Wednesday, September 7, 2011

Islam dan keperibadian Dr M part 2

21.Mempraktikkan apa yang dikata.


“ Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang
kamu tidak melakukannya!.Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(Surah As-Saff ayat 2/3)
Dr Mahathir individu yang mementingkan kredibiliti.Beliau sentiasa mengatakan sesuatu dan mengotakannya.Dasar yang diperkenalkan adalah dasar yang dipraktikkan dalam kehidupan sama ada ‘Bersih,cekap,amanah” atau “Pandang ke timur”.
Pelbagai sifat yang ditonjolkan Dr Mahathir adalah menunjukkan beliau

mengotakan apa yang dikata.Beliau bukan manusia yang hanya bijak berkata-kata tanpa
praktikal.
Islam adalah agama praktikal dan menggalakkan umatnya mengotakan apa dikata.Islam mendidik umatnya mempraktikkan apa sahaja yang dikatakan.Apabila seorang pemimpin melakukan apa yang dikata maka rakyat akan mengikut peribadi pemimpin.
Seseorang pemimpin akan dicontohi.Apabila rakyat melihat kredibititi pemimpin bijak bercakap dan menunaikan apa dikata rakyat akan mencontohi peribadi pemimpin tersebut.


22.Mencintai sains dan teknologi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.
(Surah Ali Imran-120)
Ilmu sains dan teknologi adalah amat penting dalam islam.Ilmu tersebut terkandung dalam Quran yang berusia lebih 1400 tahun lampau.
Sejarah membuktikan bahawa ilmu sains dan teknologi telah dipelopori umat islam sejak dahulu kala.Buku karangan tokoh islam Ibnu Sina digunakan ilmuwan barat dan timur lebih 500 tahun.Islam telah melahirkan ramai intelek dalam ilmu sains dan teknologi sejara ribuan tahun lampau.
Sebagai individu dan pemimpin yang cintakan Quran beliau amat mementingkan ilmu sains dan teknologi.Mengambil jurusan kedoktoran dan mengembangkan ilmu sains

dan teknologi apabila bergelar pemimpin.
Apabila zaman internet dan globlalisasi terbukti ilmu sains dan teknologi amat penting dalam kemajuan sesebuah negara.Maka beliau memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri dan telah berjaya mengubah negara dari miskin kepada
lebih membangun dan maju.


23.Membina masjid.
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid
Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut
melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka
adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(Surah At-Taubah ayat 18)
Sebagai pemimpin islam Dr Mahathir membuktikan bahawa beliau penganut yang baik.Ribuan masjid dibina untuk memakmurkan dan membuktikan Malaysia negara islam.
Apabila pentadbiran Putra Jaya mahu dibina beliau membuat pelan membina masjid di hadapan pusat pentadbiran Perdana Menteri.Ini membuktikan beliau adalah penganut
islam yang peka dengan kehendak islam.



24.Komited berusaha.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredaan) dan

sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang
berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Ankabut: 69)
Dr Mahathir adalah pemimpin yang komited bekerja dan membangunkan negara.
Beliau terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan masa dan memanfaatkan masa
dengan bekerja dan terus bekerja.
Sifat rajin adalah sifat terpuji dan ianya berlandaskan ajaran Quran.


25.Mempunyai penasihat agama.
“Maka tanyalah ahli al-zikr sekiranya kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Anbiya’ ayat 7.
Dr Mahathir sedar bahawa beliau mempunyai pengetahuan agama yang tidak mendalam sebagaimana lulusan bidang agama.Oleh demikian beliau mempunyai
penasihat dalam bidang agama untuk mencanai dasar atau membuat ucapan.
Jika dikaji segala perancangan dan ucapan beliau tiada satu pun tersasar dari ajaran islam.Dr Hamid Othman dilantik menjadi penasihat agama beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.Ia adalah bukti Dr Mahathir mempunyai penasihat yang baik dalam bindag agama untuk memberi kefahaman yang lebih baik dan menjayakan dasar agama dalam pemerintahan negara.


26.Mendapatkan pahala daripada menjadi role-model.
“Barang siapa yang menyunnahkan sesuatu sunnah yang baik
dalam Islam maka dia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sesudahnya tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala mereka” (Riwayat Imam Muslim, Ahmad,Tirmizi, Nasaai dan Ibnu Majah ).
Dr Mahathir sentiasa menjadi role-model yang baik.Islam mengajar bahawa apabila seseorang menunjukkan sifat-sifat baik dan diikuti sifat tersebut maka seseorang akan memperolehi pahala.Itulah kebaikan islam.
Dr Mahathir bukan sahaja mempunyai nilai peribadi yang baik namun beliau juga mempunyai dasar yang selaras dengan islam.Dasar tersebut diamalkan orang lain dan beliau mendapat pahala.
Dalam islam apa sahaja contoh teladan dan dasar yang baik akan diberikan pahala berterusan sama ada ketika hidup atau selepas mati.Itulah kelebihan menjadi orang islam.


27.Sederhana dalam pemakanan.
Dari Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga beliau wafat."
( Hadis riwayat Imam Tirmizi )
Dr Mahathir seorang yang menjaga kesihatan dengan baik dan amat sederhana dalam pemakanan.Beliau mengamalkan petua yang diajar ibu beliau iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Inilah amalan beliau sejak dahulu hingga kini.Amalan ini adalah amalan yang baik dan menurut seorang penulis amalan ini berdasarkan sebuah kisah di zaman Raja Parsi.


28.Menjauhi muflis akhirat.
“ (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat :
Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab : Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta. Lalu Nabi saw bersabda : Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang

yang datang pada hari Kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan
zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki si fulan, menumpahkan darah si fulan
dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan
dosa penganiayaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan
orang yang teraniaya iaitu lalu dibebankan kepada orang tersebut,
sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Sepanjang hidup Dr Mahathir tidak pernah melakukan perbuatan yang akan menjadikan beliau muflis akhirat sama ada memfitnah,memukul,membunuh dan apa sahaja yang menyebabkan beliau menanggung dosa akibat perbuatan buruk kepada orang lain.
Beliau beriman dengan akhirat di mana sudah termaktub dalam Quran bahawa manusia yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan setimpal di akhirat.


29.Tidak membalas perkataan jahat.
Aisyah berkata :Datang seorang Yahudi dan berkata “mampuslah kamu wahai Abu Qasim!”.dan Baginda saw menjawab “Dan ke atas kamu”.Lantas Aisyah berkata
“Bahkan ke atas kamu mampus dan celaka!”.Maka Baginda saw bersabda
“Wahai Aisyah janganlah kamu berlaku jahat”.
Hadis riwayat Imam Muslim.

Dr Mahathir sepanjang karier politik beliau dihamburkan pelbagai kata-kata kesat dan penghinaan seperti mahazalim,mahafiraun,kafir,laknatullah,nyanyuk,bodoh dan
pelbagai nista dan hinaan dilemparkan orang lain.
Walaupun demikian beliau tidak pernah membalas kata-kata jahat tersebut dan hanya bersabar.Itulah Dr Mahathir yang mengikut ajaran Quran dan hadis.


30.Mempraktikkan nasihat ibu bapa.
“Dan (ingatlah) ketika Lokman berkata kepada anaknya, semasa dia
memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
(Surah Lokman-ayat 13)
Dr Mahathir adalah manusia bertuah kerana memiliki ibu bapa yang peka dalam pendidikan anak-anak.Ibu bapa beliau juga sering memberi nasihat kepada anak-anak berterusan supaya anak-anak berjaya dan mempunyai akhlak yang baik selaras dengan Islam.
Sebagai seorang anak yang menghargai ibu bapa Dr Mahathir mempraktikkan segala nasihat dan bimbingan ibu bapa.Keperibadian beliau adalah berdasarkan kepada nasihat-nasihat yang dipegang sejak kecil hinggalah dewasa.
Sebagaimana Quran menceritakan bahawa Lokman menasihati anaknya demi kebaikan dan anaknya mengikut segala nasihat ayahnya,begitulah Dr Mahathir.Dr Mahathir pula mewariskan segala nasihat kepada anak-anak beliau dan mereka berjaya
dalam kehidupan.



31.Mencari keredaan Allah.
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena
mencari keredaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-
Nya.”
(surah Al-Baqarah-207)
“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal
yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka
di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda
(serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya.Balasan yang demikian itu
untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.”
(surah Al-Bayyinah ayat 8)
Dr Mahathir memajukan negara dan bangsa Melayu demi menuntut keredaan Allah
bukannya mahu pujian dan pangkat.Segala usaha dilakukan demi meningkatkan pendapatan rakyat dan ikhlas bekerja demi keredaan Allah dunia dan akhirat.


32.Merancang masa depan dengan baik.
“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi
orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran ayat 159)
Islam mengajar supaya berusaha dan merancang kehidupan dengan baik.Dalam sejarah Islam menunjukkkan islam gemilang dan berjaya kerana mereka bijak merancang dan menjadi sebuah empayar yang besar dan maju hingga berjaya mengalahkan kerajaan

besar seperti Rom dan Parsi.
Kemenangan orang islam dalam peperangan seperti perang Khandak (parit) adalah
kerana orang islam mempunyai perancangan yang baik.Idea menggali parit telah dicetuskan sahabat Baginda saw yang bijak bernama Salman Al-Farsi.Itulah perancangan yang bijak hingga berjaya menewaskan musuh.
Dr Mahathir adalah manusia yang bijak merancang dalam apa jua yang dilakukan.Sebelum merealisasikan sesuatu idea dan projek beliau melihat kemampuan kewangan negara melalui perbincangan dengan pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM.Beliau bukan membuat semua kerja dan urusan tanpa perancangan teliti kerana mahu menjauhkan kerugian dan tidak mahu membuang masa.
Islam mengajar umatnya untuk merancang dan Dr Mahathir merancang masa depan negara dengan baik demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
33.Berfikir untuk masa depan rakyat.
“Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu
(bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada
kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang
diwahyukan kepadaku.Bertanyalah (kepada mereka): Adakah sama orang yang
buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?.”
(Surah Al-An’aam-ayat 50)


Setiap manusia mampu berfikir namun tidak semua manusia mampu berfikir untuk kebaikan dan masa depan yang baik.Ramai manusia terlibat dengan jenayah curi dan
rompak kerana mereka mempunyai akal namun tidak mampu berfikir dengan baik.
Dr Mahathir adalah manusia peka dengan nasib dan masa depan rakyat.Beliau merencanakan sesuatu untuk kebaikan rakyat dan mahu rakyat Malaysia mengecap kemajuan dan kesejahteraan hidup.
Peningkatan ekonomi negara adalah kebaikan yang memberi masa depan baik kepada rakyat.Pembinaan jambatan Pulau Pinang contohnya adalah projek yang memajukan negara.Beliau tidak melakukan sesuatu sia-sia namun ianya bersifat kebaikan kepada rakyat.Menara berkembar Petronas dibina untuk menarik jutaan pelancong seterusnya menjana ekonomi negara dan ramai mendapat limpahan rezeki seperti
pengusaha hotel,pemandu teksi,pemilik restoran dan sebagainya.
Rakyat memerlukan masa depan yang baik dan Dr Mahathir merancang masa depan yang baik untuk rakyat.Itulah pemimpin islam yang mengikut segala ajaran Quran.
34.Sentiasa berdoa.
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas.”
(surah Al-A’raaf ayat 55)
Islam adalah agama yang menganjurkan kepada usaha yang komited di samping berdoa setelah usaha dijalankan.

Dr Mahathir adalah manusia yang sering berdoa untuk kebaikan sama ada dalam ucapan beliau atau sepanjang masa beliau.
Belaiu yakin dengan ajaran islam yang menganjurkan berdoa kepada Allah Maha Berkuasa.


35.Sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat
pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari
akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi
(kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
(surah Az-Zumar ayat 9 )
Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang suka membaca dan mahu menambahkan pengetahuan.Ketika diwawancara penulis beliau berkata “Saya terpaksa menguruskan sesuatu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu jadi saya ambil usaha untuk membaca dan berfikir demi menambahkan pengetahuan dalam sesuatu perkara”.
Jawapan beliau menunjukkan bahawa penambahbaikan dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran perlu dilakukan sepanjang masa dan beliau mempunyai kekayaan idea dan pandangan dalam pelbagai perkara kerana sentiasa menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya sentiasa berilmu dan berkemahiran


dan Dr Mahathir telah menunjukkan contoh terbaik dalam menghayati ajaran islam.
Kata Imam Ahmad bin Hanbal “Manusia lebih berhajat kepada ilmu berbanding makan minum kerana hajat kepada makan minum hanya sekali atau dua kali sehari tetapi hajat
manusia kepada ilmu ialah sebanyak mana bilangan hembusan nafas”.
Melalui ilmu pengetahuan yang banyak beliau berjaya memperolehi idea bernas dan mampu bercakap dalam pelbagai aspek.Itulah Dr Mahathir yang peka dengan kepentingan ilmu.


36.Melaksanakan kemahuan rakyat.
Sabda Rasulullah saw bermaksud “Barang siapa yang melepaskan kesusahan seseorang mukmin kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskannya satu kesusahan
daripada kesusahan di akhirat”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dr Mahathir adalah manusia peka dengan kemahuan rakyat.Rakyat mahukan pendapatan yang baik,negara aman damai dan senang mencari rezeki.
Beliau telah berusaha membebaskan negara dari belenggu kemiskinan dan kacau bilau.Negara menjadi sebuah negara yang aman damai,membangun dan maju demi kemudahan rakyat jelata.


37.Mementingkan ekonomi.
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,


padahal kamu mengetahui”
(Surah Al-Baqarah-ayat 188)
“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu,
(harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas
pembangunan kehidupan kamu dan berilah mereka belanja dan pakaian dari
pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada
mereka dengan kata-kata yang baik.”
(Surah An-Nisaa’ ayat 5 )
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak
(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat).”
(surah Jumaat ayat 10)
Islam adalah agama kemajuan dan amat mementingkan ekonomi demi
memajukan agama dan penganut islam.Ketika islam mula bertapak di bumi
Madinah,Baginda saw menggalakkan para sahabat menyertai bidang ekonomi bagi memajukan ekonomi penganut agama islam dan lahirlah tokoh korporat islam seperti Abdul Rahman bin Auf,Osman bin Affan dan Zubair bin Awwam.
Dr Mahathir adalah pemimpin islam yang peka dengan ekonomi dan mencari dasar dan teori ekonomi agar negara maju dan berjaya.Apabila sebuah negara berkembang

maju maka rakyat akan mendapat pendapatan yang lebih baik.
Sektor ekonomi adalah penting dalam sesebuah negara.Memiliki pengalaman hidup dalam negara yang miskin dan mengalami banyak penderitaan ketika penjajahan British
dan Jepun Dr Mahathir mahu mengubah nasib rakyat agar lebih maju dan berjaya.Dengan kesungguhan usaha rakyat Malaysia dapat menikmati ekonomi yang baik berdasarkan hasil usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengeluh penat atau jemu memajukan negara.
Islam mementingkan sumber ekonomi dan Dr Mahathir telah membuktikan bahawa beliau mementingkan sektor ekonomi dan berjaya memacu negara ke arah kemajuan
dan pemodenan.


38.Tidak suka mencari kesalahan orang lain.
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang
buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab
seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak
mengetahui (yang demikian).” Surah An-Nur ayat 19.
Dr Mahathir adalah manusia yang mementingkan maruah sendiri dan maruah orang lain.Beliau tidak suka mencari-cari kesalahan orang lain dan hanya mengkritik demi kebaikan rakyat dan negara.
Kritikan untuk memperbaiki kelemahan bukan mencari kesalahan orang lain.Sikap mencari kesalahan orang lain selalu dilemparkan pembangkang yang suka mengkritik Dr Mahathir tanpa alasan munasabah dan apabila segala perancangan Dr Mahathir membuahkan kejayaan untuk kebaikan rakyat dan negara maka segala kritikan tersebut

adalah salah dan hanya bersifat mencari salah orang lain.


39.Tidak mempercayai bidah dan khurafat.
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat”
(Riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi)
Dr Mahathir telah menulis buku Dilema Melayu dalam tahun 70an dan menceritakan tentang pelbagai pandangan dan sifat negatif bangsa Melayu.Antara sikap negatif bangsa Melayu adalah mempercayai bidah dan khurafat seperti mempercayai
jembalang dan hantu.
Dr Mahathir menulis buku tersebut dan menjelaskan pelbagai masalah dan sikap bangsa Melayu agar mereka sedar kesilapan dan kelemahan serta berusaha memperbaiki
diri agar lebih maju dan berjaya.
Sebagai seorang islam yang mempunyai pegangan agama yang benar Dr Mahathir tidak pernah mempercayai segala perkara karut dan khurafat.Bagi beliau kepercayaan karut hanya akan menyebabkan bangsa Melayu terus mundur dan tidak berjaya.


40.Mendamaikan manusia.
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
(bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan
atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian

dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi
kepadanya pahala yang amat besar.”surah An-Nisaa’-ayat 114.
Mendamaikan antara manusia adalah sifat terpuji dan digalakkan islam.Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang suka mendamaikan orang lain terutama dalam melaksanakan program dan modul untuk kebaikan semua rakyat demi menjauhkan prasangka buruk dan permusuhan antara kaum.
Semua bangsa di Malaysia hidup dengan harmoni dan bersatu padu dalam sebuah
negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama.
Beliau juga terkenal dengan sikap memaafkan orang lain demi kebaikan bangsa dan agama.Sebagai contoh beliau telah menerima kemasukan kesemua ahli parti Semangat 46 yang menghentam kerajaan dan mengaibkan peribadi beliau demi penyatuan bangsa
Melayu.Inilah usaha mendamaikan bangsa dan agama .

No comments:

Post a Comment