Thursday, September 8, 2011

WAWANCARA KHAS RTM PROGRAM BERSAMA DR MAHATHIR MOHAMAD

WAWANCARA KHAS RTM PROGRAM BERSAMA DR MAHATHIR MOHAMAD

Lokasi : RTM Tarikh : 14-07-1998

Anggota Panel:

1. Tuan Syed Amin Al-Jefri, Yang Di Pertua, Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia, Bandaraya Kuala
Lumpur (WP)(moderator)

2. Prof. Hamdan Adnan, Presiden FOMCA

3. Encik Chua Yew Kay, Pengarang Berita The STAR

S. AMIN: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat malam sidang penonton yang
saya hormati sekelian. Malam ini kita akan
bersama-sama dengan YAB Dato Seri Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang kita
kasihi, dalam satu rancangan untuk berbincang
berkenaan dengan isu-isu ekonomi semasa. Kita
akan bertanya-tanya dengan YAB Dato Seri, apakah
pandangan beliau terhadap keadaan ekonomi kita
pada hari ini yang saya kira begitu penting
kerana ianya amat melibatkan rakyat kerana rakyat
merupakan penggerak utama keatas ekonomi kita
ini dan juga menjadi pengguna ke atas
kehasilannya. Selamat Datang Dato Seri, terima
kasih kerana dapat kita bertemu dengan Dato Seri
dan bersama-sama dengan saya juga Dato Seri ialah
dua lagi rakan saya. Yang pertamanya di sebelah
kanan saya ialah Prof Hamdan Adnan, Presiden
FOMCA dan yang di hujung sana ialah Encik Chua
Yew Kay iaitu pemberita daripada akhbar The STAR.
Dan mungkin saya boleh mulakan dulu Dato Seri
perbincangan kita pada malam ini dengan
mengemukakan satu soalan berkenaan keadaan
kedudukan ekonomi kita pada hari ini. Kalau kita
bandingkan dalam masa satu tahun telah berlalu,
apakah keadaan ekonomi kita pada hari ini sama
seperti yang dulu ataupun telah banyak perbezaan?

PM: Sebenarnya perbezaan banyak. Kalau kita
ambil keadaan sebelum bulan Julai tahun 1997,
ekonomi negara kita berjalan dengan baik, tumbuh
dengan begitu pesat pada paras lapan peratus
setahun dan kita jangka pada tahun 1997 kita akan
mencapai matlamat kita. Malangnya pada bulan
Julai oleh kerana serangan terhadap Ringgit kita
yang menyebabkan nilai Ringgit kita jatuh, maka
hari ini ekonomi kita merosot, merosot sehingga
pada tiga bulan pertama tahun ini bukan sahaja
pertumbuhan tidak berlaku tetapi ianya boleh
dikatakan `minus growth` iaitu sebanyak 1.8
peratus `contraction` dan ini sudah tentu
mempunyai kesan terhadap pembangunan negara kita,
terhadap kesejahteraan hidup, kebahagiaan hidup
rakyat negara kita, juga kepada sistem bank kita
dan juga kepada peniaga-peniaga.

S. AMIN: Jadi dalam keadaan yang ada pada hari ini Dato
Seri, apakah kita sudahpun sampai ke satu tahap
yang boleh kita katakan `the worst is already
over`?

PM : Kita tidak boleh hendak buat ramalan sama
ada sudah `bottoms out` ataupun sudah sampai ke
paras yang terendah, kerana keadaan ekonomi kita
begitu sekali dikuasai oleh pedagang matawang dan
juga mereka yang meniagakan saham-saham kita.
Mereka boleh dengan mudahnya menurunkan lagi
nilai matawang kita, mereka boleh menjatuhkan
lagi nilai saham kita mengikut sesuka hati
mereka, jadi dengan kerana itu kita tidak boleh
membuat ramalan apa yang mereka akan buat. Jadi
saya berpendapat bahawa mereka akan terus menekan
(saham dan matawang) jika ini menguntungkan
mereka.

S. AMIN: Ada juga di kalangan ramai Dato Seri yang begitu
sangat kabur tentang nilai Ringgit Malaysia dan
harga saham kita yang masih jatuh. Jadi banyak
media Barat telahpun menyalahkan Kerajaan
Malaysia dan juga Dato Seri sendiri berkenaan
dengan kejatuhan nilai Ringgit dan juga harga-
harga saham kita. Jadi ada sesetengah kalangan
rakyat yang mempercaya dakwaan ini. Bolehkah
Dato Seri terangkan kepada kita sebab sebenarnya
kejatuhan nilai Ringgit dan juga harga-harga
saham.

PM: Kita tidak faham kenapa mereka boleh
menyalahkan Kerajaan kita ataupun mana-mana
Kerajaan lain yang menghadapi masalah yang sama
kerana Kerajaan ini tidak berubah, dasarnya tidak
berubah, cara-cara pentadbirannya tidak berubah.
Kalau pada bulan Jun kita membuat sesuatu luar
biasa maka pada bulan Julai jatuh nilai Ringgit,
kita boleh salahkan perbuatan itu tetapi kita
tidak buat apa-apa yang luar biasa. Oleh itu
kenapakah jatuh? Bagi Kerajaan untuk menjatuhkan
nilai matawang kita biasanya mengisytiharkan,
mengadakan `gazette` ataupun perisytiharan yang
berkata bahawa sekarang ini nilai matawang kita
dikurangkan. Tetapi kita tidak buat demikian.
Jadi kalau kita tidak buat, siapa yang buat?
Tentu ada orang lain yang buat kerana Ringgit
dengan sendirinya tidak boleh menurunkan
nilainya. Kerana Ringgit tidak boleh tahu apakah
Kerajaan itu baik atau tidak baik, dia tidak
boleh tahu, yang tahu ialah orang. Orang mana
yang tahu? Dan peniaga matawang memangpun boleh
menaik ataupun menjatuhkan nilai matawang semata-
mata dengan cara mereka menjual matawang itu atau
membelinya. Kalau dijual Ringgit jatuhlah nilai
Ringgit, kalau dijual Rupiah jatuhlah nilai
Rupiah. Tetapi kalau mereka beli balik maka
nilai itu naik balik. Jadi mereka yang membuat
ini bukan kita.

PROF.
HAMDAN: Dato Seri, beberapa langkah telah diambil oleh
Kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan banyak
negara telah meminjam kepada IMF, tetapi negara
kita tidak mahu meminjam kepada IMF. Adakah kita
boleh memulihkan ekonomi kita tanpa IMF kerana
kita nampak juga negara-negara lain yang telah
meminjam dengan IMF ini mereka lagi teruk
daripada kita. Oleh itu boleh Dato Seri
jelaskan.

PM: Yang jelas itulah kalau kita minta
pertolongan daripada IMF ia tidak menjamin
pemulihan ekonomi. Kita lihat sebenarnya apabila
negara-negara lain meminta pertolongan IMF
keadaan menjadi lebih buruk. Umpamanya di
Indonesia, di waktu Indonesia meminta pertolongan
IMF Rupiah telah jatuh daripada 2,500 Rupiah
kepada satu Dolar Amerika kepada 3,600. Apabila
mendapat `so-called` pertolongan daripada IMF,
nilai Rupiah mula-mula kuat sedikit 3,200 kepada
satu Dolar Amerika. Tetapi kemudian daripada itu
jatuh dengan begitu teruk sehingga sampai kepada
16,000 Rupiah kepada satu Dolar Amerika.
Demikian juga dengan Won Korea bila dapat
pertolongan IMF dia tidak memulihkan kedudukan
matawang, sebaliknya menjadi lebih buruk. Jadi
kerana itu kita tidak nampak apa sebabnya yang
kita harus meminta pertolongan daripada IMF
kerana pertolongan itu tidak menjamin kekuatan
bagi Ringgit kita. Sebaliknya kita cuba berusaha
sendiri dan keadaannya tidaklah sebegitu buruk
seperti setengah-setengah negara yang meminta
pertolongan daripada IMF. Sebab itu kita pilih
untuk tidak meminta bantuan daripada IMF.

PROF.
HAMDAN: Dato Seri, akhbar kelmarin ada menyatakan
seorang daripada pegawai IMF mengatakan bahawa
`the worst is over for all except Indonesia`,
kalau tidak silap saya. Apakah tanggapan Dato
Seri?

PM: Ramalan ini telah dibuat berkali-kali oleh
orang lain. Tiga bulan dahulu, enam bulan
dahulu. Pada mulanya ada yang berkata kegawatan
ini hanya selama tiga bulan sahaja, tetapi
sekarang sudah setahun. Jadi ramalan-ramalan ini
siapa pun boleh buat. Tetapi sebenarnya tidak
menjamin bahawa pendapat mereka itu tepat.

S. AMIN: Kita beralih Dato Seri kepada kedudukan
pengusaha-pengusaha di Malaysia. Kita tahu
Kerajaan telahpun menyediakan berbagai-bagai
dana dengan kadar faedah yang agak rendah juga
untuk menolong pengusaha-pengusaha ini
memulihkan semula ekonomi kita yang ada pada
hari ini. Tetapi kalau kita tengok pada hari
ini pihak sasaran masih lagi bersungut seolah-
olah dana yang telahpun disediakan dan
disalurkan kepada mereka ini tidak sampai kepada
mereka. Jadi bolehkah Dato Seri terangkan
apakah masalah yang sebenarnya. Dan kalaulah
benar ada masalah, apakah tindakan yang akan
diambil oleh pihak Kerajaan untuk membetulkan
keadaan ini?

PM: Yang pertamanya faedah hutang ini masih
tinggi walaupun `BLR`nya (base lending rate)
hanya 11 peratus tetapi bank menambah keuntungan
mereka sehingga empat peratus, menjadikannya 15
peratus kadang-kadang sampai 16 peratus. Jadi
dengan itu peniaga sukar untuk mendapat
keuntungan dan mereka enggan meminjam. Yang
keduanya, bank sendiri tidak begitu berminat
untuk memberi hutang. Kadang-kadang pemintaan
untuk hutang itu ditolak begitu sahaja ataupun
diberi alasan itu dan ini dan kita tahu bahawa
bank mencari jalan mudah untuk mereka dapat
untung. Dana untuk industri kecil dan sederhana
(IKS) umpamanya, kita dapati Kerajaan
memperuntukkan sebanyak 1.5 bilion Ringgit untuk
dipinjam kepada IKS. Tetapi bank dalam jangka
masa empat bulan, tiga bulan telah mengeluarkan
hanya 40 milion Ringgit daripada 1.5 bilion.
Daripada 1,500 milion, mereka keluar cuma 40
milion Ringgit sahaja. Sedikit sekali. Mereka
begitu kononnya menghalusi ini tidak boleh
untung, ini tidak baik, mereka tidak bagi pinjam.
Jadi walaupun Kerajaan cuba mengadakan dana yang
mencukupi, tidak ada kerjasama daripada bank
ataupun faedah yang terlalu tinggi menyebabkan
dana itu tidak diguna sepenuhnya.

S. AMIN: Jadi apakah rancangan di masa depan Dato Seri
untuk menggunakan kaedah-kaedah lain untuk
membolehkan dana ini sampai ke pihak sasaran?

PM: Ya kita cuba berbincang dengan bank-bank
dan cuba menasihat mereka supaya mengeluarkan
lebih banyak pinjaman. Di sini kita menghadapi
satu masalah iaitu pendapat dunia sekarang ini
ialah pemerintah ataupun Kerajaan tidak harus
mengarah bank untuk memberi pinjaman. Kononnya
ini bertentangan dengan pasaran, dasar pasaran.
Jadi bank mestilah bebas untuk membuat keputusan
sendiri. Jadi kalau kita tidak boleh mengarahkan
bank, maka matlamat kita tidak tercapai. Tetapi
kalau kita cuba juga arahkan bank maka kita akan
dikecam dan bukan sahaja dikecam, kadang-kadang
diturunkan lagi nilai matawang kita.

CHUA: Memandangkan ekonomi yang gawat sekarang,
pendapatan Kerajaan kian merosot. Adakah
Kerajaan mempunyai cukup kewangan untuk membiayai
pembangunan dan perbelanjaan negara?

PM: Ya, cukup kalau kita mengadakan defisit
`budget`. Tetapi kalau kita cuba hendak membiayai
segala kos pentadbiran dan pembangunan dengan
pendapatan kita, sudah tentu tidak cukup kerana
kita bergantung kepada keuntungan syarikat-
syarikat. Dulu syarikat-syarikat ada yang untung
sehingga dua bilion Ringgit. Kalau mereka untung
dua bilion Ringgit 560 milion adalah hak
Kerajaan sebagai cukai. Sekarang ini mereka
rugi, jadi kita tidak dapat 560 milion bahkan
kita dapat sedikit sangat, ada syarikat yang rugi
langsung. Jadi kita tidak dapat apa-apa cukai.
Dengan itu kewangan Kerajaan menjadi begitu lemah
sehingga kita tahun depan saya yakin kita perlu
mengadakan defisit `budget`.

PROF.
HAMDAN: Adakah Malaysia terpaksa meminjam wang dari
luar?

PM: Ya kita terpaksa meminjam wang dari luar
kerana itu sahaja satu cara untuk menampung
keperluan kewangan, baik untuk Kerajaan ataupun
untuk pembangunan ekonomi oleh pihak swasta.
Kita tidak ada jalan lain melainkan untuk
meminjam. Kalau kita cuba keluarkan, kita cetak
lebih banyak wang, itu akan menyebabkan nilai
Ringgit kita jatuh.

PROF.
HAMDAN: Dato Seri ini pasal duit kita mengalir keluar,
adakah ia masih berlaku dan jika masih berlaku
apakah tindakan-tindakan yang patut diambil untuk
memastikan yang mereka ini tidak berbuat demikian
kerana ia pasti merugikan kita.

PM: Ada dua pendapat berkenaan dengan ini.
Duit kita mengalir keluar kerana faedah pinjaman,
faedah `fixed deposit` di luar negeri lebih
tinggi daripada di Malaysia. Dengan itu mereka
yang ingin mendapat faedah yang tinggi akan
membawa duit itu keluar. Yang keduanya.

SUMBER : iNTERNET

No comments:

Post a Comment