Monday, March 11, 2013

Tukar kerajaan tidak jamin prestasi lebih baik


Tukar kerajaan tidak jamin prestasi lebih baik

Menurutnya, ini kerana pertukaran sesebuah kerajaan tidak menjamin prestasi yang lebih baik, terutama jika pihak terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman.


"Pertukaran kerajaan tidak menjamin kebaikan. Banyak negara yang tukar kerajaan tetapi prestasinya tidak baik.


"Saya mengambil satu contoh sebuah negara di Afrika yang hampir sama-sama merdeka dengan kita iaitu Uganda. Pemimpinnya dahulu mempunyai pengalaman dan menguruskan negara dengan baik tetapi dituduh tidak adil dan zalim.


"Akibatnya, rakyat bangkit menentang dan menukar kerajaan baru. Selepas pertukaran berlaku, keadaan menjadi lebih parah malah tidak dapat membangun sehingga sekarang," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penduduk pada Majlis Bersama Negarawan anjuran Barisan Nasional (BN) Kulim Bandar Baharu di sini hari ini.


Yang hadir sama ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi BN Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir.


Dr. Mahathir berkata, di Malaysia, kerajaan BN berjaya menunjukkan prestasi yang baik malah mempunyai pengalaman berterusan menguruskan negara sejak lebih 50 tahun lalu.


Sehubungan itu katanya, rakyat perlu mengambil kira faktor berkenaan dalam membuat keputusan memilih kerajaan yang benar-benar diyakini untuk masa depan negara.


"Kalau tukar semata-mata ingin cuba sesuatu yang baru, kita kena lebih berhati-hati. Janganlah buat keputusan ikut nafsu atau hanya benci. Kerana benci kita mahu tukar, ini tak betul," katanya.

Tambahnya, rakyat di beberapa negeri termasuk Kedah sudah merasai pengalaman buruk akibat menukar kerajaan.


"Di Kedah rakyat sudah merasai. Lepas lima tahun, apa yang mereka dapat. Ratanya-ratanya berkata tak ada apa perubahan kecuali hutan habis ditarah," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyelar tindakan pemimpin pembangkang terutamanya Pas yang suka menabur kebencian dalam kalangan rakyat.


"Pas mengambil pendekatan menyemai kebencian dengan mengatakan UMNO itu parti bukan Islam dan kafir. Inilah yang diajar oleh orang yang mempunyai pengetahuan agama.
"Mereka sanggup kafirkan tiga juta orang Islam UMNO dan menakut-nakut orang lain agar tidak sokong UMNO," katanya. 

- UTUSAN


No comments:

Post a Comment