunuh, dibunuh, kanak-kanak dibunuh dan macam-macam jenayah yang berlaku.

Saya fikir jumlah jenayah yang berlaku sekarang ini lebih daripada dahulu dan satu perkara yang terpaksa kita sebut ialah penjenayah jarang sekali didapati bersalah. Kita dapati orang yang bunuh didapati tidak ada kes. Orang yang menyogok wang, tidak mengaku dia menyogok, dengan itu tidak ada kes juga. Jadi kalau kita bunuh orang dan kita mengaku kita tidak bunuh maka tidak ada kes lah!

Ini cara-cara baru dan kita...saya terbaca satu rencana yang ditulis oleh seorang yang mempunyai kredibiliti, iaitu bekas IGP (Ketua Polis Negara) Tun Hanif Omar.

Saya diberitahu saya tidak harus menyebut perkara ini kerana dia melibatkan polis. Tetapi ini bukan saya kata. Yang kata ini ialah Tun Hanif dalam rencananya yang membuat satu tuduhan yang amat serius.

Dia berkata polis terbahagi dua, satu dipimpin oleh IGP, satu lagi dipimpin oleh seorang director polis bersama-sama dengan Timbalan Menteri.

Ini ditulis dengan terang. Demikian juga kegagalan AG (Peguam Negara) umpamanya membawa kes ke mahkamah, mendapat kemenangan dalam mahkamah juga disebut, dan kredibiliti AG juga dipersoalkan.

Dan dia juga berkata bahawa sukar untuk mempercayai apa yang dilaporkan, atau apa yang disebutkan oleh mereka-mereka ini.

Banyak lagilah yang ditulis dalam rencana ini yang memberi gambaran bahawa keadaan sosial dalam negara kita ini tidak begitu baik, bahkan Malaysia boleh dikatakan tidak lagi selamat kerana jenayah berlaku di mana-mana sahaja dan apabila jenayah berlaku penjenayah kalaupun ditangkap tidak kena hukum walaupun kita nampak terang bahawa yang membunuh ialah sipolan-sipolan tetapi akhirnya didapati oleh mahkamah, evidence, bukti, yang didakwa oleh pihak prosecutor (pendakwaraya) tidak mencukupi.

Dengan itu banyaklah pembunuh yang terlepas, tidak dikena apa-apa hukuman. Apabila kita lihat penjenayah yang kita tahu memangpun penjenayah terlepas begitu sahaja, dianya menjadi satu galakan kepada penjenayah yang lain.

Mereka boleh buat apa sahaja akhirnya mereka akan bebas dan tidak akan dihukum, jauh sekali dihukum dengan hukuman yang berat seperti di gantung sampai mati.

Sebab itu jenayah semakin berleluasa di dalam negara kita. Mungkin ada pendapat yang berkata bahawa ini tidak benar. Saya ni serba salah. Apabila saya buat teguran sedikit maka mereka kata “Awak dulu samalah. Malah lebih dahsyat lagi - You are an even worse dictator.”

Jadi sukarlah bagi saya nak pertahankan diri saya kerana saya pun tidak ada bukti yang jelas bahawa keadaan sekarang ini lebih buruk dari dahulu.

EKONOMI

Dalam bidang ekonomi kalau kita baca dalam akhbar mainstream media ini ekonomi baik, akan tumbuh 6 peratus tetap. Tidak ada masalah yang berlaku ke atas Wall Street. Tidak akan menyebabkan apa-apa kesan kepada Malaysia. Ini disebut oleh pegawai tertentu walaupun pada esok hari dilapor bahawa Bursa Malaysia telah jatuh beberapa mata.

Jadi yang nyata pun kita boleh nafi sekarang ini kalau kita ikut apa yang dilaporkan oleh media arus perdana, kita akan dapati segala-galanya cukup baik dalam ekonomi negara kita, tumbuh dengan pesat, apatah lagi rancangan-rancangan yang akan diadakan.

Koridor sudah banyak koridor sekarang ini dan kita belum tahu samada koridor ini sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 ataupun tambahan kepada RMK9.

Tetapi kita tahu bahawa setelah diumumkan koridor-koridor ini dan gambar-gambar berkenaan apa yang akan dilaksanakan, on the ground nothing is happening. So I do not know whether this is a fact or not but that is the impression I get but mega project yang dilakukan dahulu adalah satu kesalahan besar tetapi mega projek dulu cuma dua bilion atau tiga bilion tetapi sekarang ini berbelas bilion. Jadi sekarang lebih mega lagi daripada dulu.

Tetapi tak mengapa kerana kita buat tak salah tapi orang lain buat yang itu memanglah salah kalau buat benda yang sama. Ekonomi negara dikatakan baik tetapi ramai daripada peniaga-peniaga, kontraktor-kontraktor mengeluh. Mereka tidak dapat projek, tidak dapat perniagaan, perniagaan tidak begitu baik, tetapi mereka enggan menyuarakan pendapat mereka secara terbuka. Kalau jumpa mereka memang bisik sesuatu dan ada yang minta supaya saya lakukan sesuatu. Apa sesuatu saya tak tahulah apa yang saya nak lakukan ni, tetapi ada yang berkata demikian juga.

Jadi dalam bidang ekonomi pun tidak ada ketelusan seperti yang dijanjikan. There is no transparency. Kita tak tahu bagaimana projek itu diberikan kepada badan tertentu. Ya memang diberi kepada GLC (Government link Company – Syarikat berkaitan Kerajaan).

GLC adalah, sebahagian sekurang-kurangnya milik Kerajaan. Dan kalau Kerajaan beri pada badan milik Kerajaan tak mengapalah. Tetapi badan milik Kerajaan ini tidak ada keupayaan untuk melaksanakan projek.

Tak boleh nak buat jambatan, tak boleh nak buat jalan, tak boleh nak bangun apa-apa badan-badan GLC ini. Tentulah terpaksa nak memberi kontrak kepada sesiapa.

Apakah kontrak itu diberi secara terbuka, dengan telus, dengan transparent ataupun diberi secara tertutup, dirahsiakan kepada syarikat-syarikat tertentu yang kita tidak kenali kadang-kadang dan ada juga yang kita kenali tetapi kita tak tahu siapa pemegang sahamnya, siapa beneficiaries-nya.

Kalau dianya terlibat dengan keluarga pemimpin tertentu, yang memberi (kontrak) bukan Kerajaan, (tetapi) yang memberi ialah GLC. Ini salah GLC.

Jadi ini adalah cara mengelak daripada dituduh menyalah guna kuasa untuk memperkayakan keluarga sendiri. Satu perbuatan yang dianggap tidak baik dahulu, mungkin sekarang dianggap sebagai baik.

WPI DAN JAMBATAN BENGKOK

Ini berlaku dalam bidang ekonomi dan projek-projek yang lama sudahpun dibatalkan kerana ditentang oleh negara jiran. Tetapi ada juga orang terutamanya Bloggers yang membuat tuduhan tak baik dengan niat jahat iaitu sebabnya yang projek ini dibatal ialah kerana tidak dapat jual pasir.

Fikir tengoklah nak jual pasir satu tahun 50juta cubic meter, 20 tahun, satu bilion cubic metre, tentulah penjual, ataupun yang dapat konsesi mendapat duit yang banyak.

Kalau satu satu ringgit satu cubic metre pun dah satu bilion ringgit. Tetapi kerana tentangan yang dibuat oleh orang Johor yang tidak ada pengetahuan, orang Johor ini memanglah dia tidak tahu apa pun tapi dia tentang tak boleh jual pasir, dan kerana tentangan itu maka dideranya orang Johor ini dengan tidak mengadakan jambatan sama sekali walaupun di sebelah wilayah kita.

Ternampak seolah-olah di dalam negara kita pun kita perlu minta keizinan daripada jiran kerana nak jaga hati jiran. Ini penting, kita mesti jaga hati jiran. Kita tak hendak bermusuh dengan jiran, jadi kalau nak buat apa-apa pun kita mesti tanya kepada jiran bahkan kalau boleh kita lantik menteri-menteri jiran untuk menentukan pembangunan dalam negara kita.

Dahulu kita tak mungkin bangun negara kita kalau tak tanya jiran, sebab itu kita tak dapat bangun Putrajaya ini kerana kita tidak ada jawatankuasa Menteri jiran. Kita tak dapat bangun Langkawi, kita tak dapat bangun mana-mana tempat di Malaysia ini. Yang terjadi, jadilah tapi tengok Putrajaya tak elok sama sekali kerana kita tak minta nasihat daripada Menteri jiran jadi kita sekarang ni tak boleh.

Dulu ada satu orang tu dia cipta slogan “Malaysia Boleh”. Sekarang ni ada orang kata lebih baik kita panggil Malaysia tak boleh kerana semuanya mesti tanya orang.

Kalau orang lain kata boleh baru kita boleh, kononnya tambak Johor ini kita tak boleh tempuh barang satu ketul batu pun tanpa mendapat izin daripada jiran.

Tapi kalau jiran nak tempuh tambak ini ataupun nak rosakkan tambak ini ataupun nak buat apa, mereka tak pula berkata mereka perlu mendapat izin daripada kita.

Jadi nampak keizinan ini menguntungkan sebelah pihak sahaja. Itu persepsi sayalah. Mungkin saya salah tetapi inilah yang ternampak dan saya yakin bahawa Koridor Utara dan Koridor Timur tidak dapat dilakukan kerana tidak mendapat nasihat daripada negara asing.

Kita perlu mungkin, minta Menteri Thai ataupun minta Menteri dari negara lain untuk nasihat kita bagaimana nak bangunkan koridor-koridor kita. Koridor ini cukup susah nak dibangunkan.

Jadi inilah keadaan dalam bidang ekonomi. Apabila kita batalkan jambatan yang kita telah mula bangunkan maka kita dapati bahawa CIQ (Custom, Immigration and Quarantine - Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) yang telah dibina itu tak dapat digunakan kerana Kerajaan yang lama dahulu begitu bodoh membangunkan CIQ ini lebih daripada satu kilometer daripada Tambak Johor.

Untuk kereta-kereta yang pergi dan balik daripada CIQ ini perlulah ada satu jalan yang tinggi - Overhead Road. Tetapi nak buat overhead road ini sudah timbul masalah teknikal - bagaimana ianya akan turun ke atas tambak, di mana tambak bertemu dengan daratan. Kalau dia turun terlalu curam, lori semua akan terbalik. Tetapi tak apa. Di Malaysia lori terbalik adalah perkara biasa. Kalau di Tambak Johor kita buat jalan yang menjunam dengan mendadak untuk sampai ke Tambak Johor, itu akan sebabkan banyak kemalangan, itu tak apa.

Bila CIQ ini tak diguna apakah kita rugi? Saya fikirlah, secara bodoh, kalau kita belanja satu bilion ringgit untuk sesuatu yang kita tak akan guna tentulah kita rugi.

Ini RM1.4 bilion telah dibelanjakan untuk CIQ dan sehingga sekarang tidak dapat digunakan kerana tidak dapat disambung dengan tambak Johor. Kalau disambung melalui daratan ataupun jalan biasa akan menyebabkan kesesakan lalulintas di Johor.

Sebab utama kita hendak dirikan jambatan dahulu ialah kerana kesesakan lalulintas di Johor Baru. Jadi kalau kita sambungkan CIQ ini melalui jalan biasa ianya akan meyebabkan lebih banyak kesesakan lalulintas di Johor Baru. Tetapi itupun tak mengapa juga kerana kesesakan merupakan satu perkara semulajadi yang patut kita terima.

SKANDAL PROTON

Kita rugi mungkin satu bilion ringgit kerana tidak menggunakan bangunan CIQ yang telah kita bina tetapi ini tak mengapa. Sama juga dengan apabila kita beli MV Agusta dengan harga hampir RM500 juta, lepas itu kita jual dengan harga RM4.

Itu menjadi keuntungan yang besar! Itu perkiraanlah. Saya yang bodoh ini anggap kita rugi. Tak tahulah. Itu perhitungan saya yang tak begitu bijak. Tetapi katanya tak mengapa. Saya rujuk kepada Securities Commission (SC - Suruhanjaya Sekuriti) kerana apabila sebuah syarikat menyebabkan kerugian yang tak patut ada, maka dia merugikan minority shareholders dan SC adalah badan yang ditugaskan untuk menjaga supaya syarikat-syarikat berjalan dengan baik.

Tetapi kalau mereka dengan sengaja menjual sesuatu yang dibeli dengan harga RM500 juta hanya dengan harga RM4 dan SC berpendapat bahawa ini tidak mengapa kerana RM500 juta tak banyak memandang bahawa Proton itu asetnya lebih RM10 bilion, jadi tak apalah hilang RM500 juta. Tak banyak, only 1/20th of its asset. Tapi tak tahulah aset Proton sekarang ini banyak mana. Kalau betul aset Proton RM10 bilion, saya fikir Volkswagen dah beli dah.

Tapi saya dengar cerita. Ini cerita orang mulut tak baik lah tu. Kerana mereka cerita kononnya VW nak beli dengan harga RM1 untuk 51% saham dalam Proton. Sebab itu tak dapat dijual. Dulu boleh jual MV Agusta dengan harga RM4 sahaja jadi wajarlah VW minta beli Proton 51% at RM1, not RM1 per share, but RM1. Ini cerita orang, saya mengaku saya tak boleh confirm.

Jadi kalau tuduh saya salahlah. Tapi yang betul yang saya dengar ialah penjualan MV Agusta ini. Penjualan MV Agusta dengan harga RM4 untuk menyelamatkan Proton daripada kerugian. Jadi bila jual benda yang kita beli dengan harga RM500 juta kita jual dengan harga RM4, kita elak daripada kerugian!

Yang itu tak tahulah saya dulu belajar mathematics, arithmetic pun belajar juga. Tapi pada sayalah, ini merugikan. Tapi mereka kata tak rugi. Jadi saya baru-baru ini dengar orang yang beli MV Agusta ini dengan harga satu Euro, lebih kurang RM4, sudah jual sebahagian sahaja daripada MV Agusta, iaitu Husqvarna, sebuah syarikat Swedish dahulu yang dibeli oleh MV Agusta yang mengeluarkan motosikal off-road.

Husqvarna baru-baru ini telah dijual kepada BMW. Tentulah orang yang (beli) dengan harga RM4 ini akan untung kalau dia jual dengan harga RM5!

Tapi yang saya tahu dia jual dengan harga lebih RM400 juta. Atau 93 juta Euro. Yang sebut tu Tengku Mahaleel. Dia dulu kerja dengan Proton.

But he claims to know something about Proton. Dia tahulah harga berapa. Jadi untung berapa? Kalau beli dengan harga RM, kita jual dengan harga RM400 juta, saya rasa untung juga kan?

So somebody made a profit. Somebody who sold Husqvarna pada BMW made a profit. Quite a good amount of profit.

Kenapakah dahulu Proton tidak tunggu dan terima tawaran daripada syarikat-syarikat seperti BMW sebelum menjual dengan harga RM4 kepada siapa? Gevi...

Saya cuba cari siapa dia syarikat Gevi ini. Tidak ada dalam senarai, dalam bursa di Itali, kononnya ini syarikat Itali. Yang ada adalah syarikat lain yang namanya sama tetapi tidak ada dalam perniagaan itu, tak beli MV Agusta. Jadi ini misteri. Not only is the smell bad but there is also there is a lot of mystery about this smell.

Bau busuklah jugak yang ini. Tapi kita tak boleh soal yang ini. We should not ask. Ini kerana pengurusannya memang baik. Memang orang yang mempunyai semangat kebangsaan yang cukup kukuh. Sebab itu mereka rela menyelamatkan Proton daripada rugi dengan menjual dengan harga RM4!

Tapi apa kira...kalau banyak itu kita sanggup rugi apa salahnya kita rugi lebih sikit? RM300 (juta) ka RM400 juta...is nothing to us...kita boleh buat CIQ dengan harga RM800 million tiba-tiba naik jadi RM1.4 bilion. Tak mengapa, tak guna lepas buat...kita tak rugi. Kita dulu dikatakan tak ada duit nak buat apa pun. Semua duit Kerajaan dahulu sudah habiskan sebelum dia berenti dia balas (habiskan) semua.

Sebab itu tak ada duit. Tapi tiba-tiba la ni ada duit banyak pula. Gaji pegawai Kerajaan pun sudah naik cukup tinggi.

Jadi kita tak tahu sebenarnya what is the economic situation of this country. Is it as good? Kita dengar kata ada banyak pelaburan asing yang masuk. Betulkah masuk ataupun ada enquiry? Ataupun ada proposal? Proposal does not mean that anything is happening on the ground. Duit belum masuk lagi kita dah kira.

Saya teringat dengan satu orang, belum pun telur menetas dia dah kira anak ayam yang dia nak jual esok.

Jadi, ini kita dengar banyak cerita berkenaan dengan pembangunan negara kita. Tetapi how many of you have seen the results? Saya percaya ada juga jalan-jalan kecil yang dibina oleh syarikat tertentu yang kita tak dapat kenalpasti ataupun syarikat yang mempunyai modal RM2 tiba-tiba dapat kontrak berjuta ringgit.

Jadi kerana dia syarikat RM2 sahaja maka dia terpaksalah jual kontrak itu kepada orang yang boleh. Jadi dapat lah sikit. Jadi kalau ada nak guna untuk parti apa salahnya. Kita dapat duit free kita gunalah sikit untuk bahagian. Terutama kalau kita Ketua Bahagian Umno. Kadang-kadang ini berlaku juga.

There is something rotten in the economy of this country. Despite what the media says, the mainstream media says.

And then there is politics of course. I do not want to talk much about politics because I think you know very well that today politics is not something we can discuss because the people who are in charge of politics know everything already. So don’t ever suggest that anything is wrong with Malaysian politics.

TEGURAN TERHADAP ABDULLAH

Sebab itu kita tidak perlu ada laporan-laporan, teguran-teguran daripada orang tertentu seperti bekas pemimpin dulu. Tapi walaupun dikatakan, mengikut Saidina Abu Bakar, yang berkata bahawa kalau saya bersalah, tegurlah saya. Rupanya tegur itu adalah kalau kita berjumpa dengan dia tegurlah. Itu yang maknanya tegur. Bila kita jumpa dengan satu orang kita tegur; “Hei Lah! You pi mana?” Ha! Itu tegurlah.

But don’t go beyond that, you will get into trouble. Politik begitu sekali bebas dalam negara kita ini sehingga kita tak benar ada perhimpunan untuk mendengar syarahan-syarahan daripada orang tertentu. Orang tertentu itu tentulah orang Komunis barangkali...jahat.

Tapi entah kadang-kadang dia biasa jadi pemimpin parti sendiri, biasa jadi Presiden parti pun. Orang macam ini pun tak boleh percaya. Jadi politik sekarang ini tertutup kerana semuanya sudah baik, semuanya beres. Tak ada perlu perbaiki apa-apa.

Tetapi kalau nak tegur boleh tegur. Bila jumpa tegur. Orang kata janganlah sampai tak tegur siapa. Ini adat Melayu. Terutamanya kita mesti tegur. Inilah keadaan politik dalam negara kita sekarang ini.

Mungkin “observation” ini datang daripada satu orang yang frustrated (kecewa) pasal dia tak berkuasa lagi, tak boleh buat apa-apa sebab itu semuanya tidak betul. Kalau nak berbuat baik dengan negara tertentu sampai nak minta kebenaran daripada negara tertentu kalau nak buat apa-apa dalam negara sendiri, ini perkara biasa dan patut kita terima. Inilah politik sebuah negara yang merdeka.

HUBUNGAN DENGAN SINGAPURA

Dan kita tahu negara kita ini merdeka. Kalau tak percaya tengoklah bendera yang akan dipasang. Ini menunjuk kemerdekaan kita....setakat pasang benderalah. Kalau kita pasang bendera di Tambak Johor mungkin itu salah kerana tak boleh tempuh batu di situ sebelum mendapat kebenaran daripada jiran kita.

Soal air umpamanya kita tak perlu runding. Tiga sen untuk 1,000 gelen air mentah adalah satu harga yang berpatutan. Kalau nak beli nasi lemak dengan tiga sen mungkin kita dapat tiga biji nasi. Tapi untuk nak jual 1,000 gelen air mentah kepada orang dengan harga tiga sen, that is fair price. Don’t dispute it!

Kita tak hendak dah. Kita marah pasal kita tak boleh buat jambatan, kita marah sehingga kita sekarang ini tidak akan berunding lagi berkenaan dengan masalah-masalah dengan Singapura. Itu marahlah.

Jadi bila tak runding Singapura bayarlah dengan tiga sen 1,000 gelen. Jadi bila kita benar mereka bayar tiga sen harga tahun 1927, tidak ada inflasi. Dalam barang-barang lain semua ada inflasi. Naik harga bukan main. Harga minyak pun naik juga sikit, harga rokok pun naik, tapi harga air? Tiga sen pada tahun 1927, tiga sen jugaklah sekarang ini.

Kerana “the ability to control inflation is so good that the price of water cannot go up! So we should congratulate ourselves for containing inflation. Dan kita tak perlu runding berkenaan dengan Central Provident Fund (CPF), duit rakyat kita disimpan di Singapura dengan selamatnya kenapa kita nak minta duit? Biarlah dia simpan. Kalau dia (Singapura) dapat sedikit sebanyak interest itu masalah dia lah.

Berkenaan dengan Pulau Batu Putih...itu ada dispute sikit. Mungkin kita akan rundinglah. Kononnya dah ada dah bawak kes ke World Court. Tapi tak tahulah, belum ada result lagi.

Demikian juga dengan masalah Keretapi Tanah Melayu dan lain-lain lagi. Kita tak mahu runding lagi dengan Singapura. Jahat betul jiran kita ini. Sebab itu kita bagi kepada dia seberapa banyak yang kita boleh dan kita dapat tiga sen daripada Singapura.

Inilah kebijaksanaan politik antarabangsa kita. Kawan-kawan kita Howard, Bush, Blair... Mrs Blair pun kawan juga pasal mereka ini adalah kawan kita, menyokong kita, menolong kita.

Sebaliknya apa gunanya kita berkawan dengan negara-negara kecil yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita. Jadi kita tukar dasar-dasar luar negara yang lama untuk dasar yang lebih moden, yang lebih sesuai dengan zaman.

AP DAN RASUAH

Kita membuat teguran sikit berkenaan dengan masalah pengeluaran AP, dan dianya masih diteruskan kerana sesiapa yang diberi perlindungan akan terselamat. Kita dapati bahawa negara kita ini sudah merosot moralnya. Dan ini yang saya khuatir sangat.

Kerana kita sedar sejak merdeka lagi ada rasuah dalam negara kita. Ini kita semua tahu. Rasuah adalah sesuatu yang cukup susah untuk dihapuskan. Rasuah berada di mana-mana sahaja. Tetapi kita dapati di sesetengah negara rasuah menjadi amalan negara, diterima rakyat dan apabila hendak dibuat seuatu mestilah menghulur sedikit wang bantuan, pelicin.

Tetapi di Malaysia di waktu kita mencapai kemerdekaan tak adalah rasuah yang ketara seperti itu. Sebabnya di zaman British dahulu mereka tidak memberi kuasa kepada pegawai kita. Apabila kita merdeka maka ternampak kemungkinan rasuah berlaku maka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah menubuhkan sebuah badan untuk mencegah rasuah iaitu Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dan sejak itu kita cuba untuk menghalang rasuah daripada berlaku. Tetapi dia memang juga berlaku. Cara yang kita gunakanlah di zaman dulu ialah untuk memendekkan proses kelulusan oleh pegawai kerajaan supaya tidak diberi peluang sangat kepada mereka untuk menerima rasuah.

Kalau proses itu dapat dipendekkan maka kuranglah kemungkinan rasuah berlaku. Untuk membangunkan sebuah hotel umpamanya kita perlu lebih daripada seratus approval. Tiap satu approval itu mungkin akan menyebabkan rasuah berlaku.

Demikian juga untuk mebangunkan sesebuah bangunan di Kuala Lumpur umpamanya, tak dapat dibangunkan kerana semua application hilang! Kalau tak hilangpun terdapat kesilapan dan dengan itu tidak dapat diluluskan.

Sebab itu buat masa tertentu Kuala Lumpur tidak melihat pembangunan yang pesat. Apabila kita pendekkan proses kelulusan untuk membangunkan bangunan barulah kita dapat lihat Kuala Lumpur tumbuh dengan pesat.

Kita dapat lihat kren dimana-mana sahaja dan bangunan pencakar langit pun bertambah dengan begitu pesat. Sebabnya bukan kerana kita berjaya menghapuskan rasuah melalui undang-undang, tetapi kita berjaya memendekkan proses approval sehingga peluang untuk terlibat dengan rasuah berkurangan.

Sebab itulah kita dapat bangunkan negara kita. Tetapi kita tak dapatlah tangkap banyak orang yang terlibat dengan rasuah. Sebabnya ialah kalau kita tangkap orang yang terlibat dengan rasuah, kalau mereka itu adalah orang pembesar atau orang yang kaya, mereka dapat service daripada lawyer yang cekap dan walaupun dibicara setahun, dua tahun atau lima tahun kita tak mungkin dapat satu keputusan bahawa mereka bersalah.

Kalau kita semak, tak banyak orang yang telah dibicarakan di mahkamah kerana rasuah yang didapati bersalah. Kerana sukar untuk mendapat guilt verdict inilah pendekatan yang digunakan ialah cara administration iaitu kalau yang bersalah itu diberhentikan atau dipindah ke jawatan-jawatan di mana mereka tidak boleh berpeluang mendapat rasuah ataupun kita pendekkan proses seperti yang saya sebutkan tadi supaya peluang itu berkurangan.

Ini dapat kita lakukan.Tetapi sekarang ini kita dapati bahawa rasuah berleluasa. Saya telah buat ucapan di Universiti Tedknologi Petronas baru-baru ini dan saya telah cerita tentang bahayanya rasuah.

Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah sebagai amalan biasa maka lama-kelamaan negara akan hancur. Kita boleh tunjuk contoh-contoh yang tentu kita semua tahu. Negara dimana rasuah adalah perkara biasa dan walaupun kaya tidak dapat dibangunkan.

Tetapi kita dapati sekarang ini ada galakan oleh Kerajaan dan parti Kerajaan supaya rasuah diamalkan. Apabila dinafi bahawa rasuah berlaku kita tidak dapat bukti bahawa penafian itu tidak berasas. Tetapi apabila dianya berlaku kepada diri sendiri dan pihak tertentu berkata bahawa dianya tidak berlaku maka diri sendiri tentulah tahu rasuah sudah berlaku.

Khususnya dalam tahun sudah, waktu saya dicalonkan untuk jadi wakil G7, orang yang bernasib baik boleh mewakili Bahagian ke Perhimpunan Agong Umno.

Saya dicalonkan dan saya, bukanlah saya nak jadi sangat wakil, tetapi nak tengok apa akan jadi. Dan saya dicalonkan dan saya kalah dan saya tahu saya kalah kerana disogok RM200 kepada tiap-tiap ahli supaya tidak mengundi saya.

Ini berlaku dan secara jelas, secara terang orang yang menerima duit ini pun membuat pengakuan. Dia dapat RM200.

For RM200 many people are prepared to sell their votes. They are not just selling their votes...Dia jual maruah dia! For RM200 sahaja.

Jadi saya tak dapatlah kemenangan. Jadi ini saya tahu walaupun disangkal, walaupun pihak jawatankuasa disiplin Umno berkata pemilihan di Kubang Pasu itu cukup bersih, very clean, Ketua Bahagiannya pun bersih betul-betul, tapi saya tahu dia tak bersih.

Jadi kalau yang itu dapat dinafikan secara terbuka, benda yang kita nampak dikatanya tidak ada, tentulah yang lain-lain juga benar apabila tuduhan dibuat bahawa rasuah dilakukan oleh Parti Kerajaan.

Kita tahu ini berlaku di Ijok, kita tahu juga ini berlaku di Batu Talam dan kalau inilah caranya kita mengundi dalam pilihanraya maka calon yang kita pilih adalah calon yang tetap terlibat dalam rasuah.

Kalau di Ijok dan Batu Talam rasuah diguna untuk mendapat sokongan apa akan jadi dalam pilihanraya? Orang kita begitu lemah sekali. RM200 saja, tak banyak. Apa sangatlah...kita bagi vote kita sahaja...bukan perkara besar but that vote is going to determine who is going to rule this country. Kita kata kita sahaja tapi orang lain pun kata dia sahaja (yang terima dan jual undi). Semua orang lain kata dia sahaja maka yang memberi kemenangan ialah undi yang dibeli.

Kalau kita jual undi kita dengan begitu murah, begitu mudah, maka sudah tentulah calon-calon yang kaya akan menggunakan wang dalam pilihanraya yang akan datang ini.

So what will happen? What will happen to this country? Kalau Kerajaan dan parti Kerajaan tidak mengamalkan dan parti lawan amalkan kita masih boleh kawal keadaan ini. Tetapi apabila parti Kerajaan sendiri mengamalkan wang untuk mendapat sokongan maka orang lain sudah tentu akan menggunakan wang untuk mendapat sokongan dan juga untuk urusan-urusan lain.

Kita tahu bahawa kita punya status daripada senarai korupsi sudah jatuh walaupun dijanji untuk mengurangkan corruption in this country, actually it has worsened...in the view of other people lah...in the view of the Government it has become better.

Ini oleh kerana kita dapati corruption berlaku di tahap yang tinggi. Apabila dia berlaku di kalangan pemimpin maka orang bawahan tentulah menganggap ini tidak mengapa. Mereka akan menggunakan rasuah ataupun mencari manfaat daripada rasuah.

Sekarang ini kalau ahli-ahli ataupun kalau pengundi-pengundi di Malaysia sudah sanggup jual undinya dengan RM200, ini berlaku di kawasan saya di mana kononnya orang-orang ini adalah penyokong kuat saya, bukan main setia, mereka ini dulu cium tangan saya sampai haus, tinggal tulang saja, dah habis kulit semua kerana kena cium sangat. Ini very dangerous thing..please don’t kiss the hand so much. Apart from being smelly, my hands were very smelly, but they kissed. Now they don’t kiss anymore.

Sebab itu dia (kulit) tumbuh balik. Jadi kalau orang yang begitu setia kepada saya sanggup jual undi dengan RM200, murah sangatlah undi kita....dan sudah tentu dalam pilihanraya yang datang ini wang yang banyak akan diguna untuk membeli undi dan kita tahu orang kita akan memberi undi kerana bagi mereka “apa salahnya RM200 saya dapat berapa pinggan mee saya boleh makan.”

Tak pedulilah, tak tahan lama RM200 tapi dapat juga. Ada orang lain yang besar sikit dapat lebih sikit. Ketua Bahagian (ed-Cawangan) dapat sampai RM2,000. Itu Bahagian sayalah. Saya kata terang-terang kerana ini saya tahu. Dia nak kata tidak dia boleh kata tidak dan AG akan kata tidak ada kes kerana dia tidak mengaku tapi saya tahu rasuah berlaku dan apabila kita ajar rakyat kita supaya terima rasuah maka negara kita ini bermula, beransur-ansur jatuh ke tahap yang akan merosakkan negara kita.

Percayalah kalau amalan ini dibuat oleh pihak parti Kerajaan, dalam pilihanraya yang akan datang dan mereka dapat kemenangan kita akan ditadbir oleh Kerajaan yang secara terang-terang terlibat dengan rasuah.

Sekarang ini tak teranglah, gelap lagi tapi ada juga unsur-unsur itu yang kita nampak tapi tak boleh nak katalah pasal not open. Tak boleh buat above the table, its done below the table.

Tapi bila negara kita sudah terima amalan rasuah sebagai perkara biasa negara kita ini akan hancur akhirnya.

Inilah yang menakutkan saya. Walaupun bila saya cakap macam ini orang akan kata; “Oh! Zaman awak dulu pun samalah”.

Saya nak kata tak berlaku. Ada rasuah tapi tak berlaku. Bukan saya yang galakkan kalau ada pun. Tapi bukanlah seperti apa yang berlaku seperti di Ijok, di Batu Talam dan sebagainya. Di sini RM1,000 dan mesin jahit bagi juga. Mesin jahit pasal sekarang ini nak kena jahit baju banyak barangkali.

Jadi inilah cara mendapat undi mendapat kemenangan. Akan rosaklah negara kita. Saya tak begitu yakin akan ketahanan, terutamanya pengundi Melayu. Mereka mudah sangat, hanya RM200 sahaja dapat membeli undi mereka. Dalam pilihanraya akan datang berbilion ringgit akan diguna. Sekarang inipun saya diberitahu proses mengumpul wang yang banyak untuk disogok inipun sedang berjalan.

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

Of course they will deny. Kalau deny, tentulah betul denial mereka. Mengikut AG if you say you don’t of course there is nothing. So this is the state of affairs in Malaysia. Di negara kita ini tak boleh tegur judiciary (kehakiman). Saya tak tegur judiciary. Saya cuma tegur prinsip perundangan.

Satu daripada prinsip yang kita guna ialah seseorang itu mestilah diberi peluang untuk mempertahankan dirinya sebelum dianya dihukum. Ini prinsip yang amat penting. If there is going to be any punishment meted out to you, you must be given a chance to defend yourself.

Tetapi baru-baru ini kita lihat dikatakan ada orang didapati bersalah walaupun mereka tidak terlibat dalam kes itu, tetapi didapati bersalah, kerana pengaruh mereka yang menyebabkan jenayah ini berlaku.

Saya mengaku saya berasa takut apabila keputusan ini dibuat bahawa orang ini bersalah kerana merekalah yang menyebabkan, memberi sokongan ataupun mempengaruhi keadaan sehingga jenayah ini berlaku.

KESALAHAN SAYA

Saya 22 tahun jadi Perdana Menteri banyak betul kesalahan-kesalahan yang berlaku selama 22 tahun itu dan antaranya tentulah ada orang yang kenal dengan saya. Jadi kerana dia kenal dengan saya dan dia bersalah mungkin saya dituduh sebagai orang yang mempengaruhi, orang yang memberi perlindungan kepada penjenayah ini, dan saya mungkin dihukum tanpa dibicarakan.

Ini mungkin dibuat kalau prinsip asal iaitu kita tidak boleh menjatuhkan hukum ke atas sesiapa melainkan dianya diberi peluang untuk mempertahankan dirinya, kalau prinsip ini sudah diketepikan dan boleh buat keputusan tanpa mendengar pembelaan oleh seseorang maka mungkin akan ada banyak kes terhadap diri saya kerana 22 tahun banyak jenayah berlaku dan mungkin juga dituduh jenayah ini berlaku kerana saya.

Dan saya boleh dihukum. Jadi bila ada decision on this allegation, bahawa orang ini tak bersalah barulah saya lega sedikit. Tapi entahlah kerana sekarang ini ada orang yang membuat keputusan-keputusan yang tidak ada asas perundangan sama sekali.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan saya sudah bercakap agak panjang, kita ada masa sikit sahaja untuk soal jawab.




--------------------------------------------------------------------------------


SESI SOAL JAWAB

SOALAN: Saya nak minta komen Yabhg Tun, pada hari Ahad baru-baru ini dalam laman kolum Sunday Star Joceline Tan ada quote political insider yang samakan Khairy Jamaluddin sebagai the younger Dr Mahathir and more of a political son than Mukhriz

DR. M: Ya memang tepat kerana saya seorang dictator. Ingat tak? Saya yang mengadakan satu pemerintahan yang keras, yang kejam, yang tangkap orang masuk dalam tahanan ISA sepanjang masa, yang belanja duit buat mega projek sehingga bankrap negara. Itulah Doktor Mahathir dan itulah Khairy. Its a compliment to him not to me.

SOALAN: Dua soalan. Pertama mengenai LID, kami bloggers dapat maklumat yang Tun pergi ke situ kerana dapat projek untuk anak Tun, Datuk Paduka Marina. Yang kedua paparan akhbar adakah sandiwara atau kenyataan di mana Tun begitu mesra dengan Dato Seri Najib dan YAB PM. Gambar berkenaan bimbangkan pembangkang yang harapkan Tun berada di sebelah pembangkang dan apakah pengamatan Tun selama tiga tahun Pak Lah menjadi PM secara umum.

DR. M: Berkenaan dengan samada anak saya dapat projek atau tidak di Langkawi, tanya dia lah, dia dok ada di sini. Kalau kita baik dengan orang kita dapat. Ini dok membangkang sebab itu kita tak dapat. Sebab itu kebanyakan yang orang kata “nak makan, cari makan, tak apalah...cari makan” . Baik lah dengan orang.

Berkenaan dengan dakwaan bahawa saya menyebelahi pembangkang. Saya tidak menyebelahi pembangkang!

Saya menyebelahi Negara saya, Bangsa saya, Agama saya dan Parti saya.

Bila saya kata saya menyebelahi parti saya tidak bermakna yang saya menyebelahi pemimpin parti.

Dulu saya biasa menentang Tunku Abdul Rahman. Bukan kerana saya tak sayang kepada Umno. Kerana saya sayang nak selamatkan Umno sebab itu saya menegur Tunku Abdul Rahman. Dan akhirnya dia undurlah kerana dia dengar juga. Kalau ada orang yang tak dengar itu bukan masalah saya lah. Saya bersetuju dengan sokongan kepada parti Umno. Kita mesti sokong parti Umno kerana parti Umno tak salah.

Parti Umno tak salah. Pemimpin Umno yang salah. Jangan sokong pemimpin. Tapi bila kita sokong parti orang anggap kita sokong pemimpin. Katalah dalam pilihanraya akan datang kita beri kemenangan 90 peratus kepada Umno. Apa dakwaan yang akan dibuat? “Lihatlah bagaimana pemimpin ini begitu sekali disokong oleh rakyat.”

Jadi kalau kita bagi 100 percent support untuk Umno it is because it is our Umno. (Tapi) dia punya terjemahan jadi lain. Sekarang ini dia adalah satu dilema lagi. Saya selalu bercakap pasal dilema. Pasal kata orang Melayu; “Telan mati emak, luah mati bapak”.

Inilah masalah kita hadapi. Kalau kita tak sokong Umno parti lawan menang. Kita tak mahu parti lawan menang, kita nak parti kita menang. Tapi bila kita menang orang tu kata dia menang. Jadi masalah pulak. Kita tak hendak kata dia menang. Kita nak kata Parti menang. Tapi dia nak claim kata dia menang.

Jadi apa dia pilihan bagi orang Umno? Terutama bagi Umno Johor. Umno Johor ni 100 per cent selalu menang. 100 per cent of all the seats dia menang. Apakah dia sanggup nak bagi parti lawan menang? Tak sangguplah. Jadi kalau tak sanggup orang ini akan claim “Ah! Tengok orang Johor semua sokong kami.” So that is the dilemma. How they are going to solve it don’t ask me. Saya cuma nak terangkan tentang kesalahan.

Kesalahan saya fikir kalau kita tidak air the truth maka dia akan diteruskan. Kesalahannya banyak. Kalau kita nak buat senarai kesalahan there is plenty. That is where we need bloggers.

Saya telah bercakap dengan satu kumpulan orang Umno juga yang sokong Kerajaan dan saya terang tentang masalah rasuah, masalah kesalahan yang dilakukan, mereka semua mengaku. Tetapi bila ditanya apa yang boleh buat, “Aaa...tak bolehlah. Kita tak bolehlah buat apa-apa. Kita nak cari makan. Nak hidup. Kalau tidak tak dapat kontrak. Kalau tidak tak dapat jadi Ketua Bahagian.”

Jadi, I want to say here that Umno has now become completely paralysed. Tak boleh nak buat apa dah.

Cuma yang kita harap bloggers lah. Kalau bloggers ini masih berani, tak tahulah sampai bila nak berani. Kerana bloggers pun ada macam-macam bloggers. Bukan semua bloggers tu bloggers. Ada yang masuk dalam web ini maki, guna perkataan yang kesat terhadap orang-orang tertentu dalam Kerajaan untuk menunjuk yang bloggers ini memang biadap. Jadi jangan percaya dengan semua bloggers. Jadi bila ada orang yang guna perkataan yang kotor, lucah, personal attack, monkey, monyet lah apa semua.

Jadi orang kata inilah bloggers, useless people don’t read. Read the main media. The Straits Times tells you the truth. No, bukan the Straits Times, the New Straits Times. Pasal Straits Times (Singapura) kadang-kadang dia lapor jugalah. Pasal dia terselamat. New Straits Times not so selamat. I am waiting for what is going to happen to the editor of the Star for allowing the article by former IGP to be published. I am quite sure somebody is going to get blasted for allowing that article to come out. My article of course will never come out because I do not know how to write. My English is very bad, my Malay is worse.

SOALAN: Berkenaan WPI.

DR. M: Saya ucap tahniah kepada Prowaris. Saya memang hari ini membuat satu speech yang dianggap cynical. Saya berasa orang Melayu ini terlangsung penakut! Bacul!

Sebab itu kita dijajah 450 tahun. Kenapa kita dijajah 450 tahun? Kerana kita tidak menentang Raja-Raja kita kerana Melayu tidak akan menderhaka kepada Rajanya. Sekarang transfer perkataan Raja kepada Presiden Parti. Ataupun Perdana Menteri. Tak menderhaka.

Sebab itulah kita tidak menentang kalau nak serah Singapura kepada British serahlah, kalau nak bagi Pulau Pinang bagilah. Kita tak pernah menentang sehinggalah apabila dicadangkan Malayan Union. Pada ketika itu barulah orang Melayu berani sedikit bangkit. Itupun ramai yang kata ini semua karut. Mereka tak boleh menentang. Ini kuasa besar. British dan Raja sudah pun tanda tangan. Kita tak boleh buat apa. Tapi sekarang ini saya nampak orang Melayu amat lemah sama sekali. Saya berucap berkenaan bahayanya rasuah apabila dianya berleluasa sehingga rakyat biasa sanggup, pengundi sanggup jual undi dengan harga cuma RM200. Bahaya.

Apabila tamat maka diadakan soal jawab, tak ada satupun yang menyentuh tentang bahaya ini. Semuanya bercakap pasal lain. Pasal masalah diri etc. Jadi seolah-olah kita tak peduli apa jadi pada negara kita. Ada lah beberapa kerat yang ambil berat tapi majoriti Melayu nak jaga kepentingan diri sendiri. Masing-masing nak tentukan dia akan terus jadi Ketua Bahagian, Ketua cawangan, jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, jadi Menteri Besar. Menteri Besar yang kita anggap begitu kuat sekalipun sekarang ini tunduk.

Saya pun tunduk juga. Saya hormat. Tapi hormat setakat jawatan sahaja. Tidak berkenaan dengan dasar dan pemikiran pimpinan yang ada sekarang ini. Bilakah orang Melayu yang ada hendak bangun dan menentang? Cuma bloggers sahaja. Bloggers berapa banyak? Berapa banyak yang baca atau mempunyai komputer untuk akses kepada website? Tak banyak. Yang lain semua cuba tanya. Saya dah bercakap dengan Menteri. “Yes sir I agree with you, but...” Selalu But! Benda yang betul betul salah. Hari ni kata; “Kita akan bina jambatan ini walau apapun dikatakan oleh Singapura”. Esok Perdana Menteri kata; “Kita tak akan bina jambatan ini” dan Menteri yang sama pun berkata; “Kita tak akan bina jambatan ini”.

Itu jenis manusia yang ada sekarang ini. Tak berani bercakap. Saya seorang bercakap tapi saya dihalang. Tak boleh jumpa orang itu, tak boleh jumpa orang ini. Menteri tak jumpa saya. Cuma adalah dua tiga kerat yang datang pasal sebab-sebab lain.

Saya waktu saya letak jawatan saya nak kata di sini terang-terang saya fikir masa saya bersara saya akan berjumpa berbual-bual, ada social gathering, berjumpa dengan kawan-kawan saya, colleague saya dalam Kabinet. Berhenti saja tak dak dah!

Tak boleh siapa pun jumpa. Saya diharamkan!

Ini tak ada Menteri yang protest. Adalah satu dua, I won’t say that tak ada langsung. Tu tak betul juga. Adalah satu dua. Tapi nak duduk dalam Kabinet jadi janganlah kuat sangat kalau nak menentang pun.

Dan apabila menentang Perdana Menteri kata datang jumpa saya. Lepas tu tak jumpa pun. Tapi dengan (kata-kata) “Datang jumpa saya” cukup dah, tamat dah masalah tu. Ini yang sedang berlaku. Sebab itu I’m a bit cynical.

I am disappointed. When I talk to young people in the University they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in Akta Kolej dan Universiti Kolej. Kononnya kerana Akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong. Zaman British dulu saya juga tak dibenar terlibat dalam politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai Kerajaan. Tapi ada cara kita boleh get around such regulations and rules. If you want. If you love your country you will take the risk. But this one tak ada pun. Minimal risk. Just to say out loud pun tak berani. Kalau nak cakap...bisik...”tengoklah macam ni, Pak Lah ni...”. That’s as far as you will go. I am so sorry to say this because I am disappointed in my own race!

Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang Melayu. I failed and I am still failing. Okay, ada Prowaris but you have to gather force. You have to talk to people even if you are arrested you go and talk. Ini kita dengar ada orang kena panggil. Sepuluh jam kena query. Yang lain semua dah senyap dah. Tak berani. Sat lagi kena interrogate for 10 hours. Die-lah like that. Saya sakit jantung pulak. Kena macam ni teruklah saya.

But if you have only one person doing that it is not good enough. If you want to have something happen that is positive, you must get everybody. As many people as possible and do it openly. And say it loud and clear! I congratulate Prowaris for making a very sane study of this so-called Wilayah Iskandar.

Sebenarnya I am not anti-Chinese or anything like that. But the fact of life is that where you have a Chinese majority you cannot put a Malay candidate there. That is a fact of life. Its not that I am against. If you want to put a Chinese candidate in Kelantan, go ahead. But you are not going to win. So what will happen? I tell you what will happen to WPI.

Singapura akan melabur. Buat bangunan pencakar langit. Buat rumah mewah. Siapa yang nak duduk di situ? Orang Melayu? Orang Melayu saya tahu daripada saya kecil lagi saya tengok di Alor Setar. Tak ada orang Melayu di Alor Setar. Ada Pekan Melayu tetapi tak ada kedai Melayu. Kenapa? Apabila ditawar harga tanah yang begitu tinggi mereka tak tahan hati mereka jual, pindah dari bandar. Bandar membesar tiba-tiba harga tanah itu naik, ada orang tawar harga yang tinggi sekali lagi dia jual dan dia pindah luar daripada kawasan yang sudah luas ini. Akhirnya dia masuk ke dalam hutan.

Apa akan jadi di WPI ini adalah sama iaitu apabila orang Melayu yang tinggal di kawasan itu ditawar harga tanah 10 kali ganda daripada harga biasa, tak tahan hati dia. Kalau dia tahan dinaik (harga) 20 kali ganda. Dijual. Bila dijual di mana dia pergi? Luar daripada wilayah. Siapa yang akan tinggal di situ? Tentulah orang yang membangunkan wilayah itu. Dan apabila kita beri kemasukan yang bebas kepada orang asing siapa yang masuk kalau pelabur tu datang dari Singapura?

Apakah orang Melayu Singapura yang akan masuk ke situ? Tak ada. Orang Melayu Singapura tidak ramai. Tetapi sudah tentulah orang lain. Singapura berhajat untuk menambah penduduknya seramai 10 juta. Kebanyakannya akan dibawa daripada tanah besar China. Di manakah nak ditempatkan orang ini jika tidak di WPI ini? Dan mereka berkemampuan.

Bangunan pencakar langit, bangunan mewah akan diisi dengan mereka. Akhirnya apa yang kita akan lihat ialah Wilayah ini walaupun secara legal dimiliki oleh Malaysia tetapi penduduknya ternampak seolah-olah dia dimiliki Singapura.

Kenapakah Singapura tidak dijadikan sebahagian daripada Malaysia? Bukan daripada segi amalan ataupun tradisi. Sebabnya Singapura tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia kerana penduduknya terlalu ramai terdiri daripada orang Cina Singapura. Sebab itu Tunku berjanji dengan (Lee) Kwan Yew supaya PAP (People’s Action Party) jangan terlibat dalam politik di Semenanjung. Tetapi PAP terlibat. Sebab itu Tunku singkirkan Singapura. Jadi kalau tak boleh nak hidup bersama Singapura, dia asingkan diri daripada Singapura.

Esok apabila WPI ini dipenuhi seratus peratus dengan 3 million Chinese from the Chinese mainland do you think you can administer it? And when they are there they will have to make demands. Eventually dia minta jadi rakyat apa kita nak kata? Dia duduk situ dan beranak di situ. Tidak berlaku setahun, dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi kita akan kehilangan wilayah ini. Kita akan jadi minoriti dalam negara kita. Orang Melayu akan menjadi minoriti dalam negara sendiri. Sekarang inipun kalau kita tambah 3 juta orang Singapura kita sudah jadi minoriti.

Kita orang Melayu bukan ramai. Sebab itu WPI ini tidak harus dibangunkan sedemikian. Boleh dibangunkan tapi ada cara-cara. Dan kita bukanlah bodoh sangat. Tak boleh dirikan, bangunkan negara kita sendiri. Nak minta tolong daripada Singapura. Pelabur ada di Malaysia. Yang Cina ada, yang Melayu ada, yang India ada daripada Malaysia yang boleh bangunkan. Mungkin tidak sepesat Singapura tapi kita boleh buat. Kita telah buktikan pembangunan yang kita lakukan dalam negara kita. Kenapa kita harus tunduk kepada Singapura?

Sebab itu saya berasa, saya tidak dapat menggerakkan hati majoriti orang Melayu berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kerana RM200 mereka sanggup jual undi. Bangsa yang semacam ini tidak tahan lama. Yalah, saya tidak ada disinilah bila kita semua hilang kuasa tapi dia akan berlaku kalau kita sanggup dengan kerana RM200 jual undi tak payah WPI lagilah, habis negara ini akan dimiliki oleh orang.

Sebab itu 450 tahun kita dijajah oleh orang kerana orang Melayu tidak berani bangun dan menentang apa yang salah. Yang ada cuma beberapa bloggers sahaja dan di antara bloggers pun ada juga yang sama-sama jadi bloggers untuk nak menidakkan kesan daripada apa yang dimasukkan ke dalam laman web oleh bloggers. Sebab itu sudah ada pun satu badan khusus untuk melawan bloggers yang ada ini. Dan mereka ini akan menggunakan perkataan yang jijik, yang kotor terhadap pemimpin supaya menujuk bahawa bloggers ini adalah satu block-head yang tak guna, jangan sesiapa ikut mereka, mereka adalah pembohong belaka. Itulah yang sedang berlaku.

Saya harap Prowaris akan dapat perbesarkan kumpulan mereka dan begitu juga Prima. Penulis-penulis di Malaysia mestilah jujur kepada diri sendiri dan bercakap secara terus terang. Jangan takut. Kalau Tun Hanif berani bercakap saya fikir orang lain pun patut berani bercakap juga. Yalah nak buat apa, saya pun terdedah juga.

Saya harap semua pihak akan memberi sokongan kepada usaha untuk mendedahkan apa sebenarnya perjanjian (Akta WPI) yang dibuat yang mana kuasa penuh diberi kepada Menteri sehingga dapat membelakangkan Parlimen sama sekali. Demikian juga kepentingan orang Melayu akan diketepikan kerana kita sudah cukup kuat sekarang ini dan tak guna kita lebih kuat daripada sekarang ini. Lapan belas peratus bukan main punya besar bahagian kita sekarang ini dan kita tidak perlu usaha lebih lagi.

Minta maaf if I sound cynical but I hope those people who really love this country, who care for this country, prihatin, wake up and do something. Don’t just have small seminars secara tertutup.

SOALAN: Ada lagi pemimpin berkaliber yang boleh memimpin dan membantu selamatkan rakyat Malaysia?

DR. M: Sukar bagi saya menujuk siapa yang lebih layak kerana tiap kali saya pilih gagal. Saya sokong orang ini dia lawan dengan saya, saya sokong orang itu bagi dia naik sampai dah nak jadi Perdana Menteri pun cuba buat macam itu dan kita angkat satu orang sampai bagi jadi Perdana Menteri pun jadi masalah juga. Saya bagi nama lain apa gerentinya saya tak bagi nama yang salah?

Tapi yang penting...yang penting ialah menunjuk kepada masyarakat di Malaysia apabila seorang pemimpin melakukan kesalahan dia akan ditarik turun daripada tempatnya. Dengan itu mana juga pemimpin yang akan ambil alih akan tahu bahawa dia harus telus kepada rakyat dan melakukan pemerintahan yang menguntungkan rakyat dan bukan dirinya, bukan keluarganya, bukan menantunya, bukan sesiapa, tetapi untuk Rakyat, untuk Bangsa, Agama dan Negara.

SOALAN: Selamat Pagi dan terima kasih kepada Tun kerana macam biasa telah membuat banyak teguran kepada Kerajaan yang bagi kita sudah rosak. Tun, I wish to thank you. Today I come as a blogger,

I wish to thank you for all the criticism that you make against the Government whenever they make mistakes. I think you have the right to do so although some people have been very cynical to you saying that during your 22 years you had not been able to do it and therefore you must shut up.

We disagree with that. We actually appreciate for what you have been doing. We want to say that whenever we say the same thing like you, we do not carry that much weight. Therefore I hope you can continue to do so. We have been critical about you, in fact we disagree with you sometimes we even confronted you, but what you are doing now is very important because you have just said it. There are too few people out there who dare to say, dare to write about the truth. So because you have taken the lead and I personally feel that the bloggers in Malaysia are getting more courageous and today again you gave encouragement to the bloggers. I thank you for that.

DR. M: During my time the pain in the neck was Malaysiakini.com. I must admit that I was very annoyed with them simply because I find that what they said about me was not right, was not true at all. Of course everybody assumed I was corrupt and everything but even if I say I am not corrupt, in those days if you say you are not corrupt people do not believe you. But nowadays if you say you did not bribe, people believe you. So there is a difference. But today the number of bloggers is so very many that it must be because something is really wrong.

Otherwise it would be Malayskini.com only and I met Malaysiakini.com and I explained why I did all those things before. I don’t know whether they believe me or not but as far as I am concerned I may have committed sins, I don’t think anybody has not committed any sins inside this hall. We all commit some sins at some stage or other. But if because we have committed some sins therefore we feel shy about saying anything then of course others will continue with saying the wrong things.

SOALAN: I was hoping that you would make the clarion call for Bangsa Malaysia to save the country and not Malays or Chinese or Indians alone.

DR. M: Yes I agree with you its not a question of the Malays alone paying the price. The Chinese and the Indians too will have to pay the price. Even now. Saya tahu banyak peniaga-peniaga Cina yang kecewa kerana sekarang ini ekonomi tak berjalan dengan baik dan yang untung adalah orang-orang tertentu sahaja daripada kalangan mereka. Yang lain terpaksa pergi ke luar negeri untuk berniaga. Mereka juga tidak puas hati dengan keadaan sekarang ini dan saya biasa bercakap dengan mereka dengan secara not too open and they feel that they need to do something. What they want to do I will not be able to say but Chinese mentality and Malay mentality is different.

Orang Melayu setia. Dia undi Umno tanpa soal. Kalau bubuh tongkol kayu di situ dia undi Umno juga. Kerana itu tongkol kayu Umno kita mesti undi. Kita tak soal lagi tapi orang Cina dia membuat penilaian. Walaupun ahli MCA tak semestinya dia akan undi MCA walaupun ahli DAP tak semestinya dia undi DAP. Sebab itu di Pulau Pinang ada kalanya MCA menang, ada kalanya Gerakan menang, ada kalanya DAP menang. Ada kalanya DAP kalah teruk. Jadi orang Cina dia buat penilaian sebelum membuat undi. Saya menjadi mangsa sebab itu saya faham.

Tahun 1969 saya bertanding di Kota Setar Selatan. Kawasan saya sejak 1964.. 1964 saya menang 4,000 undi lebih. Jadi saya yakin saya akan menang pada tahun 1969 kerana kelebihan undi saya itu begitu besar lebih besar daripada pengundi Cina, India dan Thai yang ada di kawasan itu, tiga ribu sahaja. Jadi saya kata kalau ambil 3,000 pun saya masih boleh menang 1,000 undi. Tapi saya kalah 900 undi.

Sebab? Orang Cina nak tentukan bukan Perikatan kalah, nak tentukan Perikatan menang tetapi saya kalah. Di dalam kawasan saya, saya kalah sebab saya dikenali sebagai Malay ultra.

Jadi saya mesti dikalahkan. Bagaimana untuk mengalahkan saya. Mereka bukan sahaja tidak memberi 3,000 undi kepada saya tetapi memberi 3,000 undi itu kepada parti PAS yang mereka benci hanya kerana nak kalahkan saya. Tetapi mereka tahu di kawasan-kawasan lain Perikatan akan menang.

Jadi kemenangan bagi Perikatan masih tercapai sebaliknya orang ultra ini dapat disingkirkan. Itu menunjukkan bahawa mereka membuat strategi, membuat perhitungan untuk mengundi. Tapi kalau orang Melayu dia undi parti dia. Very loyal. Kalau dia PAS dia undi PAS. Kalau PAS kata apa pun tak apa, kata nak pi syurga apa semua, tak kata nak pi syurga pun dia undi tak payahlah orang PAS gaduh sangat. Dia undi 100 per cent. Dia tak boleh nak undi Umno dan orang Umno tak boleh nak undi PAS. Dia akan undi Umno.

Jadi they do not think about the country, about the quality of the candidates or about anything. The only thing the can think about is that; Melayu tidak akan derhaka kepada Umno. Tukarlah Umno itu daripada Raja. Dahulu Raja, sekarang ini Umno. Sekarang ini Melayu tak akan derhaka kepada Pak Lah. Dia Presiden kita. Tak bolehlah. That is all they can think of. That is why saya sound cynical. When I talk to them they are not willing to do anything. “Biarlah, tak apalah. You pi bercakap dengan dialah”. Saya dah bercakap dah. Ada yang pujuk saya suruh berdamai.

Ini bukan soal saya dengan dia berdamai. Ini soal polisi negara, pentadbiran negara. Kalau damai pun kalau perkara ini tetap berlaku tak berguna. Bukan soal damai. Nak bersalam boleh. Saya boleh bersalam. Saya cium tangan tak lah. Tapi salam, saya salam. Saya tunjuk hormat, dia masuk dalam bilik saya berdiri. Saya hormat. Bila nak berjalan saya suruh dia jalan dulu kerana dia Perdana Menteri, saya bekas Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri. Jadi status dah turun sedikit.

But the thing is kita dapati orang Melayu tak mahu strategise. Whether they win or not does not matter. If you strategise you have to plan so that when you act you will win in the end. Orang Melayu dia undi Umno bukan kerana strategi. Dia ahli Umno mesti undi Umno. Tunggu pilihanraya akan datang ini. Kalau bagi seratus ringgit, dua ratus, seribu, we will vote for Umno. Does not matter if we sell bangsa, jual bangsa, jual negara kita dapat RM200. That is the feeling that I have. I feel I have tried for 22 years to change the minds of the Malays I have failed. Otherwise they would succeed. To succeed is very easy. All you have to do is to work hard. Study hard. Strive, struggle. Dia tak nak. Kalau boleh dapat AP, jual AP cukuplah. That is all that they want.

SOALAN: Tiga soalan; berkenaan penguasaan parti ke atas Kerajaan, tuduhan orang yang Tun salah lantik Pak Lah dan kuasa perlantikan Hakim

DR. M: Yang pertama parti kuasai Kerajaan. Sebenarnya ini tidak berlaku secara khusus. Adalah pengaruh parti terhadap dasar Kerajaan. Tetapi kadangkala parti kalau kita maksud dengan parti itu ialah Umno, kadangkala kepentingan parti terpaksa juga dicairkan kerana kepentingan rakan lain.

Tetapi yang jadi masalah sekarang ini bukanlah parti kuasai Kerajaan tetapi parti dikuasai oleh seorang pemimpin sehingga mereka menganggap presiden itu adalah satu institusi yang tidak boleh ditegur sama sekali.

Apabila seseorang itu tidak boleh ditegur tetap dia akan melakukan kesalahan kerana ini bermakna Umno tidak demokratik lagi. Ianya sudah menjadi otokratik yang mana hanya Presiden sahaja yang boleh tentukan keputusan. Saya tahu bila ahli-ahli Majlis Tertinggi tidak setuju mereka tidak putuskan sebaliknya Presiden dengan dibantu Timbalan Presiden akan putuskan dan putus mengikut budi bicara mereka bermakna Majlis Tertinggi hanya sebagai satu badan yang tidak ada kuasa sama sekali. Inilah yang berlaku sekarang dalam Umno dan ini diizinkan oleh ahli Umno kerana apabila kita ada mesyuarat Agong Umno tidak ada sesiapa pun yang berani tegur apa pun.

Dan ada satu orang tu dia tegur dan dia kena belasah betul-betul kerana dia buat teguran. Bukanlah teguran apa, dia kata tak ada apa pun dalam ucapan Presiden itu. Itu salah besar. Kawan tu bercakap sampai sejam lepas tu dia kata tak ada apa. Mana boleh tak ada apa? Ada apa lah! Jadi sekarang ini tak boleh tegur Presiden. Itu parti Umno sekarang dan ini bukanlah parti demokratik lagi. Dan walaupun jadi demokratik saya kurang yakin yang ahli-ahli Majlis Tertinggi akan membuat apa-apa teguran kerana masing-masing ada kelemahan mereka.

Berkenaan dengan orang menuduh saya yang salah melantik Pak Lah. Saya salah. Saya lantik Musa, Musa lawan dengan saya, Saya lantik Anwar, Anwar lawan dengan saya. Saya selalu salah. Tak pernah betul bila saya lantik orang. Kerana orang tak pernah bagi tahu saya apa ada dalam hati orang-orang ini.

Sebaliknya Mr Clean. This is Mr Clean. Bersihnya. Basuh dengan Fab selalu. Jadi manalah saya nak tahu. You pun tak bagi tahu kat saya janganlah angkat orang ini. Dia walaupun Clean tapi tak Clean. Tak ada sesiapa kata. Jadi saya ingat ada umur sikit, dewasa sikit, bagilah peluang dekat dia satu term lepas tu orang lain pulak ganti. Tetapi itu perhitungan saya dan saya mengaku salah. Kalau nak marah kepada saya, marahlah kepada saya. Jangan marah kepada Perdana Menteri. Itulah caranya nak selamatkan orang Melayu.

Pasal marah kepada saya bukannya saya boleh tarik kontrak, tak boleh tahan AP etc. Marah kepada saya senang. Marah pada orang itu...kena. Jadi jangan marah kepada Pak Lah, jangan marah kepada orang lain. Marah kepada Dr Mahathir...”Awak buat salah”. Itu nak lari daripada tanggungjawab.

Berkenaan dengan pemilihan hakim, semasa saya dahulu, masa tu (Tun) Eusoff Chin, dan saya bagi tahu Eusoff Chin ini orang yang perlu dilantik atas nasihat daripada ketua hakim, Lord President, dan pihak Agong diberitahu dan dianya tidak ada bantahan. Tetapi ada seorang Raja lain yang membantah dan cuba menukar dan kita tidak tukar. Eusoff Chin dipanggil mengadap, tetapi orang itu jugak. Kerana kuasa itu ada kepada Perdana Menteri. Bukan ada kepada Agong pun. Agong mesti ikut apa nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri. Tetapi bila kita dapati Perdana Menteri tak berani nak pegang kepada asas ini maka berlakulah keadaan yang mana begitu sukar sekali untuk lantik seorang hakim.

Thursday, January 12, 2012

Ahli politik perlu bersikap terbuka hadapi tohmahan - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setiap ahli politik perlu bersikap terbuka dalam berhadapan dengan apa jua tohmahan yang dilemparkan oleh musuh mereka.

Menurut beliau, walaupun penyelesaian terhadap segala tohmahan itu wajar dilakukan secara penghakiman di mahkamah, mereka tidak seharusnya 'membiasakan' diri berbuat demikian.

''Kalau kita perhatikan politik di Malaysia hari ini, ia sering diwarnai dengan tindakan mahkamah. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah kini cukup banyak dan membabitkan jumlah saman berjuta ringgit.

''Oleh itu, sebagai ahli politik, mereka perlu bersedia menerima bahawa mereka akan sentiasa ditohmah oleh pihak lawan. Bergantung kepada mereka untuk menangkis balik tohmahan itu. Mereka tidak perlu sentiasa menyaman di mahkamah.

''Kepada yang beragama Islam pula, seharusnya mereka bersedia untuk bersumpah dengan sebenar-benarnya bahawa tiada kebenaran terhadap tohmahan atau dakwaan berkenaan,'' katanya dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc/blog hari ini.

Dr. Mahathir berkata, secara realiti, setiap ahli politik perlu memahami perjalanan proses penghakiman di negara ini dengan tindakan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang itu hanyalah bertujuan untuk 'menutup mulut' lawan mereka.

''Di Malaysia, apabila kes didengar di mahkamah, ia menjadi 'subjudice' dan sebarang komen di luar mahkamah boleh dianggap menghina mahkamah.

''Melihat perjalanan penghakiman di mahkamah, bagi pihak yang didakwa, banyak wang perlu disediakan bagi kos guaman.

''Saya sendiri telah disaman RM100 juta. Tetapi, selepas lima tahun, saya menang dan 'dianugerahkan' RM70,000 yang sudah tentu pergi kepada peguam saya,'' tambahnya.

Dalam pada itu katanya, walaupun sesuatu kes dikendalikan hakim berpengalaman, masih terdapat tunggakan dalam pengendalian sesuatu kes yang melibatkan sivil atau jenayah.

''Ini kerana proses perbicaraan mungkin mengambil masa yang begitu lama,'' katanya.

SUMBER :UTUSAN

Wednesday, January 11, 2012

SUING IN COURT

SUING IN COURT
by Dr. Mahathir bin Mohamad


1. Malaysian politics of today is frequently punctuated with court actions. In particular there are now a lot of litigation cases. And the amounts sued for invariably run into millions of Ringgit.
2. Despite the efforts of the learned judges there are still huge backlogs of cases of all kinds, civil and criminal, which probably will never be heard, much less adjudged. This is because the hearings take such a long time that the parties to the cases would have forgotten the facts or they would have died.

3. And, as they say, “justice delayed is justice denied”.


4. The litigations by politicians may be justified. But politicians must accept that as politicians they would be bad-mouthed by their opponents. It is up to them to counter the allegations made. They should not always be suing in court.
5. For Muslims they should be willing to swear properly that there is no truth to the allegations.

6. Often the litigation is intended to shut the mouths of their opponents. In Malaysia when a case is being heard in a court, it becomes sub-judice and comments outside can constitute “contempt of court”. By suing the matter becomes sub-judice and the opponents’ mouths would be shut. Through repeated appeals the case can be prolonged and the defendants’ mouths would remain shut to the advantage of the litigant for years.

7. For the person sued, much money would have to be spent on lawyers. For years he would be assailed with anxiety that he might be found guilty and if he is unable to pay he may be bankrupted.

8. Yet when the defendant wins, the litigant may need to pay cost only, which the court will fix. Often the amount would be a minute fraction of the amount he is sued for.

9. Because the cost to the litigant is so very little, the tendency is to sue for millions. This is grossly unfair to the defendants. If the law is intended to promote justice then the litigant should also suffer from the same anxieties for the length of time of the hearing and if his allegation is baseless he should pay his victim the same amount he sued for.

10. Then there would be justice and frivolous cases would not be brought before the courts. The judges would then have time for their other cases.

11. Incidentally I was sued for 100 million Ringgit. When after almost five years I won, I was awarded cost at 70 thousand Ringgit, which of course go to my lawyers.

spurce :

http://chedet.cc/

TUNNEL LINK

TUNNEL LINK
by Dr. Mahathir bin Mohamad

1. It is heartening to see Malaysia and Singapore agreeing on a sub-sea tunnel to connect the two countries. The bridge that will not be built now is planned to have eight lanes. This is of course due to the expected heavy traffic.

2. The question is whether the tunnel can provide for this volume of traffic. An eight-lane tunnel would have to be very wide or it will need two tunnels. Even if it is a double-decker like the Smart Tunnel in Kuala Lumpur, it needs to be very tall especially as it must cater for the heavy vehicles with their containers etc.

3. Because it will be far below the sea-bed it will have to begin and end far inland as lorries and trucks need gentle gradients. It can be as far as four kilometres for both ends. This, together with the undersea part will stretch the tunnel to almost eight kilometres.

4. If the Singapore MRT is going to use it as well, there must be at least another tunnel. Trains need even more gentle slopes. So the length might be more than eight kilometres.

5. Can Malaysia afford the cost of half this project, assuming the other half will be borne by Singapore? The project will cost billions and will take very many years to complete.

6. When completed I hope the causeway and the railway line will be removed. We will not need them anymore. Then water will flow east west and vice-versa. And small boats will be able to use the Tebrau Straits without having to go around south of Singapore.

7. Both Singapore and Malaysia will benefit from the removal of the causeway.

source :

http://chedet.cc/