Wednesday, February 27, 2013

Negara boleh muflis, kata Dr M


Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.
Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.
Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.
"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.
Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.
Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." 

- Bernama

Tuesday, February 26, 2013

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


                                                   KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera….



          Hari ini  16 Rabiul Akhir 1434,kita masih di bulan mulia di mana sejarah penting pernah berlaku iaitu pada tahun 4 Hijrah.Pada tahun tersebut ,kaum Yahudi Bani Nadir telah diusir dari kota Madinah.Satu lagi peristiwa penting adalah Pengepungan Damsyik – pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

       Pada bulan Rabiul Akhir juga Khalifah Abu Bakar as-Siddik dan Imam Ghazali rahimullah meninggal dunia.Namun pada zaman moden ini,manusia lupa sejarah Islam.Mereka sibuk menghafal tarikh lahir Britney Spears dan menghafal lagu Gannam Style.

        Ramai manusia bertanya dari mana falsafah “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN” yang dicetuskan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir?

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
Surah Al-Ahzab : Ayat 21

       Dr M adalah seorang pemimpin bijak dan berkaliber.Walaupun beliau bukan lulusan Universiti islam Madinah seperti aku,namun beliau sering membaca buku-buku sejarah Islam dan tafsir Quran.Walaupun beliau tidak mahir bahasa arab,beliau berusaha membaca tafsir Quran melalui terjemahan Melayu dan Inggeris.

         Sebagai seorang pemimpin,Dr  M sering menjadikan dirinya contoh teladan kepada orang lain.Apabila “punch-card” diperkenalkan beliau,ia menunjukkan beliau mahu pegawai kerajaan mementingkan masa dan sering awal ke pejabat.

            Mengikut rekod majalah Times,sepanjang 22 tahun Dr M menjadi Perdana Menteri,paling awal beliau masuk ke pejabat adalah jam 7.25 pagi dan paling lewat 7.58 pagi.Waktu kerja pejabat kerajaan pada masa tersebut adalah 8.00 pagi dan beliau tidak pernah lewat ke pejabat.

            Pemimpin yang hebat adalah menjadikan dirinya contoh hebat agar dicontohi pegawai bawahan.Itulah maksud firmah Allah  swt dalam ayat di atas.Rasulullah saw sebagai seorang Nabi,Rasul,pemimpin,suami,ayah,ketua keluarga,ketua perang,ahli ekonomi,pakar  bahasa dan sebagainya.

        Rasulullah saw sentiasa mempraktikkan apa sahaja ajaran Quran.Jika Quran mengajar supaya manusia sentiasa bercakap benar,Nabi saw mempraktikkannya.Jika Quran menyuruh manusia menjauhi fitnah,Nabi saw  menjauhi memfitnah  sebagaimana diajar  Quran.


   “LEADERSHIP FOR EXAMPLE”   diperkenalkan Dr M  supaya semua ketua menjadi contoh kepada orang lain.Namun amat sedikit ketua jabatan kerajaan dan swasta mempraktikkan falsafah tersebut.Ada ketua yang masuk pejabat jam 10 pagi,ada yang curi tulang,ada yang makan gaji buta,ada yang pandai menyuruh orang lain buat tapi diri sendiri tak buat kerja.

           Seorang khalifah atau pemimpin  itu mestilah seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan seorang khalifah yang tiada tolok bandingnya ialah Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah merupakan seorang negarawan yang sempurna samada sebagai seorang pemimpin masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin politik, pendidik (guru), perancang ekonomi, ketua rumahtangga mahupun sebagai seorang sahabat.

      Ramai juga hairan dan kagum dengan Dr M.Walaupun sibuk sebagai PM,beliau berjaya menghasilkan banyak buku .Pelbagai program dan aktiviti dalam dan luar negara,namun beliau menguruskan masa dengan bijak.

         Ketika aku menemui Dr M dalam  pejabatnya di Yayasan Bukhary pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan,aku bertanya apakah masa yang beliau suka tulis?Jawab beliau “sepanjang masa”.


        Dr M adalah manusia hebat.Aku walaupun suka menulis,aku tidak boleh menulis sepanjang masa seperti Dr M.

              Bangsa Melayu kaya dengan pepatah dan sindiran.Ayat ketam mengajar anak berjalan adalah sindiran kepada manusia yang suka mengajar orang lain namun dirinya sendiri tidak betul.Dr M mencipta slogan KEPIMPINAN MELALUI TELADAN” agar manusia menjauhi sikap ketam.

          Pada masa kini ramai pemimpin tiada sifat KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.Mereka suruh rakyat berjimat cermat namun pemimpin sendiri menaiki kereta Ferrari dan Lamborghini berharga jutaan  ringgit.Walaupun Mesir adalah sebuah negara kaya dan mencatatkan jumlah pelancong puluhan juta setahun,namun 40 juta rakyatnya berpendapatan USD1 sehari.

           Walaupun Amerika kaya dengan hasil menjual senjata dan filem,namun 40 juta rakyatnya “homeless” dan tinggal di bawah jambatan dan kaki lima bangunan. Apabila harga gandum di Amerika jatuh,petani dan pekilang  di Amerika sanggup membakar hasil gandum bernilai ratusan juta dolar supaya harganya naik.Mereka tidak pernah  terfikir untuk mendermakan gandum kepada negara-negara miskin di benua Afrika yang kebuluran dan mati jutaan orang setiap tahun.    


    SLOGAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN  mengajar kita agar sentiasa menjadi contoh terbaik.Jika ibu bapa mengamalkan bercakap benar dan tidak berbohong,maka anak-anak pun sentiasa benar dan tidak berbohong.Jika guru sentiasa ikhlas mengajar murid-murid,maka murid-murid pun ikhlas belajar.Jika  seorang  YB  sering turun padang melawat kawasan,JKKK dan ketua kampung pun rajin menjengah hal ehwal rakyat.


         Aku berkawan dengan ramai manusia dari penyapu sampah hinggalah Menteri.Aku tidak pernah mengamalkan kasta sebagaimana ramai Datok-Datok malu menegur dan bertanya khabar tukang sapu di jalanan.Bagi mereka,menegur tukang sapu akan menjatuhkan standart dan taraf mereka dan mereka lupa bahawa taraf mansuia adalah sama.Tiada seorang pun manusia  boleh menahan kencing dan berak.

        Pengalaman menunaikan fardhu haji pada tahun 1993  banyak menginsafkan aku.Jutaan umat Islam yang berhimpun di Arafah ,Muzalifah,Mina berpakaian serba putih.Apa pun bangsa dan taraf,semuanya berpakaian putih.Hanya beza orang kaya bermalam di hotel mewah ,manakala orang miskin  ada yang bermalam di atas jambatan ketika bermalam di Mina.

             Dr M   adalah pemimpin yang terkenal dengan sifat merendah diri dan melayan semua manusia dengan baik sama ada drebar,tukang sapu,pembancuh kopi dan siapa sahaja.Bertanyalah kepada semua pegawai kerajaan dan pekerja  pejabat di Jabatan Perdana Menteri.Beliau tidak pernah angkuh dan berasa besar kepala walaupun berjawatan Perdana Menteri.


         Memang menyedihkan  melihat sikap dan watak pemimpin yang tidak pernah menjadi TELADAN.Seorang pemimpin politik pernah berkata “Jika Dr M bersara,esok juga saya bersara”.Namun setelah 10 tahun Dr M telah bersara,pemimpin cap ayam tersebut masih gah menjadi  Menteri Besar.Itulah pemimpin cakap tak serupa bikin.Kadangkala aku hairan bagaimana pemimpin haprak tersebut boleh menjadi Menteri?


         Ramai pemimpin politik adalah PENIPU DAN PEMBOHONG.Namun Dr M adalah ahli politik yang tidak menipu sepanjang hayat beliau.Jika beliau berjanji,pasti ditunaikan.Jika bercakap mahu bersara,beliau akan bersara.Jika cakap keluar UMNO,beliau keluar UMNO.Bukan cakap siang lain,malam lain.


  Pada akhir zaman ini,ramai pemimpin memakai jubah dan serban untuk menipu orang lain.Mereka berasa mereka lebih islam berbanding orang lain yang pakai seluar jeans dan tshirt seperti aku.


        Ketika aku bermalam di jalan Bukit Bintang,aku bertemu seorang pelancong dari Albania.Beliau  melancong ke Malaysia selepas Indonesia dan selepas ini akan ke Singapore sebelum pulang ke negaranya.Kami berbual dalam bahasa arab dan beliau hairan ,aku yang pakai seluar jeans dan tshirt dari Australia boleh bercakap arab.


          Antara perkara kami bincangkan adalah isu Palestin.Aku cakap walaupun arab ada hampir 500 juta  orang dalam dunia,namun mereka gagal membantu Palestin.Akibat pemimpin arab cakap tak serupa bikin,maka Palestin terus dizalimi Israel sejak tahun 1948 hingga hari ini.Aku menceritakan bagaimana Dr M banyak membantu Palestin dan dia akui apa yang aku cakap.Beliau kagum kerana Malaysia negara kecil dan tidak sekaya Arab Saudi namun berjaya membantu  Palestin dalam pelbagai cara.




         Aku teringat perang Arab-Israel suatu waktu dahulu.Arab hampir memenangi perang namun tindakan tentera Jordan  yang tarik diri dari perang menyebabkan tentera Mesir terkepung dan kalah.Akhirnya bendera putih dikibar menamatkan perang.Sikap Jordan yang berpaling tadah telah menyebabkan mereka kehilangan  sempadan dan kerugian.


          Mesir bukan tidak pernah memiliki pemimpin yang  hebat.Anwar Sadat adalah pemimpin Islam yang hebat.Mesir juga menghasilkan ulama’ hebat seperti Imam Hasan al-Banna yang banyak berjasa kepada Islam.Walaupun Hassan al-Banna tidak melilit serban seperti pemimpin politik   cap ayam yang hanya menunjukkan serbannya sebagai tanda warak dan alim.Namun pemimpin Mesir Hosni Mubarak  hanya indah khabar dari rupa.Rumah milik keluarganya di Eropah bernilai ratusan juta dolar.Bagaimana rakyat tidak memberontak jika pemimpin cap ayam cakap lain,buat lain?


           Apabila aku bertemu Menteri Besar Johor di Segamat,beliau melayan aku dan anak aku dengan mesra.Walaupun bertaraf Menteri,sifat rendah diri dan ramah menyebabkan aku kagum dengan pemimpin Johor itu.Walaupun beliau tidak memakai jubah dan serban seperti pemimpin cap ayam,namun beliau  mempraktikkan “KEPIMPINAN MELAUI TELADAN”.


          Ramai ulama’ hebat di dunia ini tidak memakai jubah dan serban.Mereka berpakaian biasa,malah memakai kot dan tali leher.Dalam Islam,perkara wajib adalah penting,bukan sunat.Jubah dan serban adalah sunat,manakala bercakap benar dan menepati janji adalah WAJIB.


       Aku berdoa agar Dr M dipanjangkan umur dan disihatkan badan agar beliau sampai ke tahun 2020 dan melihat Malaysia maju sebagaimana dirancangkan beliau.Malaysia akan maju mengikut acuan sendiri,bukan maju seperti Barat dan Amerika yang membenarkan pengunjung pantai mandi  manda dalam keadaan bogel .



     Maju Eropah dan Amerika adalah maju ekonomi dan bangunan namun mundur mentaliti.Berbogel adalah sifat  haiwan dan mereka adalah haiwan walaupun bernama manusia.



         Aku tidak mahu Malaysia maju seperti Singapura.Tandas bersih seperti bilik hotel  lima bintang tapi tiada air.Kalau ke sana,aku pasti bawa botol air untuk membersihkan kencing.Aku memang tak biasa kencing dan tidak basuh.Islam mementingkan kebersihan dan aku amalkan kebersihan.


             Walaupun ada Menteri Kerja Raya namun Dr M sentiasa memandu sendiri di kota KL di mana Putra Jaya belum lagi wujud.Beliau memandu tanpa iringan kereta polis dan mencatat apa sahaja masalah di KL seeprti sampah,jalan berlobang dan sebagainya.Beliau sedih banyak pakaian digantung di ampaian rumah flet di KL hingga mencacatkan pemandangan ibu negara.Namun sampai hari ini warga KL masih amalkan sikap tersebut.


         Dr M berasa agak sedih dan malu apabila ditegur Presiden Pakistan yang melawat kota KL.Selepas teguran Dr M,KL bersih beberapa hari,kemudian kotor hinggalah hari ini.Penduduk KL  tidak pernah mementingkan kebersihan sedangkan kebersihan adalah penting.


     Dr M dan beberapa Menteri kabinet turung padang membawa penyapu  membersihkan kota KL pada tahun 80an,namun amat sedikit warga kota mengamalkannya.Di hadapan rumah sendiri pun sampah berselerak.Jalan-jalan utama penuh dengan sampah sarap.Sungai KL  yang bersih menjadi kotor dan penuh dengan segala bagai sampah hingga hari ini.


           Aku mencadangkan kepada Perdana Menteri agar mewujudkan Kementerian Bersih dan Indah  agar semua kota,kampung dan bandar bersih.Amat memalukan  bila ibu kota dan bandar utama banyak sampah bergelimpangan dan berbau busuk hingga memualkan.Pelajarilah kota-kota bersih dan indah di dunia ini.Kebersihan dan keindahan akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.


     Kadangkala aku tak berselara makan di gerai dan restoran di KL.Longkang berbau  busuk dan sampah merata-rata di jalanan.Aku sanggup makan di KFC dan restoran mahal asalkan bersih.Biar wang habis,asal puas hati.

       Ketika aku hadir simposium usahawan PUNB di hotel Istana di mana Dr M memberikan ucaptama,aku tekun mendengar nasihat beliau dalam keusahawanan.Aku berkenalan dengan ramai tauke jutawan dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.


       Dr M menasihati usahawan  agar sentiasa cekal dan tabah dalam bisnes.Jangan fikir nak cepat kaya kerana orang yang berfikir sedemikian akan jatuh dalam perniagaan.Beliau mengakui walaupun setelah lima tahun membuka bisnes kedai roti THE LOAF,namun masih belum ada keuntungan kerana pusingan modal.Sampai hari ini aku masih belum menjengah THE LOAF  kerana sibuk  dengan macam-macam kerja.

        Sekarang aku sibuk mengumpulkan bahan untuk buku kedua mengenai Dr M iaitu “PERIBADI DR M MENGIKUT QURAN DAN HADIS”.Aku mahu rakyat Malaysia  faham bahawa Dr M mengamalkan Quran sebaiknya walaupun beliau bukan lulusan Syariah dan tahfiz Quran.


        15 minit terakhir sebelum aku keluar dari Yayasan Bukhary,aku minta nasihat Dr M tentang bisnes.Beliau bertanya :u bisnes apa?aku pun cakap blab la bla..Beliau jawab “Alhamdulillah………….”

         Aku sebak  mendengar nasihat beliau.Aku tahan air mata kerana  aku tidak mahu Dr M  sedih melihat aku mengalirkan air mata.Selepas keluar dari pejabatnya,aku mengalirkan air mata sepanjang memandu kereta pulang ke Melaka.


         Aku teringat nasihat Dr M “Jika kita mahu berjaya dalam bisnes,kualiti dan teladan adalah penting.Jangan jadi boss yang suka duduk dalam pejabat berkaca,rajin-rajinlah meninjau premis dan  bertanya pekerja mengenai apa jua masalah”.


               Hampir jam 2 petang,perut aku dah lapar…………………………Jom makan tengahari!
Terima kasih kerana membaca!

SATA SAALIMUN AL-MADANI
http://peribadidrmahathir.blogspot.com/

Monday, February 25, 2013

SPEECH T THE ANNUAL SEMINAR OF THE WORLD BANK IN HONG KONG ON SATURDAY, 20 SEPTEMBER 1997

ASIAN ECONOMIES: CHALLENGES AND OPPORTUNITIES



When I was invited to speak at this World Bank and IMF gathering more than three months ago things were going very smoothly indeed for Asia, in particular East Asia, the part which the naive thought it was logical and easy to bring together in an economic caucus, the East Asia Economic Caucus.

2. East Asian countries were at peace, within and without. Even the fracas in Cambodia had not happened. The certainty was that the nations of South East Asia and North East Asia would be growing economically and would gradually become economic powerhouses for the rest of the world.


3. There was much talk then of Asian dragons and tigers and of course the East Asian miracles. We were quite flattered. We thought they were admiring our strength and our skills.


4. We had forgotten the experience of Japan and Korea. When these two countries seemed about to catch up with the developed world, things began to happen to them. The Yen was yanked up in order to reduce the competitiveness of Japanese goods, while Korea was designated an NIC, a Newly-industrialising Country which must be stopped in its track.


5. We had even forgotten the lesson of Mexico, whose economy was suddenly blighted when foreign funds were suddenly, withdrawn. Mexico was forced to borrow 20 billion U.S. dollars in order to tide over and restore its fractured economy. Someone made a packet from this loan.


6. And of course we in Malaysia had laughed at the suggestion that our country would follow the fate of Mexico. How could that happen when our economy was so sound. We had practically no foreign debts. Our growth was high, our inflation low.
Politically we were stable and socially harmonious. We had put in place, tried and tested strategies for a continuous thirty-year growth plan.


7. We dismissed the rumour that Malaysia would go the way of Mexico. And indeed it did not. We did not realise how close we were to a manipulated economic crisis. We blithely sailed on.
And we were convinced that Mexico, Korea or Japan and their fates were irrelevant as far as we were concerned. We felt totally insulated against events in other countries.


8. But now we know better. We know why it was suggested that Malaysia would go the way of Mexico. We know now that even as Mexico's economic crash was manipulated and made to crash, the economies of other developing countries too can be suddenly manipulated and forced to bow to the great fund managers who have now come to be the people to decide who should prosper and who shouldn't.


9. I did not know all these when I accepted the invitation to speak, to speak of our hopes and aspiration, of sharing our prosperity with others. I had wanted to speak about prosper-thy-neighbour policies, about win win win strategies, about the multitude of opportunities in Asia for everyone.


10. In case you are wondering about what is meant by prosper-thy-neighbour, I would like to explain again that it simply means if you help your neighbour to prosper you will prosper along with it. When countries are prosperous they become more stable and their people need not emigrate to your country. Instead their prosperity provides you with a market for your goods, with opportunities to invest and to enrich yourself even as you create jobs and wealth for them.


11. Poor neighbours are a source of problems for everyone, for themselves and for you. Their problems tend to spill over your borders and undermine your peace and prosperity.


12. When Japan invested in Malaysia it created jobs and wealth for us and enabled us to industrialise rapidly. Japan of course gained directly from its investments but more than that we have become one of Japan's best markets.


13. Clearly Japan has prospered by helping us to prosper. This is what is meant by ``prosper-thy-neighbour'' as opposed to ``beggar-thy-neighbour.'' Everyone gains from ``prosper-thy-neighbour'' policies while only one side gains from ``beggar-thy-neighbour'' mindsets.


14. Malaysia is a developing country but we expend a lot of money in helping others. I will not elaborate on what we have done, but we really do, in the spirit of prospering-thy-neighbour.


15. The old mindset can be summarised by the term zero sum game. You win if others lose, you prosper at the expense of other's impoverishment.


16. Malaysia had prospered because we believed in being open when others seemed paranoid about foreigners and were ultra-nationalists, wanting to keep their country's economy to themselves. But in South East Asia ultra- nationalism very quickly gave way to pragmatic open economies.


17. Asean, and for that matter the whole of East Asia, seems to subscribe to the prosper-thy-neighbour philosophy. Now South Asia seems to be picking it up, together with countries in Africa. Imagine how wonderful the world would be if we all help each other to prosper, something that really is entirely possible.


18. But it would seem that the old beggar-thy-neighbour instinct is still around, is still the guiding principle of a group of ultra-rich people. For them wealth must come from impoverishing others, from taking what others have in order to enrich themselves. Their weapon is their wealth against the poverty of others.


19. For almost half a century the countries of East Asia have toiled day and night, to better the lot of their people. When Malaysia became independent in 1957, the per capita income of it's five million people was 350 U.S. dollars. By June 1997, after 40 long hard years of toil and sweat the per capita of it's 20 million people was almost 5,000 U.S. dollars. After June you know what happened.


20. All along we had tried to comply with the wishes of the rich and the mighty. We have opened up our markets, including our share and capital markets. On the other hand, most foreign companies operating in our country, do not allow local participation. They are not open, but we have not complained.
Their profits accrue to their shareholders in their home country. They pay practically no tax.


21. We were told that we must allow our money to be traded outside our country. We were told to permit short selling, even to let trading in borrowed shares to be legalised. We must allow for speculation. We did all that we were told to do. But we were told we have not done enough. We were told to slow down our growth. We were told that it could not be sustained, than it would be bad for us, that we would overheat. In particular we should not venture into big projects, the so-called mega projects, even if only to provide the necessary infrastructure that we were told we needed. And of course we were told that if we don't provide the infrastructure then we will not be able to grow. Quite confusing, really.


22. But Malaysia and its South East Asian neighbours continued to grow, to prosper. Disobedient, recalcitrant and at times impudent, these upstarts, Malaysia in particular had the temerity to aim higher than the developed countries, the powerful, the movers and shakers of the world.


23. I don't know about the average men in the street but quite a few people who are in the media and in control of the big money seem to want to see these South East Asian countries and in particular Malaysia stop trying to catch up with their superiors and to know their place. If they don't then they will just have to be made to do so and these people have the means and the wherewithal to force their will on these upstarts.


24. There may be no conspiracy as such but it is quite obvious that a few at least, media as well as fund managers, have their own agenda which they are determined to carry out.


25. We have always welcomed foreign investments, including speculation. They can come in to buy shares and to get out if they wish to for whatever reason. But when the big funds use their massive weight in order to move the shares up and down at will and make huge profits by their manipulations then it is too much to expect us to welcome them, especially when their profits results in massive losses for ourselves in the classic zero sum game theory.


26. International trading makes currency exchange necessary. Otherwise we may have to resort to barter. Buying and selling currency to finance trade is fine. But out of this evolved pure trade in currency as a commodity.


27. We are told that the trade in currency is actually 20 times bigger than real trade in goods and services. Other than profits and losses to the traders involved, there really is no tangible benefits for the world from this huge trade. No substantial jobs are created nor products or services enjoyed by the average people. The whole trading is secretive and a bit shady as huge sums are apparently moved about from banks to banks. No real money are involved, only figures. One billion Malaysian ringgits would need a big truck to move from place to place. Obviously this is physically impossible if the Great Train Robbery is not to be repeated hundreds of times over.


28. The traders apparently make billions with each transaction. But when the funds at their disposal is huge and they are in a position to influence the values of the currencies with their investments and divestments then the currency market become cash cows to them. They cannot fail to make a profit whichever way the index goes.


29. Unfortunately their profits come from impoverishing others, including very poor countries and poor people. South East Asian countries have now become their target simply because, we have the money but not enough to defend ourselves.


30. In the case of Malaysia, the ringgit is devalued by 20 percent. What this means is that we, everyone of us including the Government, have lost 20 percent of the purchasing power of whatever money we have. The poor have become poorer and there are now more poor people in Malaysia. The rich have become poorer too but we will not waste any sympathy on them of course.


31. But the currency traders have become rich, very very rich through making other people poorer. These are billionaires who do not really need any more money. Even the people who invest in the funds they operate are rich; we are told that the average return is about 35 percent per annum.


32. And we are told that we are not worldly if we do not appreciate the workings of the international financial market. Great countries tell us that we must accept being impoverished because that is what international finance is all about. Obviously we are not sophisticated enough to accept losing money so that the manipulators become richer.


33. We are also warned that these are powerful people. If we make a noise or we act in any way to frustrate them they would be annoyed. And when they are annoyed they can destroy us altogether, they can reduce us to basket cases. We have to accept that they are around, that they will always be around and that there really is nothing we can do about it. They will determine whether we prosper or we don't.


34. Once upon a time the U.S. allowed monopolies. Then Rockefeller cornered the oil industry in America and destroyed the small players and squeezed the consumers. The U.S. government decided that this was not right and outlawed monopolies through the Anti-Trust Laws.
35. A few decades back some enterprising people hit on the idea acquiring controlling interest in companies and then stripping their assets. The shell left by them was incapable of giving any return to the small shareholders. Thousands of people lost money.


36. Again the government stepped in and required anyone acquiring more than a certain percentage of shares to make an offer for the rest. That way the small shareholders were able to dispose of their shares at the offered price. They were relieved of the possibility of owning shares in useless companies.


37. To prevent other abuses, anyone buying more than five percent of the shares have to declare.


38. When insiders made use of inside information to sell or buy their own shares it was regarded as unfair advantage and was made illegal.


39. I mention all these because society must be protected from unscrupulous profiteers. I know I am taking a big risk to suggest it, but I am saying that currency trading is unnecessary, unproductive and immoral. It should be stopped. It should be made illegal. We don't need currency trading. We need to buy money only when we want to finance real trade. Otherwise we should not buy or sell currencies as we sell commodities.


40. We cannot go back to Bretton Woods and the fixed exchange rates although we should be honest enough to admit that fixed exchange rates did not hold up the economic recovery of the world in the post World War period. It was wrong only because it did not really reflect the economic performance of the nations concerned. Sovereign nations were allowed to devalue at will.
But the float resulted in nations losing their sovereign rights. Currency traders emerged who made killings tracking the snake etc. But they were relatively small players. They were not the movers and shakers who ruled the market. They were mere speculators.


41. No one I think would want to return to the fixed exchange rates. But if anarchy is abhorred by good citizens everywhere, there is no reason why we should not abhor, anarchy in the world financial system. A certain degree of uncertainty is fine but an absolutely uncertain financial world is no good for anyone, except of course for those who deliberately create the uncertainty. But then these people know for certain what they are going to do and could take cover or take advantage. For them there is no uncertainty. They are dealing in absolute certainty and they cannot possibly lose. If insider trading is unfair, outsiders who know exactly what is going to happen and then trade, can it be said to be fair?


42. If trade is to grow then currency values must be linked to the economic performance of the countries concerned. There are enough indices which can help indicate the value of the currencies, and the rates of exchange. A country that is doing reasonably well at a certain exchange rates should be allowed to maintain the rate. If the country is doing badly, devaluation can help the country by making their costs lower and their products more competitive. On the other hand, if the country is too competitive it is safe to assume that the currency is undervalued. Since many factors are involved, many rates are possible. Traders can then take the risk and trade in the currency, if they must.


43. This way there will not be a fixed rate but the range of fluctuation will not be too wide. There will be enough uncertainty for genuine traders but there will not be violent swings as to cause financial crisis for the country concerned.
Trade would not be too disrupted and would in fact he enhanced, increasing the wealth for everyone. It would be a win win situation.


44. The countries of South East Asia have prospered because by and large they have managed their economy better than most other developing countries. Their prosperity has contributed to the prosperity of their trading partners. In fact they have contributed to the economy of many developing countries by their willingness to serve as models for other developing countries.


45. In Malaysia, we have always believed that we are better able to convince other developing countries, and in particular ex-communist countries wanting to liberalise, of the benefits of a market economy. When these countries look at Europe or North America they would feel that the free market economy is beyond their capacity to manage. Europe had taken over two centuries to achieve what they have achieved. These developing countries always feel put off by the complexity and the time required. The centrally-planned socialist system had always seemed easier. But as we all know, socialism and communism had failed. Their economic system did not work. The ex-socialist countries need to adopt at least a part of the evidently successful free market system.


46. When they see that a country like Malaysia, a former colony of Britain, 40 years ago very much like them, fairly successfully managing a market economy, they feel more confident that they can do the same. Some of the other countries of South East Asia are also attractive and convincing models for them. A number of these countries are willing to open their books and even to train personnel from developing countries in economic development and management.


47. We did not spend as much money as the rich aid-giving countries; we did not lend money, but we believe that we are more effective in helping many developing countries in South East Asia, Africa, Central Asia and the South Pacific to make the transition from the centrally-planned command economy to the free market economy.


48. Additionally, the South East Asian countries learnt about administrative measures and development strategies by observing each other. We adopt what seems right and discard what fails to work. It is no coincidence that we have prospered together. We are each other's models.


49. Given half a chance, the countries of South East Asia can become the systems and strategies engine of growth for a lot of countries in Asia and indeed in other parts of the developing world.


50. What would happen to the rest of the world if these developing countries become developed? If it is a zero sum beggar-thy-neighbour world, then we can assume that the presently developed world would become poorer, weaker and ready for colonisation by the New Emerging Developed World. If this is to be the end result then the developed countries should prevent others from ever developing. North East and South East Asia must be impoverished and rendered perpetually unstable. And of course, the Indian sub-continent which seems likely to be the next growth region must be undermined. Under no circumstances must the 1.2 billion people of South Asia together with the two billion increasingly wealthy people of the East Asian region be allowed to become developed.


51. To the yellow peril of yesteryear will be added the brown peril. The Europeans will be overwhelmed. Genghis Khan will ride again and so on and so forth.


52. But the zero sum game theory is an invention of the pessimists, the xenophobic, the clash of civilisation people. Whether it will come about or not depends very much on our present attitudes and what we do now. The attempt to deprive Japan of the raw materials for its industries resulted in Japan launching the Pacific war.


53. But supposing we all espoused the prosper-thy-neighbour policy, supposing we see in the prosperity of others opportunities for enriching ourselves, then we need not be so afraid of the growing wealth and technological advancements of the developing countries of the world.


54. I repeat, when Japan invested in manufacturing in Malaysia, we became not only prosperous but also one of Japan's biggest markets. Today the trade balance is hugely in favour of Japan. And of course Japan reaped huge profits from its investments in Malaysia.


55. Foreign Direct Investments have helped Malaysian per capita to increase by almost 1,000 percent over a period of 30 years. Better still, we have now acquired the capacity to manufacture and export our own branded goods.


56. Clearly this was no zero sum game. This was a win win formula. By helping us, Japan and the others had helped themselves. They have not lost one little bit. Even the rest of the world benefited because we helped to reduce cost and make goods available to poor people everywhere, particularly in the poor countries. And of course Malaysia is not a market for Japan alone. With our wealth and our ever growing needs, we have become a good market for all kinds of products from all the other developed countries. In other words, Malaysia's prosperity has helped to prosper the developed countries everywhere.


57. It is the same with all the South East Asian countries. We have helped to prosper very many countries, including the rich countries of the North. The trade figures will bear testimony to this.


58. There are many developing countries which are still very poor. They contribute almost nothing to the wealth of the rich. They need financial support continuously. They are unstable. They have incessant civil wars, famines and disasters of every kind. Tourists run the danger of being killed in these countries. Huge sums have to be expended on peace keeping in these countries.


59. Prosperous countries on the other hand, are more likely to be peaceful and less of a burden to the rest of the world. A prosper-thy-neighbour policy would therefore give a better return than a beggar-thy-neighbour policy.


60. There is therefore no need to fear the prosperity of the developing countries. They are not going to be a threat to the prosperous. There is no profit in trying to contain them, to undermine them, to prevent them from talking to each other or to their richer neighbours. They cannot be a threat because they will be too busy competing among themselves to gang up against the developed countries. Asians in particular are more ethnically different than Europeans. They can never work together. The clash of civilisation will not take place.


61. There will not be a totally peaceful world of course. There will be local wars. Arms can still be manufactured and sold profitably to these people. But by and large, a generally better developed and prosperous world would be better than one which is divided into the very rich and the very poor.


62. Despite our bitterness over the attempts to push us back by a decade through forced devaluation of our currency, through the rape of our share market, we in South East Asia and in Asia are still keen to receive investments from Europe and America. There has been a lot of talk about our scaring away foreign (meaning western) capital. But you should also appreciate that we of South East Asia at least, are now very scared about foreign capital. We thought they were helping to prosper us. We conducted roadshows to encourage them to invest in our share and financial markets. We will continue to do so. But we will have to be more circumspect. We still believe there are sincere investors out there. But there are also quite a few rogues who can cause an avalanche forcing others to run for cover.


63. We still believe in prospering Asia in order to prosper everyone. The media and the great financial experts may know how or what a country should do, but then if anything fails they are not going to be voted out of office. We are, and we do claim to know a few things about developing our countries. Malaysia has become one of the so-called tiger economies not by listening to the media or the great financial wizards. We have in fact developed ourselves by actually doing the opposite of what the wizards told us we should do. And we think, outrageously and impudently that the same formula can help develop other countries as well.


64. We were a commodity producer with only two commodities to sell. Without any skills in the manufacturing industry we decided to industrialise. And we did. We were told that affirmative action to correct the socio-economic imbalance is not fair and will not work. Our New Economic Policy worked and created a fairer society with no race riots. Similarly we were told that the majority Malays would oppress the minorities. Instead Malays, Chinese, Indians, Iban, Kadazan and 30 other tribes work harmoniously together.


65. We were told that a developing country should not aspire to go into the automobile industry. We did and we have succeeded.


66. Privatisation was a new fangled thing when in 1982 we launched our privatisation programme. Many developed countries failed in their privatisation. We have privatised more than 400 government departments, companies and functions. We have succeeded and we are still going on.


67. Japan Incorporated was condemned. We made Malaysia Incorporated our creed and it has helped our country to grow and prosper faster than most other countries.
68. I will not bore you with tales of our rejection of the conventional including raising our interest rates in order to protect our Ringgit. As you know we went the other way.


69. One of the unconventional things we did was to go big. Our 830 km North-South Highway, our six-kilometre wharf at the new West Port, our Penang Bridge, the Kuala Lumpur Telecommunication Tower, the Petronas Twin Towers and many, many more big projects we have completed have all contributed to our growth and our wealth. They are not monuments but basic infrastructure.


70. We are building the biggest airport in Asia for Kuala Lumpur because of sheer need. Our present airport built 13 years ago was for 400,000 passengers. It now handles 16 million and has no room for expansion.

71. All over the world governments find difficulty in locating new and necessary airports. It would be stupid to build a new airport to handle one million more. We will never find another site when the need arise for a bigger airport. If you must build a new airport, build it, big enough at least for the next 30 years if not 100 years. But we were told that we should not build a mega airport. Why? Because you think it would undermine our economy in which you have invested. You do not want our economy to go under and you will lose your money. But please give us some credit for knowing something about managing our country.

72. We like to think big. We even have great ideas for bringing wealth to other developing countries. We proposed the development of the Mekong Valley, beginning with the railway from Singapore to Kunming because we know that transportation will stimulate economic development. It is a big project but small projects make little impact on the economy.

73. We want to link up with the railways of China, Central Asia and on to Europe. Central Asia's landlocked and cannot develop because of it. You build VLCC to transport oil and bulk cargo for yourselves. Why cannot an ultra-wide gauge railways with trains of two kilometres be built, to move goods in and out of the Central Asian Republics? They can then prosper and the world will have another big market.

74. We have other big ideas to prosper our neighbours, to prosper everyone, the developed countries included.

75. But we are not going to be allowed to do this because you don't like us to have big ideas. It is not proper. It is impudent for us to try, or to even say we are going to do it.
If we even say that when we have the money we will carry on with our big projects, you will make sure we won't have the money by forcing the devaluation of our currency.

76. Beggar-your-neighbour, this is the mindset of some people. They will not help. Worse still they will block, obstruct and undermine.

77. Asia is full of great opportunities not just for Asians but for everyone. Given half a chance we can prosper. We cannot all be as big economically as Japan, but we will not be excruciatingly poor. If the countries of Europe, and of North America can be almost uniformly prosperous we don't see why we cannot be allowed to be a little prosperous.

78. We will not act in concert against the rest of the world. We are not ethnically related as are the Europeans. We come in various colours and shades, practising different religions, speaking different tongues and with very different cultures. We will always disagree with each other, possibly fight against one another leaving us little time to confront others from Europe.

You have nothing to fear from the prosperity and well-being of the Asians.
You have everything to gain, for our prosperity will contribute to your prosperity and the prosperity of the rest of the world. So think of Asian opportunities and seize them.

http://sosnews.org

Tun Dr M : beri kerakyatan ikut procedure

TUN MAHATHIR hebat

Tun Mahathir sindir Nik Aziz kerana sambut harijadi

Keberanian Dr M

Baca sini :

http://www.blogbisu.com/2013/01/kisah-kepintaran-dr-mahathir-vs-amerika.html

Tun Mahathir Dedah Kisah Sebenar PAS Keluar BN


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa PAS telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).
Bekas perdana menteri itu berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
“Katanya PAS telah ditipu oleh Umno semasa PAS berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc, hari ini.
Katanya perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.
“Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno,” katanya.
Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu) semasa PAS menyertai BN.
“Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.
“Selepas beberapa bulan PAS menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu,” katanya.
Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak Umno.
“Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua PAS dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan,” katanya.
Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.
Katanya ramai anggota PAS memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.
“Kerana PAS berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
“Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya dua kerusi,” katanya.
Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.
Katanya umat Islam disuruh bersatupadu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.
“Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,” katanya.


http://peraktoday.com

Hebatnya DR.M


Oleh: Helmi Effendy

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh manusia seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.
http://ob21.net/

Punca Perkataan Allah Dalam Bible – Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Bible mengandungi perkataan ‘Allah’ sedangkan Bible asal yang ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin tidak mengandungi perkataan tersebut.
“Bible asal bukan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ia ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin dan dalam Bahasa Greek dan Latin tidak ada perkataan Allah,”katanya.
Menurutnya, perkataan Allah dalam Bible bermula setelah Kitab Kristian itu diterjemahkan di negara-negara Islam di mana penterjemahnya menggunakan perkataan Allah bersesuaian dengan Tuhan Yang Disembah oleh masyarakat setempat.
“Sedangkan orang Kristian anggap ‘Jesus’ sebagai Tuhan. Ia ada Triniti, The Father, The Son dan Holly Ghost. Orang Yahudi pula menggunakan perkataan ‘Yahweh’, Tak ada sebut Allah langsung.
“Tetapi untuk mengembangkan agama mereka di kalangan orang yang lazim memanggil Tuhan sebagai Allah, mereka menggunakan Allah.
“Sebab itu di Indonesia, memang perkataan Allah diguna dan di Malaysia juga zaman sebelum Merdeka, di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan Bible yang sama yang menggunakan perkataan Allah.
“Kalau kita kata Allah itu boleh diguna untuk sebarang agama, itu tidak tepat. Yang tepat adalah perkataan Allah bermula dengan agama Islam, “katanya.
Beliau juga turut mempersoalkan motif sebenar tuntutan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible di Malaysia.
“Kalau ada pihak lain yang nak menggunakan nama Allah apa tujuannya selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama itu sama.
“Unsur penipuan itu memang ada. Sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan Allah,”katanya lagi.

http://www.pribumiperkasa.com

Kisah Tun Mahathir Dan Pembedahan Jantung


Kali pertama saya berasa sakit dalam dada adalah kira-kira sebulan sebelum mengalami serangan jantung pada 1989. Bagaimanapun waktu itu, saya tidak mengendahkannya. Saya berada di Genting Highlands bagi menghadiri perjumpaan alumni Kolej Perubatan King Edward VII. Ramai rakan sekelas dan anak-anak mereka hadir serta bergembira. Saya sedang memerhatikan mereka apabila beberapa orang anak muda menarik saya ke lantai tarian. Sewaktu menari, saya berasa sesak nafas dan sakit dada, tetapi kesakitan itu hilang apabila saya duduk. Keesokannya, saya menunggang kuda dan sekali lagi berasa sesak nafas dan sakit dada. Saya tidak mahu menerima keadaan itu sebagai tanda-tanda serangan jantung, jadi saya tidak memberitahu sesiapa dan berharap masalah itu akan berlalu sendiri. Walaupun kita seorang doctor dan tahu tanda-tanda penyakit, kita lazimnya enggan mengaku yang kita mungkin ada masalah berkenaan.
Ketika itu, saya tidak membuat pemeriksaan kesihatan berjadual. Saya cuma ingat pernah sekali menjalani pemeriksaan rapi di London atas nasihat doktor apabila mengalami sedikit masalah tekanan darah. Ia benar-benar mengganggu sebab pemeriksaan itu mengambil masa yang lama dan saya dipaksa mengguna mesin pengukur denyutan jantung, iaitu ECG yang membonjol di pinggang saya. Lebih-lebih lagi apabila menghadiri satu majlis makan malam dengan membawa mesin itu sehingga nampak seolah-olah saya menyelitkan pistol di pinggang.
Sebulan selepas perjumpaan di Genting Highlands, saya bersama-sama Hasmah dan suami Marina makan malam di sebuah restoran Thai di The Mall bagi meraikan hari jadi Mokhzani walaupun dia sendiri tidak hadir. Kami sepatutnya berempat, tetapi Marina juga tidak dapat datang. Jadi yang ada hanya Hasmah, Didier (bekas suami Marina) dan saya. Bagaimanapun, kami sudah menempah makanan untuk empat orang dan saya akhirnya makan bahagian yang sepatutnya dimakan oleh Marina – mungkin disebabkan kesempitan hidup pada zaman perang menyebabkaan saya tidak suka membazir makanan. Apabila kami sampai di rumah, saya mula rasa sakit di dada dan kesukaran bernafas seperti sebelumnya. Kali ini, kesakitan itu tidak reda. Saya cuba baring dan duduk, tetapi masih berasa sakit. Hasmah menelefon seorang pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur, iaitu Dr Jimmy Eapen. Beliau rakan sekelas saya di Kolej Perubatan. Hasmah memberitahunya tanda-tanda masalah yang saya hadapi dan Jimmy datang serta-merta. Beliau membuat diagnosis yang saya mengalami serangan jantung, tetapi beliau perlu pulang ke rumah untuk mengambil mesin ECG mudah alih. Apabila mesin itu mengesahkan yang ia memang serangan jantung, saya serta-merta dibawa ke hospital. Saya fikir saya boleh berjalan, tetapi mereka mendesak supaya saya menggunakan kerusi roda.
Saya sepatutnya sudah tahu yang ia adalah serangan jantung kerana tanda-tandanya memang jelas. Sakit dada dan sesak nafas yang saya alami ketika menari dan menunggang kuda sebelum itu menepati tanda-tanda serangan jantung. Serangan jantung juga boleh dicetuskan oleh kebimbangan mengenai perjalanan yang jauh atau terlalu banyak makan. Memang pada malam di restoran Thai itu saya makan berlebihan. Saya sepatutnya tidak mengabaikan kesakitan kali pertama dan segera menerima hakikat yang saya sebenarnya mengalami serangan jantung.
Saya dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam 17 Januari 1989. Di sana, Datuk Dr Robaayah Zambahari mengesahkan yang saya diserang sakit jantung dan memberikan satu suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Beliau kemudian memberitahu Hasmah agar menghubungi semua anggota keluarga kami dan ini menyebabkan kami sedar betapa seriusnya keadaan waktu itu. Beliau juga menghubungi Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku.
Selepas selesai pemeriksaan biasa, mereka memutuskan bahawa saya perlu menjalani ujian angiogram, iaitu pemeriksaan radiografi ke saluran jantung sejurus selepas disuntik bahan radiolegap ke saluran darah. Kebetulan, Dr Simon Stertzer, pakar jantung dari California berada di rantau ini lalu beliau diminta hadir ketika ujian angiogram dijalankan. Dr Stertzer dan Dr Robaayah merumuskan bahawa saya mengalami serangan jantung yang memerlukan pembedahan. Mereka memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr Rozali Wathooth telah berjaya melakukan pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Tan Sri Dr Yahya Awang. Saya tahu Dr Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.
Sebagai seorang doktor, saya maklum risiko pembedahan tersebut. Saya sedar kemungkinan yang saya tidak akan selamat daripada pembedahan kerana waktu itu ia bukanlah prosedur biasa. Orang ramai masih takut untuk membenarkan doktor membelah dada mereka dan melakukan sesuatu ke atas jantung mereka. Saya meyakinkan diri bahawa kalau memang sudah ditakdirkan saya akan mati, apa yang boleh saya lakukan. Saya menyerahkannya kepada Allah SWT dan kemahiran pakar bedah. Bunyinya mungkin agak dramatik sekarang kerana ramai pesakit yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung. Namun sebaik sahaja saya menerima hakikat kematian, saya berasa cukup tenang.
Saya berehat selama empat hari sebelum menjalani angiogram yang mengesahkan bahawa saya memerlukan pembedahan. Dr Stertzer sekali lagi memberi pilihan kalau saya mahu menjalani pembedahan di California, Amerika Syarikat walaupun beliau sendiri mengakui yang Dr Yahya juga sama cekap dengan mana-mana pakar bedah di Amerika. Apabila tinggal saya dan Hasmah di dalam bilik, saya meminta Hasmah memanggil Dr Yahya. Sebaik sahaja Dr Yahya masuk, tanpa banyak bicara saya terus memberitahunya yang saya mahu beliau melakukan pembedahan. Saya kenal rapat dengan ayah beliau, Dr Awang yang juga adalah seorang doktor yang baik dan menjadi Ahli Parlimen serentak dengan saya pada 1964-69. Sewaktu saya diserang sakit jantung, Dr Awang sudah pun menjadi Gabenor Pulau Pinang.
Kemasukan ke hospital menghalang saya daripada menghadiri mesyuarat mingguan kabinet setiap Rabu. Doktor juga memberi amaran yang saya tidak boleh menerima pelawat, dan Hasmah memutuskan yang beliau sendiri akan memantau arahan itu. Ramai orang datang dan mendesak agar dibenarkan menjenguk saya, tetapi Hasmah sangat tegas. Beliau hanya membenarkan beberapa orang sahaja mengintai saya dari luar bilik ketika saya terbaring kerana diberi ubat pelali. Ada satu pilihan raya kecil waktu itu dan khabar angin tersebar luas mangatakan saya sakit tenat. Malah ada yang berkata bahawa saya sudah mati. Hasmah tidak pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa. Dr Robaayah menawarkan untuk memberi beliau ubat tidur pada malam pertama saya dimasukkan ke hospital, tetapi beliau bertekad untuk berjaga bagi memastikan tidak ada sesiapa datang mengganggu saya.
Pada malam sebelum pembedahan, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew membuat panggilan telefon kira-kira jam 10. Beliau amat bimbang dan bercakap dengan Hasmah kerana waktu itu saya sudah pun diberikan ubat sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Lee meminta Hasmah supaya memujuk saya menangguhkan pembedahan sebab beliau ada menyediakan sepasukan ahli perubatan untuk terbang ke Kuala Lumpur. Pakar bedah terkemuka, Dr Victor Chang, seorang rakyat Singapura menetap di Australia dicadangkan untuk melakukan pembedahan itu. Menurut Lee, Dr Chang mempunyai pengalaman cukup luas setelah melakukan lebih 1,000 pembedahan jantung. Lee kemudian bertanya Hasmah siapa yang akan membedah saya. Hasmah menyebut nama Dr Yahya yang Lee tidak pernah dengar, dan Hasmah memberitahunya bahawa saya sudah pun membuat keputusan dan ahli keluarga bersetuju dengan saya. Hasmah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan berjanji akan menghubunginya apabila pembedahan selesai. Hasmah tahu bahawa sekali saya sudah membuat keputusan, saya tidak akan mengubahnya. Apa yang saya ketahui kemudian adalah Lee bukan sahaja menghubungi Hasmah, malah beliau turut meminta Tun Daim Zainuddin agar memujuk Hasmah. Walaupun kami mempunyai banyak perbezaan pendapat untuk sekian lama, saya amat menghargai sikap ambil berat beliau itu.
Tiga anak lelaki kami berada di luar Kuala Lumpur ketika itu manakala Marina pula di Singapura. Ineza, anak perempuan Marina sedang tidur di dalam buaian di bilik kami. Dalam tergesa-gesa hendak membawa saya ke hospital, Hasmah hampir meninggalkan cucu kami terkunci di dalam bilik. Nasib baik pada saat akhir Hasmah teringat lalu memindahkan buaian Ineza ke biliknya. Marina dan Mokhzani yang ketika itu berada di Miri terbang pulang keesokannya. Mukhriz pula di Boston manakala Mirzan di Philadelphia, Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka sempat pulang sehari sebelum pembedahan. Sejurus sebelum pembedahan, pihak hospital membawa masuk Hasmah dan anak-anak kami seorang demi seorang untuk mencium saya. Itulah kali pertama saya melihat Hasmah menangis.
Masalahnya sebagai doktor, kita tahu apa yang akan dilakukan ke atas kita sewaktu pembedahan. Dalam pembedahan jantung, mereka akan menghentikan fungsi jantung dan paru-paru serta mengalirkan darah kita melalui mesin jantung dan paru-paru. Saya kurang senang dengan kaedah itu, terutama kerana prosedur tersebut masih baru dan peralatan yang digunakan tidaklah secanggih hari ini. Tun Hussein Onn menjalani pembedahan pintasan koronari di London dan beliau tidak pulih sepenuhnya selepas itu. Seorang lagi orang kenamaan yang turut menjalani pembedahan seperti itu ialah Datuk Jaafar Hassan, bekas Menteri Besar Perlis. Beliau meninggai dunia tidak lama kemudian. Saya bertanya Dr Yahya bagaimana beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan gergaji elektrik. “Terima kasih banyak-banyak,” jawab saya, sambil menambah: “Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi.”
Mereka mengangkat saya ke atas troli dan menolak ke dewan bedah. Saya masih dapat melihat samar-samar siling hospital sewaktu melalui koridor dan memasuki ruang tara bersebelahan dewan bedah. Saya dapat mendengar kata-kata perangsang daripada pakar bius yang sedang membius saya. Kemudian saya diangkat ke atas meja bedah dan disuruh mengira ke belakang bermula angka 10. Apabila sedar, saya sudah berada di bilik pemulihan. Dari aspek itu, pembedahan moden adalah satu ketakjudan.
Pembedahan mengambil masa kira-kira enam jam walaupun saya berasa tidak lebih dua saat sahaja. Keluarga sayalah yang terpaksa menunggu penuh debaran. Doktor mengambil urat dari kedua-dua kaki saya untuk membuat lima saluran pintasan. Dr Yahya dan Dr Rozali serta pembantu-pembantu mereka melakukannya dengan baik sekali dan tidak berlaku sebarang kerumitan. Hari ini, pembedahan terbuka seperti itu tidak diperlukan sangat kerana teknik angioplasti, iaitu perluasan semula saluran darah yang berpenyakit atau rosak dengan menggunakan sejenis dawai, lebih mudah dan kurang berbahaya. Selain itu, kawalan pemakanan dan senaman boleh mengurangkan kemungkinan berlaku aterosklerosis di mana saluran darah ke jantung menjadi sempit dan memungkinkan serangan jantung. Ada pihak berpendapat bahawa amalan pemakanan yang sihat boleh menyembuhan aterosklerosis, dan inilah yang sedang saya cuba amalkan sekarang…

~~ Che Det ~~

sumber :   http://www.pribumiperkasa.com

Blogger memfitnah Dr M




Baca selanjutnya :


http://kedahkekl.blogspot.com/2012/12/panass-kisah-bagaimana-tun-dr-mahathir.html

FITNAH

Oleh Dr Mahathir Mohamad


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.
7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.
8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.
9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.
10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.
11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.
12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.
13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.
14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.
15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.
16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.
17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?
18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.
http://chedet.cc