KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Assalamualaikum dan salam
sejahtera….
Hari
ini 16 Rabiul Akhir 1434,kita masih di
bulan mulia di mana sejarah penting pernah berlaku iaitu pada tahun 4
Hijrah.Pada tahun tersebut ,kaum Yahudi Bani Nadir telah diusir dari kota
Madinah.Satu lagi peristiwa penting adalah Pengepungan Damsyik – pada zaman
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan
Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan
Damsyik.
Pada bulan Rabiul
Akhir juga Khalifah Abu Bakar as-Siddik dan Imam Ghazali rahimullah meninggal
dunia.Namun pada zaman moden ini,manusia lupa sejarah Islam.Mereka sibuk
menghafal tarikh lahir Britney Spears dan menghafal lagu Gannam Style.
Ramai manusia
bertanya dari mana falsafah “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN” yang dicetuskan mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir?
"Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)".
Surah Al-Ahzab : Ayat
21
Dr M adalah
seorang pemimpin bijak dan berkaliber.Walaupun beliau bukan lulusan Universiti
islam Madinah seperti aku,namun beliau sering membaca buku-buku sejarah Islam
dan tafsir Quran.Walaupun beliau tidak mahir bahasa arab,beliau berusaha
membaca tafsir Quran melalui terjemahan Melayu dan Inggeris.
Sebagai seorang
pemimpin,Dr M sering menjadikan dirinya
contoh teladan kepada orang lain.Apabila “punch-card” diperkenalkan beliau,ia
menunjukkan beliau mahu pegawai kerajaan mementingkan masa dan sering awal ke
pejabat.
Mengikut
rekod majalah Times,sepanjang 22 tahun Dr M menjadi Perdana Menteri,paling awal
beliau masuk ke pejabat adalah jam 7.25 pagi dan paling lewat 7.58 pagi.Waktu
kerja pejabat kerajaan pada masa tersebut adalah 8.00 pagi dan beliau tidak
pernah lewat ke pejabat.
Pemimpin
yang hebat adalah menjadikan dirinya contoh hebat agar dicontohi pegawai
bawahan.Itulah maksud firmah Allah swt dalam
ayat di atas.Rasulullah saw sebagai seorang
Nabi,Rasul,pemimpin,suami,ayah,ketua keluarga,ketua perang,ahli
ekonomi,pakar bahasa dan sebagainya.
Rasulullah saw
sentiasa mempraktikkan apa sahaja ajaran Quran.Jika Quran mengajar supaya
manusia sentiasa bercakap benar,Nabi saw mempraktikkannya.Jika Quran menyuruh
manusia menjauhi fitnah,Nabi saw menjauhi memfitnah sebagaimana diajar Quran.
“LEADERSHIP FOR EXAMPLE” diperkenalkan Dr M supaya semua ketua menjadi contoh kepada
orang lain.Namun amat sedikit ketua jabatan kerajaan dan swasta mempraktikkan
falsafah tersebut.Ada ketua yang masuk pejabat jam 10 pagi,ada yang curi
tulang,ada yang makan gaji buta,ada yang pandai menyuruh orang lain buat tapi
diri sendiri tak buat kerja.
Seorang
khalifah atau pemimpin itu mestilah
seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan
menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan seorang khalifah yang
tiada tolok bandingnya ialah Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah
merupakan seorang negarawan yang sempurna samada sebagai seorang pemimpin
masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin politik, pendidik (guru),
perancang ekonomi, ketua rumahtangga mahupun sebagai seorang sahabat.
Ramai juga
hairan dan kagum dengan Dr M.Walaupun sibuk sebagai PM,beliau berjaya menghasilkan
banyak buku .Pelbagai program dan aktiviti dalam dan luar negara,namun beliau
menguruskan masa dengan bijak.
Ketika aku
menemui Dr M dalam pejabatnya di Yayasan
Bukhary pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan,aku bertanya apakah masa yang
beliau suka tulis?Jawab beliau “sepanjang masa”.
Dr M adalah
manusia hebat.Aku walaupun suka menulis,aku tidak boleh menulis sepanjang masa seperti
Dr M.
Bangsa
Melayu kaya dengan pepatah dan sindiran.Ayat ketam mengajar anak berjalan
adalah sindiran kepada manusia yang suka mengajar orang lain namun dirinya
sendiri tidak betul.Dr M mencipta slogan KEPIMPINAN MELALUI TELADAN” agar
manusia menjauhi sikap ketam.
Pada masa
kini ramai pemimpin tiada sifat KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.Mereka suruh rakyat
berjimat cermat namun pemimpin sendiri menaiki kereta Ferrari dan Lamborghini
berharga jutaan ringgit.Walaupun Mesir adalah
sebuah negara kaya dan mencatatkan jumlah pelancong puluhan juta setahun,namun
40 juta rakyatnya berpendapatan USD1 sehari.
Walaupun
Amerika kaya dengan hasil menjual senjata dan filem,namun 40 juta rakyatnya “homeless”
dan tinggal di bawah jambatan dan kaki lima bangunan. Apabila harga gandum di
Amerika jatuh,petani dan pekilang di
Amerika sanggup membakar hasil gandum bernilai ratusan juta dolar supaya
harganya naik.Mereka tidak pernah
terfikir untuk mendermakan gandum kepada negara-negara miskin di benua
Afrika yang kebuluran dan mati jutaan orang setiap tahun.
SLOGAN KEPIMPINAN
MELALUI TELADAN mengajar kita agar
sentiasa menjadi contoh terbaik.Jika ibu bapa mengamalkan bercakap benar dan tidak
berbohong,maka anak-anak pun sentiasa benar dan tidak berbohong.Jika guru
sentiasa ikhlas mengajar murid-murid,maka murid-murid pun ikhlas belajar.Jika seorang
YB sering turun padang melawat
kawasan,JKKK dan ketua kampung pun rajin menjengah hal ehwal rakyat.
Aku berkawan
dengan ramai manusia dari penyapu sampah hinggalah Menteri.Aku tidak pernah
mengamalkan kasta sebagaimana ramai Datok-Datok malu menegur dan bertanya
khabar tukang sapu di jalanan.Bagi mereka,menegur tukang sapu akan menjatuhkan
standart dan taraf mereka dan mereka lupa bahawa taraf mansuia adalah
sama.Tiada seorang pun manusia boleh
menahan kencing dan berak.
Pengalaman
menunaikan fardhu haji pada tahun 1993
banyak menginsafkan aku.Jutaan umat Islam yang berhimpun di Arafah
,Muzalifah,Mina berpakaian serba putih.Apa pun bangsa dan taraf,semuanya
berpakaian putih.Hanya beza orang kaya bermalam di hotel mewah ,manakala orang
miskin ada yang bermalam di atas
jambatan ketika bermalam di Mina.
Dr M adalah pemimpin yang terkenal dengan sifat
merendah diri dan melayan semua manusia dengan baik sama ada drebar,tukang
sapu,pembancuh kopi dan siapa sahaja.Bertanyalah kepada semua pegawai kerajaan
dan pekerja pejabat di Jabatan Perdana
Menteri.Beliau tidak pernah angkuh dan berasa besar kepala walaupun berjawatan
Perdana Menteri.
Memang
menyedihkan melihat sikap dan watak
pemimpin yang tidak pernah menjadi TELADAN.Seorang pemimpin politik pernah
berkata “Jika Dr M bersara,esok juga saya bersara”.Namun setelah 10 tahun Dr M
telah bersara,pemimpin cap ayam tersebut masih gah menjadi Menteri Besar.Itulah pemimpin cakap tak serupa
bikin.Kadangkala aku hairan bagaimana pemimpin haprak tersebut boleh menjadi
Menteri?
Ramai
pemimpin politik adalah PENIPU DAN PEMBOHONG.Namun Dr M adalah ahli politik
yang tidak menipu sepanjang hayat beliau.Jika beliau berjanji,pasti
ditunaikan.Jika bercakap mahu bersara,beliau akan bersara.Jika cakap keluar
UMNO,beliau keluar UMNO.Bukan cakap siang lain,malam lain.
Pada akhir zaman
ini,ramai pemimpin memakai jubah dan serban untuk menipu orang lain.Mereka
berasa mereka lebih islam berbanding orang lain yang pakai seluar jeans dan
tshirt seperti aku.
Ketika aku
bermalam di jalan Bukit Bintang,aku bertemu seorang pelancong dari
Albania.Beliau melancong ke Malaysia
selepas Indonesia dan selepas ini akan ke Singapore sebelum pulang ke
negaranya.Kami berbual dalam bahasa arab dan beliau hairan ,aku yang pakai
seluar jeans dan tshirt dari Australia boleh bercakap arab.
Antara
perkara kami bincangkan adalah isu Palestin.Aku cakap walaupun arab ada hampir 500
juta orang dalam dunia,namun mereka
gagal membantu Palestin.Akibat pemimpin arab cakap tak serupa bikin,maka
Palestin terus dizalimi Israel sejak tahun 1948 hingga hari ini.Aku
menceritakan bagaimana Dr M banyak membantu Palestin dan dia akui apa yang aku
cakap.Beliau kagum kerana Malaysia negara kecil dan tidak sekaya Arab Saudi
namun berjaya membantu Palestin dalam
pelbagai cara.
Aku teringat perang Arab-Israel suatu waktu
dahulu.Arab hampir memenangi perang namun tindakan tentera Jordan yang tarik diri dari perang menyebabkan
tentera Mesir terkepung dan kalah.Akhirnya bendera putih dikibar menamatkan
perang.Sikap Jordan yang berpaling tadah telah menyebabkan mereka
kehilangan sempadan dan kerugian.
Mesir bukan
tidak pernah memiliki pemimpin yang
hebat.Anwar Sadat adalah pemimpin Islam yang hebat.Mesir juga
menghasilkan ulama’ hebat seperti Imam Hasan al-Banna yang banyak berjasa kepada
Islam.Walaupun Hassan al-Banna tidak melilit serban seperti pemimpin
politik cap ayam yang hanya menunjukkan
serbannya sebagai tanda warak dan alim.Namun pemimpin Mesir Hosni Mubarak hanya indah khabar dari rupa.Rumah milik
keluarganya di Eropah bernilai ratusan juta dolar.Bagaimana rakyat tidak
memberontak jika pemimpin cap ayam cakap lain,buat lain?
Apabila aku
bertemu Menteri Besar Johor di Segamat,beliau melayan aku dan anak aku dengan
mesra.Walaupun bertaraf Menteri,sifat rendah diri dan ramah menyebabkan aku
kagum dengan pemimpin Johor itu.Walaupun beliau tidak memakai jubah dan serban
seperti pemimpin cap ayam,namun beliau
mempraktikkan “KEPIMPINAN MELAUI TELADAN”.
Ramai ulama’
hebat di dunia ini tidak memakai jubah dan serban.Mereka berpakaian biasa,malah
memakai kot dan tali leher.Dalam Islam,perkara wajib adalah penting,bukan
sunat.Jubah dan serban adalah sunat,manakala bercakap benar dan menepati janji
adalah WAJIB.
Aku berdoa agar
Dr M dipanjangkan umur dan disihatkan badan agar beliau sampai ke tahun 2020
dan melihat Malaysia maju sebagaimana dirancangkan beliau.Malaysia akan maju
mengikut acuan sendiri,bukan maju seperti Barat dan Amerika yang membenarkan
pengunjung pantai mandi manda dalam
keadaan bogel .
Maju Eropah dan
Amerika adalah maju ekonomi dan bangunan namun mundur mentaliti.Berbogel adalah
sifat haiwan dan mereka adalah haiwan
walaupun bernama manusia.
Aku tidak
mahu Malaysia maju seperti Singapura.Tandas bersih seperti bilik hotel lima bintang tapi tiada air.Kalau ke sana,aku
pasti bawa botol air untuk membersihkan kencing.Aku memang tak biasa kencing
dan tidak basuh.Islam mementingkan kebersihan dan aku amalkan kebersihan.
Walaupun
ada Menteri Kerja Raya namun Dr M sentiasa memandu sendiri di kota KL di mana
Putra Jaya belum lagi wujud.Beliau memandu tanpa iringan kereta polis dan
mencatat apa sahaja masalah di KL seeprti sampah,jalan berlobang dan
sebagainya.Beliau sedih banyak pakaian digantung di ampaian rumah flet di KL
hingga mencacatkan pemandangan ibu negara.Namun sampai hari ini warga KL masih
amalkan sikap tersebut.
Dr M berasa
agak sedih dan malu apabila ditegur Presiden Pakistan yang melawat kota
KL.Selepas teguran Dr M,KL bersih beberapa hari,kemudian kotor hinggalah hari
ini.Penduduk KL tidak pernah
mementingkan kebersihan sedangkan kebersihan adalah penting.
Dr M dan beberapa
Menteri kabinet turung padang membawa penyapu membersihkan kota KL pada tahun 80an,namun
amat sedikit warga kota mengamalkannya.Di hadapan rumah sendiri pun sampah
berselerak.Jalan-jalan utama penuh dengan sampah sarap.Sungai KL yang bersih menjadi kotor dan penuh dengan
segala bagai sampah hingga hari ini.
Aku
mencadangkan kepada Perdana Menteri agar mewujudkan Kementerian Bersih dan
Indah agar semua kota,kampung dan bandar
bersih.Amat memalukan bila ibu kota dan bandar
utama banyak sampah bergelimpangan dan berbau busuk hingga memualkan.Pelajarilah
kota-kota bersih dan indah di dunia ini.Kebersihan dan keindahan akan menarik
lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.
Kadangkala aku
tak berselara makan di gerai dan restoran di KL.Longkang berbau busuk dan sampah merata-rata di jalanan.Aku
sanggup makan di KFC dan restoran mahal asalkan bersih.Biar wang habis,asal
puas hati.
Ketika aku hadir simposium usahawan PUNB di hotel Istana di mana Dr M memberikan
ucaptama,aku tekun mendengar nasihat beliau dalam keusahawanan.Aku berkenalan
dengan ramai tauke jutawan dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Dr M menasihati
usahawan agar sentiasa cekal dan tabah
dalam bisnes.Jangan fikir nak cepat kaya kerana orang yang berfikir sedemikian
akan jatuh dalam perniagaan.Beliau mengakui walaupun setelah lima tahun membuka
bisnes kedai roti THE LOAF,namun masih belum ada keuntungan kerana pusingan
modal.Sampai hari ini aku masih belum menjengah THE LOAF kerana sibuk
dengan macam-macam kerja.
Sekarang aku
sibuk mengumpulkan bahan untuk buku kedua mengenai Dr M iaitu “PERIBADI DR M
MENGIKUT QURAN DAN HADIS”.Aku mahu rakyat Malaysia faham bahawa Dr M mengamalkan Quran sebaiknya
walaupun beliau bukan lulusan Syariah dan tahfiz Quran.
15 minit
terakhir sebelum aku keluar dari Yayasan Bukhary,aku minta nasihat Dr M tentang
bisnes.Beliau bertanya :u bisnes apa?aku pun cakap blab la bla..Beliau jawab “Alhamdulillah………….”
Aku
sebak mendengar nasihat beliau.Aku tahan
air mata kerana aku tidak mahu Dr M sedih
melihat aku mengalirkan air mata.Selepas keluar dari pejabatnya,aku mengalirkan
air mata sepanjang memandu kereta pulang ke Melaka.
Aku teringat nasihat Dr M “Jika kita
mahu berjaya dalam bisnes,kualiti dan teladan adalah penting.Jangan jadi boss
yang suka duduk dalam pejabat berkaca,rajin-rajinlah meninjau premis dan bertanya pekerja mengenai apa jua masalah”.
Hampir
jam 2 petang,perut aku dah lapar…………………………Jom makan tengahari!
Terima kasih kerana membaca!
SATA SAALIMUN AL-MADANI
http://peribadidrmahathir.blogspot.com/
Saya suka dengan apa yg Tuan tuliskan di dalam blog. Moga Tuan sentiasa hidup tuan dan Dr.M dilimpahkan dgn kesenangan. Amin :)
ReplyDeletebetul tu.. Nak jadi seorang pemimpin perlu ada ciri2 ketauladanan yang baik dan berdisiplin untuk dicontohi. terima kasih atas info yg bermanfaat ini.
ReplyDelete"Kepimpinan melalui teladan" juga baik untuk pengurusan rumah tangga.. Terima kasih atas perkongsian tuan
ReplyDelete"Kepimpinan melalui teladan" juga baik untuk pengurusan rumah tangga.. Terima kasih atas perkongsian tuan
ReplyDeleteSkrng dh 2018 insyaallah sempatlah Tuan tngk Tun M pada hg 2020. Sya jugak sedih dgn situasi skrng
ReplyDelete*hg *hari
ReplyDelete*hg *hari
ReplyDeleteSkrng dh 2018 insyaallah sempatlah Tuan tngk Tun M pada hg 2020. Sya jugak sedih dgn situasi skrng
ReplyDeletebad
ReplyDelete