Sunday, August 5, 2012

PEMBUNUHAN WANITA BERZINA

Dr Mahathir Mohamad

1. Akhbar melaporkan seorang wanita Afghan ditembak mati kerana didapati bersalah dengan kesalahan berzina.
2. Ia telah dibicara satu jam dan dihukum bunuh. Dengan serta merta ia dibawa keluar, duduk ditepi longkang dengan memberi belakang kepada pembunuhnya.

3. Pembunuh bersenjata senapang mesingan menembaknya berkali-kali dengan dilihat oleh ramai lelaki yang bertepuk sorak perlakuan pembunuhan itu.

4. Badan wanita itu terguling selepas ditembak. Semua kejadian ini dirakam dengan video, termasuk bacaan Quran sebelum tembakan kononnya berkenaan jenayah zina. Tidak disebut nasib lelaki yang berzina dengannya.
5. Saya hanya ingin menarik perhatian kepada peristiwa ini. Saya ingin dengar komen pelawat ke blog saya.

http://chedet.cc/

No comments:

Post a Comment