Kempen menentang perang dan jenayah peperangan mesti diteruskan kerana semua perang melibatkan pembunuhan manusia kebanyakannya yang tidak berdosa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahahthir, yang juga Pengerusi Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) berkata orang ramai perlu menyokong usaha yayasan itu untuk menjadikan perang satu jenayah.
"Kita mesti menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil perang," kata Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Jamuan Malam Diraja kedua KLFCW malam tadi.
Dr Mahathir berkata sebagai sebuah pertubuhan sukarela, mereka memerlukan sokongan setiap orang bagi meneruskan aktiviti KLFCW untuk mendidik orang ramai mengenai perang dan bencananya ke atas umat manusia.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah berangkat menyerikan majlis jamuan tersebut.
Jamuan amal itu bagi mengumpul dana untuk KLFCW melaksanakan aktiviti dan meneruskan tugas-tugas menyiasat bila terdapat laporan jenayah perang dengan kerjasama PGPF.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 500 orang, termasuk penganjur dan dermawan.
sumber - Bernama
No comments:
Post a Comment