Wednesday, July 25, 2012

Through My Lenses


Buku bertajuk “Through My Lenses” yang memuatkan lebih 300 gambar yang diambil sendiri oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad .

Gambar yang diambil ialah ketika Dr Mahathir masih menjadi perdana menteri dan selepas memegang jawatan tersebut semasa lawatannya seperti ke Argentina, Bosnia Herzegovina, Croatia, Ukraine, Jepun, China, Indonesia, Turki, Dubai serta beberapa destinasi di dalam negara.

Editor kepada buku tersebut ialah Zin Oo Ko, anak Dr Mahathir, Maizura Mahathir dan Razlan Rashid.

Dr Mahathir turut menulis dengan tangan penerangan kepada gambar-gambar tersebut tentang pengertian gambar tersebut kepadanya dan perasaan beliau semasa mengambilnya.

Diminta mengulas tentang buku itu, Dr Mahathir berkata terdapat banyak kenangan indah dalam gambar-gambar itu dan sukar untuk beliau memilih yang mana satu beliau paling gemari.

“Kadang-kadang saya tidak ingat di mana saya mengambilnya,” katanya.

Semasa melancarkannya, Dr Siti Hasmah berharap bukut berkenaan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang kehidupan peribadi suami beliau.

“Saya harap kamu akan seronok melihat pemandangan dan gambar menerusi lensa kamera beliau, sama seperti beliau seronok mengambilnya,” katanya.

Para editor buku berkenaan menyifatkan buku Through My Lenses sebagai buku yang memuatkan foto-foto tetapi bukan buku fotografi.

“Ia merupakan saluran yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran Dr Mahathir dan faktor inilah yang menyebabkan buku ini unik, kata mereka.

Buku ini boleh diperolehi di pasaran dengan harga RM99 sebuah.


sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment