Thursday, March 17, 2011

Contohi kepimpinan Dr. M-Raja Muda perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) menyampaikan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Kejuruteraan kepada Dr. Mahathir Mohamad pada Istiadat Konvokesyen Khas Unimap di Kangar.





Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta semua pemimpin di segenap peringkat mencontohi ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Baginda menyifatkan, bekas Perdana Menteri itu, sebagai negarawan berjiwa besar yang sentiasa mahu melihat masyarakat terus hidup dalam aman, bekerjasama, bersatu dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.

Titah baginda, ciri-ciri tersebut dapat memastikan rakyat negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, setanding dengan masyarakat lain di dunia.

‘Dr. Mahathir juga bukan seperti kebanyakan kita kerana beliau melihat sesuatu dari perspektif yang lebih luas dahulu sebelum melihatnya dari perspektif kecil,” titah baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada Istiadat Konvokesyen Khas Unimap di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada istiadat tersebut, baginda berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Kejuruteraan Unimap kepada Dr. Mahathir manakala Ijazah Kehormat Ulung Doktor Sains pula diberikan kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment