Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan orang ramai "bebas berbohong dan membuat perkara yang bukan-bukan".
"Sekarang kita dah hapuskan ISA, orang bersorak. Orang ramai sekarang, bebas bercakap bohong dan membuat perkara yang bukan-bukan.
"Jika orang mahu bebas tetapi bercakap benar tiada masalah," katanya dalam majlis syarahan di Seri Kembangan malam tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tentang pembangunan negara sejak Wawasan 2020 diumumkannya pada 1991.
Menurut negarawan itu lagi, negara-negara lain mengkritik tahap kebebasan di Malaysia sewaktu akta tersebut berkuatkuasa.
Bagaimanapun, mereka sendiri tidak teragak-agak menggunakan penahanan tanpa bicara apabila berhadapan dengan ancaman pengganas, katanya.
"Apabila mereka tiada masalah, mereka tiada keperluan untuk ISA.
"Apabila mereka berhadapan serangan pengganas, mereka tidak teragak-agak menahan orang di Guantanamo Bay, malah menyeksa tahanan," katanya lagi.

Dalam syarahan bertajuk 'Pusingan Terakhir Wawasan 2020: Mampukah Kita Mencapainya' itu, Dr Mahathir mengingatkan hadirin agar mengundi kerajaan BN untuk memastikan wawasan itu menjadi kenyataan.
"Ia lebih selamat jika kita (terus) mempunyai parti yang sama sebagai kerajaan.
"Saya tak berkempen, saya hanya menyatakan fakta," katanya berseloroh kepada hadirin.
Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan Wawasan 2020 akan diubahsuai oleh pemimpin lain dari BN kerana didakwanya mahu meninggalkan 'tanda' mereka sendiri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau pasti mereka tidak akan mengabaikan terus visi tersebut yang dirangka dan diumumkannya pada 1991.
Bekas presiden Umno itu turut mengingatkan hadirin agar terus mengekalkan prinsip perkongsian kuasa secara adil di antara kaum.
Bahkan tegasnya, tiada suatu kaum patut membolot kedua-dua dominasi kuasa politik dan kuasa ekonomi serentak.
"Kita terima hakikat bahawa tiada orang mahu melupakan asal usul mereka. Oleh kerana itu kita tidak lakukan assimilasi, kita lakukan integrasi.
"Paling penting kita telah memutuskan untuk berkongsi kuasa politik secara adil, dan bukannya secara sama rata.
"Tiada suatu kaum wajar mencuba untuk mendominasi kedua-dua kuasa politik dan ekonomi," katanya.
Syarahan malam tadi dianjurkan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan Dana Multi Kebudayaan dan Pendidikan Cheng Ho yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara malam tadi.

SUMBER : MALAYSIAKINI
No comments:
Post a Comment