Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan cadangan pembangkang yang ingin meminda Perlembagaan Negara, yang dilihat tidak perlu.
Menurutnya, cadangan untuk meminda Perlembagaan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai ad-din hanya kata dusta pembangkang.
“Islam memang sudah ad-din, petunjuk. Ia bermaksud Islam memberi petunjuk kepada manusia dan memang untuk kita amati. Tidak payah letak dalam perlembagaan sebagai ad-din kerana Islam (sendiri) memang sudah ad-din.
“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula.
“Ini nak menipu rakyat. Kita tidak boleh taksub dengan sesiapapun dan apa-apa ajaran, kita kena pegang kepada ajaran yang benar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium
Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, semalam.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang akan pinda Perlembagaan negara kepada Islam sebagai ad-din, iaitu merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
sumber : Sinar Harian
Friday, May 4, 2012
Thursday, May 3, 2012
Kerjasama MAS-AirAsia harus diteruskan, kata Dr M
Kerjasama antara Malaysia Airlines (MAS) dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, harus diteruskan demi kepentingan kedua-dua syarikat penerbangan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata dengan jalinan kerjasama berkenaan, MAS akan dapat belajar daripada AirAsia dan begitu juga sebaliknya.
"Saya nampak orang menentang bukan kerana kerjasama yang dijalin keduanya, tetapi cara pertukaran saham syarikat penerbangan berkenaan. Ini yang dibantah oleh banyak orang.
"Tetapi mereka tidak bantah tentang kerjasama. Jadi sekarang ini, ia (pertukaran saham) dibatalkan manakala kerjasama harus diteruskan. Ini kerana MAS boleh belajar banyak perkara daripada AirAsia.
"Tambang (AirAsia) cukup murah, kadang-kadang percuma, tetapi ia masih kekal memberi khidmat sudah 10 tahun. Sepatutnya ia dah bankrap. Sedangkan MAS dapat bantuan kerajaan sehingga RM3 bilion, tetapi masih rugi setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan lebih 5,000 peserta.
Dr Mahathir berkata beliau berharap MAS dapat belajar daripada AirAsia dan begitulah sebaliknya akan ada kerjasama kedua-duanya agar mereka lebih berkembang maju.
Semalam, Khazanah Nasional Bhd dalam satu kenyataan mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia Bhd setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu.
Menurut kenyataan itu, Khazanah berkata pihak terbabit bersetuju untuk menukar semula pemegang saham bersilang dan kembali kepada struktur asal pemegangan saham utama kedua-dua syarikat.
sumber - Bernama

Azmin patut saman - Dr. Mahathir
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.
“Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah.
“Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.
Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.
“Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
sumber :Utusan

Tuesday, May 1, 2012
Tak mugkin polis nak rosakkan harta sendiri - Dr. M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau percaya polis tidak akan bertindak merosakkan harta benda sendiri seperti yang didakwa pembangkang pada perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.
"Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak...saya tengok orang terbalikkan kereta (polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota polis.
"Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan...lagipun kenapa polis nak terbalikkan kereta sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dr Mahathir yang ditemui pada pelancaran buku “A Doctor in The House: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa keganasan pada perhimpunan itu dicetuskan oleh polis.
Pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, seramai 13 anggota polis cedera akibat tindakan ganas peserta perhimpunan yang dijanjikan aman oleh penganjur.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata tindakan merempuh halangan polis oleh peserta perhimpunan itu adalah modus operandi pembangkang.
Katanya ketua pembangkang mempunyai reputasi menghasut rakyat sebelum melarikan diri agar tidak dipersalahkan rakyat.
sumber - BERNAMA

Memoir Tun M versi bahasa Melayu dilancar

Buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan.
Buku terjemahan daripada A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad tulisan bekas Perdana Menteri itu dijual dengan harga RM59.90 senaskhah.
Memoir yang mengandungi cacatan cukup terperinci dan menyeluruh bekas Perdana Menteri itu akan dijual di semua kedai buku MPH serta kedai buku utama seluruh negara.
Berucap melancarkan memoir tersebut, Dr. Mahathir berkata, penghasilan versi bahasa Melayu itu bagi membolehkan orang ramai berkongsi pemikiran dan perspektif mengenai pembinaan negara dari kaca mata beliau sendiri.
"Saya tidak begitu mengharap apa-apa daripada penghasilan buku ini. Harganya juga tidak begitu mahal jika dibandingkan buku yang setebal ini yang berada dipasaran.
"Memoir ini semestinya bertumpu kepada peranan saya, tetapi intipatinya adalah mengenai Malaysiaku yang tercinta, negara yang telah memberi saya dan seluruh rakyat jelata kehidupan yang baik," katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran buku berkenaan.
Hadir sama, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan penterjemah buku versi asal iaitu Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd., Datuk Abdul Kadir Jasin
Buku A Doctor In The House: Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada 8 Mac tahun lepas dan sebanyak 25,000 naskhah terjual pada minggu pertama pelancaran.
Sepanjang tahun lepas sebanyak lebih 100,000 naskhah telah terjual.
Sementara itu, Abdul Kadir berkata, bukan mudah untuk beliau menterjemahkan buku itu, selain berusaha mengekalkan gaya penulisan Dr. Mahathir.
''Dalam proses menterjemahkan buku tersebut, saya mendapatkan pandangan Dr. Mahathir bagi memelihara keasliannya,'' katanya.
Menurut Abdul Kadir, karya terjemahan merupakan satu usaha berbaloi bagi mendekati dan meresapi jiwa rakyat Melayu untuk menyuntik semangat dan berkongsi kekayaan pengetahuan pemimpin ulung tersebut.
sumber :Utusan
Tuesday, April 17, 2012
Speech from Tun Dr Mahathir Mohammad in Moscow 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)