Islam dan keperibadian Dr M.
Islam adalah sebuah agama teori dan praktikal.Agama yang telah berusia ribuan tahun mempunyai panduan berasaskan Quran dan hadis.Segala ajaran Quran dan hadis adalah relevan kepada umat islam sejak ia lahir hingga kiamat.
Islam mempunyai pelbagai asas yang menunjukkan ke arah kebaikan dan kemajuan.Islam tidak pernah sesekali mendidik penganutnya menjadi manusia jahat,zalim,tamak dan mementingkan diri sendiri.
Jika diikuti kehidupan Dr Mahathir beliau adalah penganut agama islam yang mengikut segala acuan dan didikan islam.
Walaupun ada pihak yang menggelar beliau Mahafiraun,kafir,laknatullah dan lain-lain,ia bukanlah menjadi bukti Dr Mahathir seorang pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran islam.
Dr Mahathir berpegang teguh dengan ajaran islam.Beliau menunaikan solat,berpuasa,mencari idea dan ilham memajukan negara malah berusaha menyatupadukan pemimpin dan negara islam.
Apa yang menyedihkan sebilangan pemimpin negara-negara arab yang merasakan diri mereka lebih islam dan berbangga dengan keturunan arab tidak melakukan usaha dan komited dalam meningkatkan ekonomi negara-negara islam yang masih miskin dan mundur.
Buktinya,negara Palestin yang merdeka masih dizalimi pihak Israel dengan pengeboman dan pelbagai kezaliman dilakukan pihak Yahudi.Negara-negara arab yang kaya dan berkuasa hanya memerhatikan kezaliman Israel tanpa sebarang tindakan
efektif.Jumlah penduduk berbangsa arab seramai 500 juta tidak mampu menewaskan
bangsa Yahudi yang berjumlah 14 juta orang sahaja.
Ini benar-benar memalukan.Palestin terus diserang,diancam,tanah dirampas,sekatan ekonomi dikenakan,tembok batu pemisah dibina dan pelbagai lagi kezaliman berlaku
kepada orang Palestin.Bangsa arab hanya memerhati dan membuang masa di meja rundingan di mana terbukti Israel selalu merosakkan perjanjian.
Dr Mahathir adalah manusia bersuara lantang mengkritik negara-negara arab kerana tidak mahu bersatu dan mengabaikan nasib bangsa Palestin
Beliau berani bersuara dan mengabaikan kekuasaan dan kekuatan negara besar seperti Amerika dan negara-negara Eropah.
Jika islam menyeru ke arah kerajinan dan ketekunan sebagaimana sebuah hadis bermaksud “ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”.
Maka Dr Mahathir mempraktikkan ajaran hadis tersebut.Beliau dikenali sebagai seorang yang tekun bekerja terutama sekali ketika menjawat jawatan Perdana Menteri .
Beliau bekerja siang dan malam membangunkan negara sehingga Malaysia dikenali seluruh pelusuk dunia.Malah setelah bersara pun beliau masih bergerak menghadiri pelbagai program dan seminar untuk menyebarkan dakwah dan berkongsi pengetahuan serta kemahiran seantero dunia.
Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya berusaha agar mampu hidup dalam kehidupan yang lebih baik.
Itulah yang dilakukan Dr Mahathir.Beliau berusaha mencari idea dan mencari jalan
meningkatkan pendapatan rakyat.Kebijaksanaan Dr Mahathir telah menambah baik
kehidupan dan rakyat mampu mendapat pendapatan yang lebih baik dengan peningkatan
ekonomi negara.
Jika islam mengajar tentang sikap toleransi dan tolak ansur itulah yang diamalkan Dr Mahathir.Sebagai pemimpin sebuah negara yang mempunyai pelbagai lapisan kaum dan pelbagai agama beliau menunjukkan sikap toleransi kepada semua kaum.
Beliau membangunkan tempat ibadat bukan sahaja kepada umat islam tetapi juga untuk penganut agama-agama lain.Ini adalah toleransi beliau kepada semua rakyat.
Dr Mahathir juga mengamalkan strategi membangunkan ekonomi semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Semua bangsa mampu beroleh pendapatan yang baik asalkan berusaha.
Islam menunjukkan ke arah kemajuan dan kemodenan malah kemajuan memberi banyak kebaikan kepada manusia.Dr Mahathir mencanai pelan dan usaha agar negara mampu mencapai kejayaan dan kemajuan.
Pembinaan KLIA sebagai contoh,bukan satu pembaziran,ianya untuk kemudahan dan kesenangan pada masa akan datang.Kemudahan yang dibina jelas memberi manfaat apabila kedatangan pelancong bertambah dan meningkat.Kemajuan dan pembangunan yang dicetuskan Dr Mahathir adalah bersifat jangka panjang dan memberi banyak kebaikan kepada semua rakyat.
Islam adalah agama yang sempurna dan sering menunjuk ke arah kebaikan dan kemajuan.Dr Mahathir membuktikan bahawa sikap dan tindak tanduk beliau jelas
menurut kehendak islam.
Dr Mahathir membuktikan bahawa islam bukan hanya pada pakaian seperti
berserban dan berjubah semata-mata.Islam sebenarnya lebih kompleks dan perlu
ditunjukkan melalui peribadi dan cara hidup.
Pandangan pihak yang menganggap manusia berjubah dan berserban adalah lebih islamik adalah salah kerana Dr Mahathir membuktikan bahawa tanpa jubah dan serban,seseorang mampu menjadi pemimpin yang baik dan beragama.
Islam adalah agama yang sering menyuruh umatnya menjadi manusia yang praktikal dan tidak hanya pandai berkata-kata.
Dr Mahathir membuktikan kepada semua manusia bahawa beliau seorang yang bijak mencipta teori dan mempraktikkan teorinya dalam kehidupan.Beliau tidak mahu menjadi manusia hipokrit dan munafik.Manusia hipokrit hanyak bijak berkata-kata namun tidak mempraktikkannya dalam kehidupan.
Jika Dr Mahathir memasuki pejabat lebih awal,mengurangkan waktu tidur,
mencari jalan agar keamanan dan kemajuan negara dapat tercapai,itu jelas beliau manusia praktikal.Beliau lebih islamik berbanding manusia yang hanya menonjolkan islam pada pakaian.
Manusia praktikal ialah manusia yang mengamalkan setiap kata-katanya.
Dr Mahathir membuktikan bahawa beliau mempraktikkan ajaran agama walaupun ramai pihak mempertikaikan keislaman beliau.Sepanjang 22 tahun mengemudi negara,beliau hanya bekerja dan bekerja membangunkan negara disamping mencari jalan agar keamanan dan kestabilan negara dapat dikekalkan.
Sabda nabi saw bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling
berguna kepada orang lain”.Dr Mahathir berusaha menjadi manusia yang berjasa dan
memberi banyak kebaikan kepada manusia lain terutama rakyat Malaysia.
Keperibadian dan sikap beliau jelas menunjukkan beliau seorang penganut agama
islam yang setia dan mengamalkan ajaran agama.Walau apa pun kritikan dan cemuhan
yang dilemparkan Dr Mahathir telah membuktikan bahawa beliau adalah manusia bernama islam dan mengamalkan ajaran islam sebenar.
Islam adalah agama sempurna dan benar,Dr Mahathir telah mengangkat darjat agama islam dan menjadi manusia contoh kepada pemimpin islam lain.
Antara peribadi Dr Mahathir yang mengikut acuan Quran dan hadis :
1.Bekerja rajin.
Sabda Baginda saw
“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”.
Dr Mahathir adalah manusia yang sentiasa komited dalam pekerjaan sama ada sebagai pelajar atau pemimpin.Peribadi beliau jelas mengikut saranan hadis saw.
2.Berjihad pada jalan Allah .
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah saw: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tanya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah swt."
Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
Dr Mahathir mementingkan jihad fi sabilillah.Jihad fi sabilillah bukan terhad kepada
peperangan sahaja tetapi juga merangkumi meningkatkan ekonomi orang
islam,mengubah cara kerja yang malas kepada rajin dan sebagainya.
Apabila Dr Mahathir mula memegang jawatan Perdana Menteri,beliau berusaha meningkatkan taraf ekonomi negara bagi memajukan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat.Jihad ekonomi diutamakan kerana negara masih miskin dan mundur.
3.Memilih teman baik.
"Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat adalah seperti orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan tukang
besi." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dr Mahathir amat memilih teman.Beliau dididik oleh ayah beliau agar memilih teman yang baik dan pentingkan pelajaran.Sejak kanak-kanak hingga bergelar pemimpin,beliau mempraktikkan ajaran ayahnya.
Kejayaan Dr Mahathir dalam pelajaran dan pimpinan adalah kerana beliau peka dan teliti dalam pemilihan teman.
4.Membasmi kemiskinan.
“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima oleh orang miskin.”ayat 1-3 surah Al-Mauun.
Dr Mahathir adalah seorang ayah yang mmebri anak-anak makan minum iaitu rakyat Malaysia.Beliau telah menggembeling daya usaha memakmurkan negara dan
membasmi kemiskinan terutama bangsa Melayu.
Beliau adalah pemimpin yang peka dengan nasib rakyat Malaysia dan telah berusaha
membebaskan jutaan rakyat yang miskin mendapat nasib yang lebih baik.
Beliau bukan seorang yang hanya tahu membaca ayat-ayat Quran sahaja namun membiarkan rakyat dalam kemiskinan dan kesusahan sebagaimana pemimpin yang menggunakan agama sebagai alat meraih undi rakyat.
5.Meningkatkan mutu pendidikan bangsa Melayu.
“Allah swt akan meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan berilmu beberapa darjat”.
surah Al Mujadalah ayat 11.
Dr Mahathir amat mementingkan ilmu pengetahuan.Beliau yang melihat sendiri kurangnya pelajar Melayu ketika di Universiti dalam pelbagai bidang telah menceburi politik untuk mengubah mentaliti bangsa Melayu.
Apabila beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah berusaha memajukan bangsa Melayu dalam pendidikan.Beliau berjaya melahirkan lebih ramai doktor perubatan di mana suatu waktu dahulu pelajar Melayu amat takut dengan bidang perubatan.
Pelajar Melayu yang berjaya dalam bidang berasaskan sains seperti kejuruteraan bertambah dengan banyak.Kini jumlah pelajar Melayu dalam semua bidang semakin bertambah .
Kejayaan ini adalah bukti Dr Mahathir menjalankan program dan dasar mengikut acuan Quran.
6.Mementingkan pendidikan dunia dan akhirat.
"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dr Mahathir adalah pemimpin yang mementingkan ilmu dan kemahiran.Sepanjang pemerintahan beliau,keseimbangan ilmu dunia dan akhirat diambil berat kerana mahu orang islam maju dan berjaya dunia akhirat.
Beliau juga sedih dengan sistem pendidikan pondok dan sekolah agama rakyat yang tidak menitikberatkan ilmu dengan baik.Mereka hanya belajar agama sahaja sedangkan islam menyuruh mementingkan ilmu dunia dan akhirat.Pemimpin Pas hanya mementingkan sistem pondok dan tidak mahu menambahbaik kepada sekolah arab yang dibangunkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Negeri.
Tiada satu pun nas Quran atau hadis yang menyuruh kita belajar ilmu agama sahaja.Islam adalah agama yang maju dan berjaya.Oleh demikian ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.Orang islam perlu menguasai semua bidang ilmu.
7.Mempunyai pendirian.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:”
Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik.
Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Dr Mahathir adalah seorang yang konsisten dan mempunyai pendirian.Apabila beliau mengumumkan persaraan,beliau bersara.Beliau bukan suka cakap lain buat lain terutama sekali pemimpin politik lain.
Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menjadi manusia yang konsisten dan berpendirian.Dr Mahathir adalah tokoh yang berpendirian.
8.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
“Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.”
Hadis ini Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Tarmizi.
Dr Mahathir dikenali sebagai “workaholic”.Beliau bekerja siang dan malam dan sering mengabaikan perkara yang tidak penting demi memajukan negara.
Apabila ditohmah dan difitnah,beliau tidak pernah membawa kes ke mahkamah walaupun beliau berhak melakukannya.
Dr Mahathir lebih mengutamakan perkara lebih penting berbanding naik turun mahkamah melayan pengkritik dan pemfitnah.Banyak kerja dan urusan penting yang perlu dibuat untuk membangunkan bangsa,agama dan negara.
9.Berpegang dengan agama.
“Barang siapa meniru suatu kaum, maka dia adalah sebahagian dari
mereka.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dr Mahathir sentiasa berpegang dengan ajaran islam.Walaupun beliau tidak memakai jubah atau serban namun peribadi dan cara hidup beliau adalah jelas mengikut landasan islam.
Walaupun menjemput Bill Gates untuk merasmikan MSC,ianya bukan bukti Dr Mahathir menyukai bangsa Yahudi.Bill Gates adalah tokoh yang berjaya dalam bidang teknologi maklumat dan beliau layak dijemput untuk merasmikan projek tersebut .
Dr Mahathir juga hanya menjalankan tugas perasmian sesuatu majlis atas dasar sebagai ketua negara,bukan sebab agama.Adalah bodoh mneyatakan bahawa Dr Mahathir menyokong Yahudi hanya semata-mata menjemput Bill Gates merasmikan MSC.
10.Nasihat untuk kebaikan.
“Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”
Hadis riwayat Imam Muslim.
Dr Mahathir dikenali seorang yang suka mengkritik.Kritikan beliau boleh diumpamakan sebagai nasihat iaitu untuk memperbaiki keadaan.
Dr Mahathir mengkritik bangsa Melayu yang malas dan leka.Beliau memberikan jalan untuk berjaya dan maju namun ramai tidak mendengar nasihat beliau.Dr Mahathir
mengkritik kepimpinan Pak Lah kerana banyak dasar dan keputusannya merugikan rakyat dan negara.Beliau memberi nasihat berdasarkan fakta dan kenyataan benar bukan palsu atau rekaan.
Dr Mahathir adalah manusia yang kaya dengan nasihat.Beliau menasihati orang lain untuk kebaikan bukan bertujuan mengaibkan atau merendahkan orang lain.
11.Penyabar.
“ Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya,
di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain
untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.”Riwayat Imam Tarmizi.
Dr Mahathir adalah seorang manusia penyabar dan ia dapat dilihat melalui keputusan dan kata-kata beliau.
Terlalu banyak peristiwa yang dilalui beliau.Dipecat dari UMNO,Semangat46 ditubuhkan dan beliau dimaki hamun,penyebaran pelbagai fitnah tidak berasas
seperti Dr Mahathir mempunyai isteri kedua beragama Kristian.Begitu juga dengan fitnah yang dilemparkan seorang ahli PAS memfitnah Dr Mahathir menonton filem lucah,tidak solat Subuh dan sebagainya.
Dr Mahathir melalui banyak penderitaan dan tuduhan tidak berasas namun beliau tetap tenang dan bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.Itulah peribadi Dr Mahathir yang jelas mengikut ajaran islam sebenar.
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertakwa;
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan
susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang
yang berbuat perkara-perkara yang baik”.
(Surah Ali Imran ayat 133/134)
Dr Mahathir mengikut ajaran Quran dengan bersabar di atas segala kesusahan dan penderitaan yang dialami kerana percaya kejayaan dan kemanisan hidup hanya akan diperolehi dengan kesabaran.Manusia sabar juga adalah manusia beriman sebagaimana firman Allah :
“dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan,
penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar
(imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”.
(surah Al-Baqarah-177)
12.Adil
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.”
(Surah Al- Maaidah -8)
Sebagai pemimpin sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama,beliau umpamakan rakyat sebagai anak-anak yang perlu dijaga segala keperluan dengan baik.
Dr Mahathir sentiasa adil kepada semua rakyat.Tiada seorang rakyat yang tercicir dalam pendidikan,ekonomi dan sebagainya.Walaupun Malaysia negara islam dan pembinaan masjid dilakukan,pembinaan tempat ibadat agama lain juga dibenarkan.Itulah
pemimpin yang adil kepada semua lapisan rakyat.
Semua rakyat mendapat peluang sebaiknya.Apabila berlaku masalah kemiskinan
segelintir rakyat ianya berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas dan tidak mahu berusaha.Malaysia adalah negara yang melimpah sumber rezeki di mana berjuta-juta pekerja negara asing datang mencari rezeki.
Walaupun berbangsa Melayu dan Islam Dr Mahathir tidak pernah mengabaikan bangsa dan agama lain.Beliau sentiasa berlaku adil dengan semua rakyat kerana pemimpin islam diajar supaya menjadi pemimpin yang adil.
12.Berani meminta maaf.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”
(Surah Al Baqarah-222)
Sebagai manusia biasa Dr Mahathir juga melakukan kesalahan.Namun sebagai manusia yang mempunyai kredibiliti dan prinsip beliau berani dan terbuka meminta maaf.
Dr Mahathir terbuka memohon maaf dengan Tunku Abdul Rahman,Pak Lah dan orang lain apabila melakukan kesalahan.Dalam ucapan Aidilfitri setiap tahun beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.Inilah pemimpin yang terbuka memohon kemaafan.
Itulah kredibiliti Tun.Beliau tidak pernah merasa hina dengan memohon maaf kerana tahu sikap meminta maaf adalah terpuji dan digalakkan islam.Sebagai seorang manusia biasa beliau sedar bahawa setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia adalah meminta maaf atas kesalahannya.
13.Menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan.
“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya.”
Surah Ali Imran-104
Dr Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang mengislamisasikan banyak program dan dasar negara walaupun beliau hanya berkelulusan perubatan bukan agama.Sebagai orang islam yang mencintai agama beliau mengislamisasikan banyak aspek terutama
sekali dalam pemerintahan negara.
Beliau bukan seperti segelintir ahli politik yang hanya mengambil berat aspek islamisasi perkara remeh seperti pengasingan lelaki perempuan di pasar raya,
slogan tanpa praktikal tetapi beliau menjalankan dasar besar mengikut apa yang lebih penting.
Dasar seperti Kepimpinan melalui Teladan,Bersih cekap Amanah,Dasar pandang ke Timur adalah dasar yang mengislamisasikan banyak aspek penting dalam islam.Ia bukan dasar remeh sebagaimana pemimpin politik lain.
Sepanjang bergelar pemimpin beliau tiak pernah mengajar rakyat melakukan perbuatan jahat dan keji seperti merompak atau berzina.Beliau sentiasa mengingatkan rakyat agar mempunyai nilai mulia dalam keidupan serta menjauhkan nilai-nilai buruk dan keji.
14.Tidak berjudi atau minum arak.
“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".Dan mereka bertanya
kepadamu apa yang mereka nafkahkan.Katakanlah: "Yang lebih dari
keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya
kamu berfikir”
(Surah Al-Baqarah ayat 219)
Sebagai seorang anak yang mendapat didikan mulia dari ibu bapa yang mementingkan aspek moral dan didikan agama Dr Mahathir berpegang dengan ajaran mereka.
Sejak bergelar manusia baligh dan berakal beliau tidak pernah terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti minum arak atau berjudi.Walaupun ramai memfitnah
beliau kaki botol dan tahi judi namun tohmahan tersebut adalah fitnah yang tidak mempunyai bukti dan sekadar cakap kosong untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai orang islam.
15.Berusaha dan bertawakal.
“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi
orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Surah Ali Imran ayat 159.
Islam adalah agama yang menyuruh kepada usaha dan tawakal,bukan berserah kepada takdir.Islam tidak pernah mengajar umatnya bergantung kepada Qadak dan Qadar tanpa usaha.
Dr Mahathir sering memperlihatkan peribadi agar berusaha mencapai
sesuatu.Beliau tidak akan berjaya bergelar doktor jika tidak rajin menuntut ilmu.Beliau tidak akan berjaya memegang jawatan Perdana Menteri jika tidak menunjukkan sikap positif dalam kerjaya politik.
Negara juga tidak akan maju dan berjaya jika Dr Mahathir hanya berdoa dan solat hajat tanpa berusaha.Beliau berusaha mencari idea dan mengaplikasikan idea dalam pemerintahan negara.Itulah usaha.
Apabila seorang pemimpin politik mengatakan kemiskinan adalah takdir maka ia
jelas bercanggah dengan islam dan tidak menepati dengan ayat Quran di atas.Dr Mahathir yang peka dengan ajaran Quran walaupun tidak fasih bahasa arab berbanding pemimpin tersebut namun beliau mempraktikkan apa yang diajar Quran.
Tanpa usaha dan tawakal Malaysia tidak akan membangun dan maju seperti hari ini.
Islam adalah agama yang menggalakkan usaha dan tawakal.
16.Tidak memfitnah.
“dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan”
Surah Al Baqarah- 191.
“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan
kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan
di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan)
dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka
mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan
orang-orang yang zalim.”
“Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan
mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya,
sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah
(Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.”
Surah At-Taubah ayat 47/48
Dr Mahathir ditohmah dan difitnah pelbagai fitnah dari pemimpin pembangkang dan wartawan asing.Malah pemimpin luar negara juga menjatuhkan maruah Dr Mahathir sebagaimana Paul Keting mengatakan Dr Mahathir keras kepala.
Walaupun difitnah dan ditohmah pelbagai isu dan perkara Dr Mahathir tidak melawan dengan melemparkan fitnah kepada mereka.
Sepanjang karier beliau dalam politik beliau tidak pernah memfitnah mana-mana pemimpin politik dalam atau luar negara.Segala kritikan beliau adalah berdasarkan fakta dan kenyataan benar untuk membuktikan kritikan.
Budaya memfitnah bukan peribadi Dr Mahathir.Beliau berpegang dengan ajaran Quran bahawa fitnah itu berdosa besar dan lebih besar bahayanya dari membunuh.
17.Mengamalkan ajaran islam sepenuhnya.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah
syaitan.Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu”
Surah Al-Baqarah -208.
Sebagai orang islam Dr Mahathir yakin dan percaya dengan kesemua ajaran islam.
Beliau mengamalkan segala ajaran yang diajar Quran kerana yakin dengan ayat-ayat Tuhan.
Beliau mengamalkan ajaran islam dengan sepenuhnya dengan praktikal amalan harian serta menjalankan dasar-dasar islam dalam pemerintahan negara.
18.Cerah mata hati.
"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Surah al-Hajj: 46)
Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang cerah mata hati.Beliau sering melihat sesuatu dan memikirkannya.Apabila ke luar negara beliau melihat pelbagai projek dan
kemajuan negara lain serta menimbang untuk mencanai idea tersebut dalam negara.
Manusia yang buta mata hati sering melihat sesuatu tanpa mampu berfikir apa yang dilihat.Itulah keistimewaan Dr Mahathir.Manusia yang cerah mata hati adalah manusia yang kaya dengan idea untuk memajukan diri sendiri dan orang lain.
19.Mencari akhirat.
“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di
akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang
dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya)
kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia
itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu
bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah Assyuura ayat 20)
Dr Mahathir tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia.Beliau mencanai pelbagai pembangunan negara untuk kebaikan manusia dan rakyat jelata.
Pembangunan yang memajukan kehidupan manusia akan memudahkan manusia beribadat dan mampu mencari keredaan Allah dunia dan akhirat.
Apabila orang islam hidup dalam kemiskinan dan kepaan adalah sukar untuk beribadat kerana memiliki kekurangan .mahu ke masjid untk beribadat pun susah kerana tidak memiliki kenderaan seperti kereta apabila hujan turun dengan lebat.
Pembangunan dan kemodenan adalah wahana yang memudahkan manusia beribadat bukan melupakan akhirat.Kewujudan masjid yang mempunyai kemudahan moden seperti
penghawa dingin dan pembesar suara adalah kemudahan yang memudahkan orang islam.
Usaha pembangunan yang dilakukan Dr Mahathir bukan untuk mengejar kesenangan dunia tetapi ianya berlandaskan kepada akhirat.Islam menyuruh umatnya mementingkan kehidupan dunia dan akhirat.
20.Menunaikan janji dengan baik.
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah
perjanjian-perjanjian”.
Surah Al- Maaidah ayat 1.
Dr Mahathir adalah manusia yang peka dengan janji.Beliau tidak pernah berjanji dan memungkirinya.Sifat menunaikan janji yang diucapkan beliau adalah jelas mengikut ajaran Quran.
Dr Mahathir tidak pernah melupakan janji kerana beliau hanya berjanji apa yang beliau rasa mampu ditunaikan dan apa yang terbuku dalam hati.
No comments:
Post a Comment