Pencerobohan pengganas dari Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan masalah baharu yang dihadapi negara dan memerlukan pendekatan berbeza untuk menyelesaikannya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, gerakan yang dilancarkan pasukan keselamatan negara untuk menangani pencerobohan itu agak kompleks kerana pengganas dari Sulu menjadikan orang awam sebagai perisai manusia.
Menurut beliau, semua pihak seharusnya memahami pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan taktik yang pernah digunakan untuk menyerang pengganas komunis dahulu.
''Kita biasa berperang dengan gerila di dalam hutan tetapi mereka tidak menggunakan orang ramai sebagai perisai.
''Kalau kita terus serang balas mungkin penduduk di situ akan menjadi mangsa. Jadi, kita perlu berhati-hati supaya seboleh-bolehnya tidak menyebabkan kematian," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo acara Langkawi World Cup Asia (LWCA) Paintball 2013 di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa LWCA 2013, Tan Sri Khalid Ramli.
Acara tersebut dijadualkan berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah mulai 14 hingga 17 November ini.
Dr. Mahathir yang juga Penaung LWCA 2013 mengulas tentang Op Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan negara hari ini bagi menumpaskan pengganas dari Sulu di Lahad Datu.
Beliau juga mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pengganas dari Sulu mendedahkan orang awam kepada risiko kehilangan nyawa dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.
Jelasnya, pendekatan yang diambil pasukan keselamatan negara adalah tepat bagi menangani krisis yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas dari Sulu itu.
''Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita, macam mana lagi kita nak tangani masalah ini.
''Mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengan senjata itu pun sudah menjadi satu kesalahan. Kalau ada mana-mana pasukan yang mendarat menggunakan senjata di negara kita, kita berhak menggunakan senjata melawan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir menambah, tindakan kerajaan menghantar polis dan tentera untuk menangani situasi keselamatan di Sabah diyakini akan memberikan kesan positif terhadap Barisan Nasional (BN).
''Kita tak tahu apa reaksi penduduk di Sabah tetapi rata-rata orang di sana berharap mereka selamat," katanya.
Berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa pasukan keselamatan negara pernah melatih pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), beliau menafikan perkara itu pernah berlaku.

UTUSAN
No comments:
Post a Comment