Tuesday, January 3, 2012

Al-Fatihah -Tan Sri Abdul Hamid Othman




Tan Sri Abdul Hamid Othman adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri . Beliau dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir
dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. Beberapa pihak mengiktiraf beliau sebagai ulama dari UMNO dan membuat ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Pada 23 Disember 2011, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (72) meninggal dunia setelah mendapat akibat angin ahmar / strok di pejabatnya di Maju Junction dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Jenazah dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor.Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.


sumber gambar :thestar

No comments:

Post a Comment