Friday, January 6, 2012

Kempen 901 bersifat ugutan - Tun M



DR. MAHATHIR Mohamad menerima cenderamata daripada Presiden Rafoc, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth (Bersara) selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ketiga Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, semalam.



Kempen 901 bersifat ugutan - Tun M


DR. MAHATHIR Mohamad menerima cenderamata daripada Presiden Rafoc, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth (Bersara) selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ketiga Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kempen Bebaskan Anwar 901 yang digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan kempen berbahaya dan boleh dianggap sebagai satu bentuk ugutan kepada sistem kehakiman negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia juga jelas menampakkan penggerak kempen itu tidak menghormati keluhuran undang-undang negara.

''Kita tak harus cuba mempengaruhi mahkamah dengan cara ugutan. Ini (tujuan berhimpun) ialah untuk ugut. Apa jadi kalau lain-lain (pihak lain) juga cuba ugut? Apa jadi kalau tentera tak dapat gaji lebih, dia ugut (buat tindakan sama), apa jadi kepada negara?

''Mahkamah kalau buat keputusan yang untung bagi mereka, mereka tidak demonstrasi. Tapi belum pun (mahkamah) buat keputusan, mereka cuba nak ugut. Ini tidak kena.

''Kalau kita demokrasi, kita kena tunjuk yang kita hormat undang-undang. Ini (cakap) ada konspirasi, itu tak ikut undang-undang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Ketiga Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera anjuran Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan PKR yang meminta ahli mereka untuk sama-sama berhimpun Isnin ini dalam kempen tersebut.

Dr. Mahathir berkata, jika PKR mula menolak undang-undang dengan cara berhimpun, tidak mustahil pihak lain juga akan membuat perkara sama.

''Esok, mereka juga akan binasa. Kita mesti hormat undang-undang dan mempertahankannya,'' tegasnya.

Mengenai tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difahamkan telah mengatur pertemuan dengan enam duta asing dipercayai bagi mendapatkan sokongan, Dr. Mahathir berkata, 'orang luar' sememangnya suka campur tangan urusan dalam negara.

''Mereka (orang luar) nak lihat perubahan rejim. Itu hal kita bukan dia (negara luar). Kita ada pilihan raya, kenapa yang lain nak ambil tahu dalam perkara ini,'' katanya.

Ditanya tindakan Wanita PKR yang tidak menghalang peserta demonstrasi membawa kanak-kanak untuk berhimpun, ujarnya, ia tindakan berbahaya kepada golongan itu dan dunia kemanusiaan.

''Mereka cuma nak cari jalan untuk menekan perjalanan undang-undang dengan cara guna kanak-kanak. Bila besar nanti, berbahaya kerana mereka mungkin tak akan hormat undang-undang. Apa akan jadi kepada negara kalau orang tak hormat undang-undang?,'' soal beliau.


sumber :Utusan

No comments:

Post a Comment