Thursday, December 22, 2011

Dr Mahathir penaung Terbuka Malaysia 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik penaung kejohanan tenis Terbuka Wanita Malaysia BMW 2012.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur, Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe berkata Dr Mahathir adalah penyokong kuat dalam membawa acara kejohanan sukan antarabangsa ke Malaysia.


Edisi ketiga kejohanan ini yang juga kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) akan berlangsung dari 27 Februari hingga 4 Mac di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.

Juara tujuh kejohanan Grand Slam, Venus Williams (gambar) dari Amerika Syarikat adalah antara bintang tenis handalan dunia yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak AS$220,000 (RM690,172).


Turut mengambil bahagian ialah pemain nombor sembilan dunia Marion Bartoli dari Perancis dan bintang dari China yang sedang meningkat Peng Shuai.


Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Tan Sri Abdul Razak Latiff berkata beliau teruja untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai penaung kejohanan kerana pembabitannya akan menambah elemen penting kepada kejohanan dan mengukuhkan usaha persatuan itu untuk menarik perhatian lebih ramai masyarakat tempatan dan luar kepada kejohanan tenis di Malaysia.

SUMBER - Bernama

No comments:

Post a Comment