Saturday, August 25, 2012

BN bertambah kuat di bawah kepimpinan Najib

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin kuat di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, jika Perdana Menteri memberi sedikit masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, sokongan ke atas BN akan berjaya dipulihkan.

"Mereka (pembangkang) kata selepas 55 tahun BN memerintah, sudah sampai masa untuk berubah. Kamu perlu berubah untuk menjadi lebih baik tapi kalau berubah jadi buruk?," katanya kepada pemberita semasa jamuan rumah terbuka beliau di The Mines yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Perdana Menteri sendiri.

Pada masa sekarang, pembangkang sedang menyemai perasaan benci di kalangan orang ramai terhadap kerajaan sebagai salah satu taktik mereka, katanya.

Katanya keutamaan mereka sekarang ini adalah untuk mewujudkan kebencian ke atas kerajaan dan termasuklah serangan-serangan yang dibuat ke atas dirinya sendiri walaupun tidak lagi memegang kuasa.

"Mengapa nak serang saya kerana saya tidak ada kuasa, macam ada kebencian terhadap saya, mereka hidup atas kebencian ini," katanya.

Katanya bagaimana boleh dikatakan kerajaan hari ini gagal kerana BN berjaya mengekalkan prestasi kewangan semasa dunia dilanda kemelut ekonomi dan ketika dunia hari ini dilanda masalah etnik dan perkauman, kerajaan BN masih mampu mengekalkan keharmonian kaum.

"Mengapa mereka (pembangkang) tidak sebutkan hal ini, sudah tentu jika disebut, rakyat tidak akan benci kerajaan," katanya.

sumber - Bernama

No comments:

Post a Comment