Thursday, May 10, 2012

Dr. Mahathir dianugerah tokoh automatif negara

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional, Proton sejak 1985 hingga kini akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Penganugerahan akan disempurnakan oleh Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini di UMP Kampus Gambang di sini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, anugerah itu sebagai menghargai jasa Dr. Mahathir atas sumbangan dan usaha berterusan bekas perdana menteri itu dalam pembangunan industri automotif negara.

"Wawasan dan pandangan jauh beliau terhadap potensi besar industri automotif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi menyaksikan ramai anak tempatan berkepakaran dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan automotif," katanya.

sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment