Monday, March 25, 2013

kritikan Dr Mahathir kepada bangsa Melayu

Antara kritikan Dr Mahathir kepada bangsa Melayu adalah :

1.Budaya malas.

Kejayaan sesebuah bangsa adalah bergantung kepada sistem hidup dan budaya positif.

Ketika awal kemerdekaan bangsa Melayu masih miskin dan mundur dan hanya tertumpu di kampung-kampung dan desa menjalankan pertanian.Manakala bangsa Cina sudah menjadi usahawan membuka premis perniagaan di pekan dan bandar.

Budaya malas bukan sahaja berlaku pada masa negara baru merdeka namun ia berterusan hingga ke hari ini.Akibat daripada sikap tersebut bangsa Melayu lebih mundur dan tidak berjaya berbanding bangsa Cina sama ada dalam pendidikan,keusahawanan dan sebagainya.

Negara memerlukan warganegara yang rajin dan komited dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.Kejayaan bangsa Cina dalam perniagaan adalah bergantung kepada kesungguhan dan budaya rajin.Walaupun mereka tidak mendapat keistimewaan kontrak kerajaan dan kemudahan pinjaman sebagaimana bangsa Melayu namun bangsa Cina lebih berjaya.

Ketika akhbar mewancara Dr Mahathir tentang sikap dan unsur-unsur negatif di kalangan orang Melayu beliau menjelaskan :

“Umpamanya, ramai yang suka mencari jalan mudah untuk menjayakan sesuatu, walaupun jalan yang mudah itu akan membawa akibat buruk dalam jangka panjang. Tidak ada yang serius untuk berusaha. Kita dapati di kalangan penuntut Melayu, walaupun jumlahnya ramai kerana jumlah orang Melayu juga telah meningkat, tetapi keinginan untuk mengejar ilmu agak berkurangan, terutama di kalangan penuntut lelaki. Dalam bidang perniagaan ada yang betul-betul berusaha dan mencapai kejayaan tetapi lebih ramai yang hanya nampak peluang daripada lesen ataupun kontrak yang diberi oleh kerajaan untuk dijual kepada orang lain.”

Penyakit malas adalah satu penyakit yang menyebabkan bangsa Melayu masih dilanda kemiskinan walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar sejak era Tunku Abdul Rahman hingga ke hari ini.Jika budaya malas tidak dibuang dalam jiwa bangsa Melayu maka jumlah mereka yang berjaya terus berkurangan walaupun jumlah bangsa Melayu adalah majoriti dalam negara.

Dalam apa jua pekerjaan sifat malas adalah penyakit yang membantutkan kejayaan.Ramai anak Melayu gagal dalam pendidikan atau sekadar lulus cukup makan akibat budaya malas,begitu juga dalam perniagaan.Walaupun pelbagai bantuan diberikan sama ada dalam bentuk kemahiran,pinjaman dan sokongan namun jika budaya malas tidak diubah maka bnagsa Melayu terus gagal dalam apa jua lapangan kehidupan.

Dr Mahathir sering mengkritik bangsa Melayu yang malas dan tidak mahu gigih berusaha.Walau apa pun bantuan diberikan kepada mereka tidak akan menjadikan bangsa Melayu berjaya sekiranya budaya malas tidak dibuang.

Dr Mahathir menggambarkan bangsa Cina lebih berjaya berbanding bangsa Melayu.Menurut beliau “Kita dapati kaum Cina di Malaysia ini mencapai banyak kemajuan dalam bidang perniagaan. Ada yang datang ke Malaysia sebagai kuli, hari ini menjadi billionair.”

Dr Mahathir juga berkata “Kalau kita sudah jadi kaya, boleh beli harta Cina dan orang lain semuanya, kita lebih pandai daripada Cina, kalau kita masuk dalam pertandingan kita menang, apa perlunya hak istimewa orang Melayu. Orang Cina di Malaysia tidak ada hak istimewa. Mereka menghadapi diskriminasi. Tetapi mereka lebih berjaya daripada kita.”

Dr Mahathir mengkritik bangsa Melayu yang malas bukan mahu mengaibkan mereka namun mahu menyedarkan bangsa Melayu.Kejayaan bangsa Melayu bergantung kepada budaya kerja
rajin dan bersungguh-sungguh.

sumber : BUKU PERIBADI DR MAHATHIR

akan berada di pasaran....................................

No comments:

Post a Comment