Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak mampu dilaksanakan dengan adil.
Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam
berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama
bagi semua pihak.
"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang
akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang
bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran
berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan
kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka,
kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama
Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini,
hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan
menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak
menuduh secara membuta tuli.
"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil
supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang
sama. Tak boleh lain," katanya.
Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.
"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang
itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh,"
tegasnya.
Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah
menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir
tanpa bukti yang sewajarnya.
sumber - Bernama
No comments:
Post a Comment