Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran
bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar
bagi meningkatkan produktiviti. Jika keadaan itu berterusan dengan
kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan
menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti
yang berlaku di negara Barat.
Menurut Tun Mahathir apabila kita
bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan
berkurangan. Ini kerana kita mempunyai cuti yang terlalu banyak.
Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi
52 hari Sabtu. Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan,
walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.Ditambah lagi dengan
menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu
dengan hari yang lain.
GAJI MINIMUM
Dr Mahathir juga bimbangan dengan dasar
gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana
majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza
dapat dikekalkan.
Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia
sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji
minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.
Tindakan itu akan menyaksikan kira-kira
30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan
di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum.
Menurut Dr Mahathir, Malaysia boleh
menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti
dengan pertambahan produktiviti.
Kita semua mahu menyaksikan Malaysia
menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang
mengenai daya persaingan kita. Menambah pendapatan mesti meningkatkan
kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah
Menurutnya, Barat kini menghadapi
masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya
menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.
Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti
bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur.
Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.
KENAIKAN GAJI 25 PERATUS ZAMAN PAK LAH
Dr Mahathir juga membidas pentadbiran
selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.
Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas
kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad
Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan
gaji.
Pernah seorang perdana menteri,
pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25
peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat
sehingga 25 peratus.
Lazimnya, peningkatan adalah hanya
kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus
itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan
pembangunan.
Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan
bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat
membangun seperti Malaysia.
No comments:
Post a Comment