Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) berbanding semasa pilihan raya umum pada 2008.
Katanya, pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat.
"Saya berpendapat Datuk Seri Najib ambil alih (jawatan Perdana Menteri), iklim bertukar dan beransur-ansur memihak semula kepada BN, kepada Umno khususnya.
"Ini kerana saya sedar tahun 2008 ramai juga orang Umno yang mengundi parti lawan kerana kecewa. Jadi tiada sebab lain mereka kecewa dan banyak usaha sedang dilakukan (Datuk Seri) Najib untuk memulih semula sokongan (kepada) Umno dan BN. Saya yakin keadaan lebih baik berbanding PRU 2008," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas program Amanat Negarawan Kepada Rakyat Marang yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri.
- Bernama
No comments:
Post a Comment