Wednesday, January 8, 2014

Dr M: Hiburan boleh, tapi jangan lucah di Putrajaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sememangnya berharap agar pengurusan Putrajaya dapat menyediakan hiburan ringan seperti Champs Elysees di Paris bagi menggalakkan kunjungan pelawat ke pusat pentadbiran tersebut.

Katanya, kunjungan orang ramai ke kawasan tersebut akan mengelakkan bandar itu menjadi kawasan sunyi yang hanya menarik kunjungan penjenayah apabila tamat waktu kerja.

Bagaimanapun, bentuk hiburan yang hendak disediakan itu hendaklah disesuaikan dengan suasana di Putrajaya.

“Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa,” katanya.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc itu, beliau yang juga pengasas bandar berkenaan mencadangkan agar diadakan kedai makanan dan barangan di sepanjang jalan tumpuan utama di tengah bandar itu.

Langkah tersebut mengambil contoh jalan persiaran utama Champs Elysees di tengah Bandar Paris.

"Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.

"Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido," katanya.

Beliau mengulas laporan berhubung ura-ura bahawa satu cawangan rangkaian pusat hiburan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe namun berpendapat mungkin hiburan yang dihidangkan di tempat seperti itu tidak sesuai diperkenalkan di Putrajaya.

"Tetapi (Hard Rock Cafe) dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan.

"Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran," katanya lagi.

Sementara itu, Mahathir dalam satu laporan Utusan Malaysia Online hari ini menjelaskan bahawa Putrajaya adalah bandar pentadbiran dan bukannya bandar keagamaan.

"Putrajaya ini bukanlah satu bandar agama. Ia satu bandar untuk pentadbiran. Jadi manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah.

"Malam kita sambut ambang tahun baru itu, bukan main menari, menyanyi itu tak apa?," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe perlu menerapkan ciri Islam sekiranya dibuka di Putrajaya.

Dalam kenyataannya semalam, Tengku Adnan berkata Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Tambahnya, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya.

Ibu pejabat Hard Rock Cafe, Hard Rock International pula dalam satu kenyataan menyebut, syarikat tersebut tiada niat untuk menubuhkan pusat hiburan baru di Malaysia.

Syarikat itu kini memilik pusat hiburan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Melaka.

2 comments:

  1. My opinion. . Pusat hiburan always contribute to social problem.. islamic hardrock sound like mixing goodness and sins which gives rise to misconceptions of islam furthermore

    ReplyDelete
  2. Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete