Wednesday, September 7, 2011

Islam dan keperibadian Dr M part 3

41.Mementingkan mesyuarat.
““Hendaklah kamu bermesyuarat dengan mereka dalam apa urusan.”
(Ali Imran: 159)
Islam mementingkan mesyuarat dan menggalakkannya dalam apa jua perkara dalam keluarga,sekolah,jabatan dan pimpinan.
Dr Mahathir adalah pemimpin yang sering mengadakan mesyuarat dengan jemaah menteri setiap minggu bagi membincangkan pelbagai perkara penting dan mencari jalan penyelesaian pelbagai masalah dalam negara serta berkongsi idea dan fikiran bersama pemimpin lain.
Inilah peribadi yang mengikut ajaran islam sebenar.Beliau yakin bahawa mesyuarat

akan membantu dalam banyak perkara dan menyelesaikan pelbagai masalah.


42.Berfikir sebelum bercakap.
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim )
Manusia yang suka bercakap tanpa berfikir sering melontarkan fakta yang salah dan tidak tepat.Dr Mahathir adalah manusia yang berfikir dahulu sebelum melontarkan
sebarang perkataan agar tidak tersalah cakap atau menyalurkan fakta yang salah.
Ramai pemimpin hanya bijak bercakap tanpa fikiran dan akibatnya adalah kenyataan tersebut menunjukkan kebodohan diri sendiri akibat kesalahan fakta.
Islam adalah agama yang mengajar umatnya berfikir sebelum melontarkan ucapan supaya ucapan tidak salah dan dusta.


43.Suka memuji.
Nabi Saw tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan secara langsung tapi
di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasikan mereka. Suatu hari seorang Badwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahawa Islam adalah solat lima waktu, puasa, dan zakat.
Maka Orang Badwi itu pun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya. Setelah Si Badwi pergi Baginda memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni syurga,


maka lihatlah Orang (Badwi) tadi.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dr Mahathir terkenal dengan kritikan pedas terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.Sungguh pun demikian beliau juga suka memuji teman-teman,pemimpin dan rakyat untuk memotivasikan mereka agar terus melakukan kebaikan dan komited dalam memimpin negara.


44.Menjauhi sombong.
Sombong adalah sifat tercela dan dibenci islam.Islam mengharamkan sifat sombong kerana ianya membawa kepada takabbur dan bangga diri dalam kehidupan.Allah menjanjikan neraka kepada manusia sombong sebagaimana firman-Nya :
“Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka, tinggal kekallah kamu di
dalamnya; maka sesungguhnya (Neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi
orang-orang yang sombong takbur.”
surah An-Nahl ayat 29.
Dr Mahathir adalah pemimpin yang menjauhi sifat sombong dan ego.Beliau sering berbincang dengan orang lain untuk berkongsi idea dan pendapat.Beliau juga sering mengadakan lawatan ke ceruk kampung dan pekan meninjau rakyat.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
(Surah Lokman -18)


45.Tidak bermuka-muka.
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka
berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya
Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah
RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka
adalah dusta.”
“Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk
menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau
dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut
jalan Allah.Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”
“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di
hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri,
maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak
dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).”
(Surah Al-Munafiqun ayat 1-3)
Ayat Quran tersebut menerangkan sifat golongan munafik iaitu suka bermuka-muka.Mereka mengaku beriman dengan Allah dan Rasul namun hakikatnya tidak.Dr Mahathir adalah manusia yang dikenali sebagai seorang yang tegas,komited dan tidak pernah bermuka-muka.
Apa yang dikatakan semalam juga diakui hari ini.Beliau tidak pernah melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu yang berlainan.


46.Menjauhi kata-kata keji.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah
pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.(Larangan-larangan yang
tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia
beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat ayat 11)
“Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk
memecah-belahkan orang ramai);” (surah Al-Qalam ayat 11 )
“Wahai org beriman bertakwalah kepada Allah dan katakanlah kata-kata yang baik”
(Surah Al-Ahzab- 70)
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia
berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan


barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
hendaklah dia memuliakan tamunya.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Islam adalah agama yang menyuruh kepada kebaikan dan mendidik umatnya
sentiasa mengeluarkan perkataan baik dan menjauhi segala perkataan keji dan jahat.
Jika ditinjau segala ucapan Dr Mahathir sama ada ketika berucap di hadapan orang
ramai,merasmikan sesuatu projek,menjawab soalan wartawan dan sebagainya beliau tidak pernah menghamburkan kata-kata keji dan kesat terhadap orang lain.
Apabila mengkritik beliau hanya menggunakan perkataan kritikan yang pedas dan berbaur sindiran bukannya hinaan dan cacian sebagaimana dilemparkan ramai ahli politik pembangkang yang suka menghamburkan perkataan kesat dan keji.


47.Adil kepada bukan islam.
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Dia
mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu
mengambil peringatan mematuhi-Nya.”
(Surah An-Nahl-ayat 90)
Sebagai pemimpin islam yang mempelajari ajaran Quran dan hadis dengan baik serta sering membaca ketokohan pemimpin islam yang adil Dr Mahathir melakukan keadilan kepada semua bangsa dan agama dalam pemerintahan beliau.


Sejarah islam telah membuktikan ketokohan pemimpin islam sejak Baginda saw menerajui kepimpinan di Madinah dan diikuti semua tokoh pemimpin islam selepasnya.
Ketika pemimpin Salahuddin Al-Ayubi menawan Baitul-Mukaddis beliau telah membebaskan kesemua tentera bukan islam dan orang awam dengan aman dan tidak menumpahkan darah mereka.Inilah keadilan dan kebaikan agama islam.
Walaupun Dr Mahathir menganut agama islam beliau tidak pernah mengabaikan nasib dan hak bukan islam kerana yakin dan percaya dengan ajaran Quran yang mengajak
kepada keadilan kepada semua manusia.
Pemimpin islam sentiasa melakukan keadilan dan menjauhkan kezaliman kepada bukan islam sejak zaman Baginda saw hingga kini.Itulah kebaikan ajaran islam dan ianya dipraktikkan Dr Mahathir.
48.Mencari kelemahan dan memperbaiki.
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.
(Surah Al-Hujuraat ayat 12)
“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(Surah Al-Hasyr- 18)
Saidina Omar Al-Khattab berkata “Muhasabah diri kamu sebelum kamu dimuhasabah oleh orang lain dan timbang segala amal perbuatan mu sebelum kamu ditimbang orang lain.”
Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu pencapaian sama ada pencapaian diri sendiri atau orang lain.
Beliau sering mencari kelemahan diri sendiri dan memperbaikinya demi menghasilkan yang terbaik.
Dr Mahathir juga peka dengan kesilapan orang lain dan memperbaikinya agar tidak terus menerus melakukan kesalahan.Beliau mengkritik dan mendedahkan kelemahan orang Melayu agar mereka mengubah sikap dan menjadi bangsa maju dan berjaya.


49.Membuktikan kebenaran islam sebenar.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah
syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(surah Al-Baqarah-208)
Islam adalah agama sempurna dan sebagai seorang penganut islam Dr Mahathir membuktikan kebenaran agama islam melalui sikap dan dasar yang dilakukan.
Beliau bukan seorang pemimpin yang suka menunjuk-nunjuk dengan peribadi menjadi imam solat atau berdoa di hadapan orang lain namun beliau adalah seorang pemimpin sederhana yang mahu menonjolkan islam mellaui teladan baik dan sistem islam dalam pemerintahan negara.
Penonjolan pelbagai gambar menjadi imam solat dan berserban hanyalah retorik dan lakonan semata-mata jika dilihat dengan sikap pemimpin yang hanya bijak berjubah dan berserban namun mempunyai sikap buruk seperti suka memfitnah dan tidak bekerja keras untuk memajukan rakyat.
Islam bukan sekadar pemakaian kerana Baginda saw jelas membuktikannya melalui sebuah hadis bermaksud
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada pakaian dan harta kamu namun Allah
memandang hati dan malan kamu”.
Jika dilihat pada masa kini ramai orang islam memakai jubah dan serban untuk mengabui orang lain dan menunjuk-nunjuk bahawa mereka lebih islamik.Ada pemimpin islam yang berjubah dan berserban dan melakukan perbuatan bercanggah dengan
islam.Inilah sikap yang memalukan agama dan menjatuhkan martabat islam.



50.Bekerja selagi terdaya.
“Barang siapa yang menjadi susah pada petang hari kerana kerjanya maka
terampunlah dosanya.” (Hadis riwayat Imam Thabrani)
“Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Imam Bukhari)
Selain dari itu Rasulullah saw juga ada bersabda yang bermaksud:
“Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu”. (Riwayat Imam Baihaqi)


Dr Mahathir adalah manusia yang suka bekerja.Setelah bersara sebagai Perdana Menteri beliau menjadi Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana,penasihat Proton dan Petronas,Yang dipertua Perkim dan sebagainya.

Beliau menerima jemputan untuk berceramah dan berkongsi idea dalam dan luar negara tanpa mengeluh dan berasa penat atau letih.Beliau terus bekerja dan bekerja tanpa jemu selagi masih sihat .


Islam menggalakkan umatnya bekerja dan Baginda saw adalah contoh terbaik dalam menjalankan pekerjaan dan dakwah sehingga Baginda saw wafat.

Terlalu banyak peribadi dan watak Dr Mahathir yang menunjukkan beliau adalah penganut islam yang mencontohi ajaran Quran dan hadis dengan baik.Segala kata-kata,ucapan,tindakan dan keputusan adalah berlandaskan ajaran islam.

Walaupun tuduhan kafir dilontarkan namun tuduhan tersebut adalah tuduhan palsu demi meraih sokongan politik.Tiada satu pun tindakan atau ucapan beliau yang bercanggah dengan islam sejak dahulu hingga kini.


Islam sering mengajar kebaikan dan Dr Mahathir mengikut ajaran islam dengan
baik.Kita perlu berterima kasih dengan beliau kerana menjadi pemimpin yang memperjuangkan islam sebenar dan menjadi contoh pemimpin yang baik demi mengangkat nama agama islam.


Islam adalah agama yang maju dan menerapkan nilai baik dalam kehidupan dan Dr Mahathir telah menjadi role-model terbaik sebagai pemimpin islam .Beliau mencontohi sikap dan peribadi pemimpin agung iaitu Baginda saw.


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)”
(surah Al-Ahzaab-21)

Dr Mahathir adalah permata buat negara kita tercinta.................

No comments:

Post a Comment