FOTO : BERNAMA
Thursday, February 7, 2013
Antarctica Malaysia's Journey To The Ice
6 Feb 2013 -Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat isi kandungan buku "Antarctica Malaysia's Journey To The Ice " selepas merasmikannya di Universiti Malaya (UM)
Kenaikan Gaji Minimum Sebabkan Malaysia Muflis – Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran
bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar
bagi meningkatkan produktiviti. Jika keadaan itu berterusan dengan
kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan
menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti
yang berlaku di negara Barat.
Menurut Tun Mahathir apabila kita
bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan
berkurangan. Ini kerana kita mempunyai cuti yang terlalu banyak.
Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi
52 hari Sabtu. Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan,
walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.Ditambah lagi dengan
menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu
dengan hari yang lain.

GAJI MINIMUM
Dr Mahathir juga bimbangan dengan dasar
gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana
majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza
dapat dikekalkan.
Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia
sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji
minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.
Tindakan itu akan menyaksikan kira-kira
30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan
di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum.
Menurut Dr Mahathir, Malaysia boleh
menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti
dengan pertambahan produktiviti.
Kita semua mahu menyaksikan Malaysia
menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang
mengenai daya persaingan kita. Menambah pendapatan mesti meningkatkan
kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah
Menurutnya, Barat kini menghadapi
masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya
menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.
Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti
bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur.
Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.
KENAIKAN GAJI 25 PERATUS ZAMAN PAK LAH
Dr Mahathir juga membidas pentadbiran
selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.
Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas
kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad
Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan
gaji.
Pernah seorang perdana menteri,
pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25
peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat
sehingga 25 peratus.
Lazimnya, peningkatan adalah hanya
kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus
itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan
pembangunan.
Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan
bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat
membangun seperti Malaysia.
sumber : MALAYSIAKINI
Wednesday, February 6, 2013
Ambil serius amaran 'Arab Spring' Anwar, kata Dr Mahathir
Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius
berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata, Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum PKR itu menyertai kerajaan.
"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc hari ini.
Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
"Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya. -
sumber : Bernama
Mahathir: Pas tak berani keluar PR
AS tidak akan berani keluar daripada pakatan pembangkang kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata PAS khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.
"Saya ingat PAS tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP).
"Dia (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) dah bercerai," katanya mengulas desakan Nasharudin supaya PAS bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bergambar "Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice" di Universiti Malaya di sini, Rabu.
Mengulas mengenai isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa ia dilakukan kerana mereka berhak dan layak mengikut lunas undang-undang negara.
Beliau berkata terdapat juga penerima kad pengenalan itu yang memberi undi kepada pembangkang sehingga memberi kemenangan kepada pembangkang.
"Mereka tidak selalunya menyokong BN (Barisan Nasional), mereka menyokong pembangkang. Jika tidak, kenapa BN kalah dalam pilihan raya di Sabah," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas supaya mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesaknya meletak jawatan.
Katanya keputusan untuk meletak jawatan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa kerana mungkin ada masalah dan perkara yang tidak dapat dipersetujui sebelum ini.
"Sebelum kita menyingkirkan seseorang itu, kita perlu membuat kajian mengenai masalah itu," kata Dr Mahathir yang merupakan Penasihat Petronas.
Baru-baru ini, media melaporkan Shamsul dan kepimpinan baharunya berdepan dengan desakan gabungan 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, mahu mereka disingkirkan daripada menerajui syarikat minyak negara itu.
BERNAMA
Sunday, February 3, 2013
Dr Mahathir Confident BN Will Remain In Power After 13TH G.E.
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today expressed confidence that the Barisan Nasional (BN) government will remain in power after the upcoming general election.
The impending 13th general election, slated to be held this year, would be the most crucial political battle that BN had to face, he said.
The former premier also hoped that BN would win two-thirds majority in Parliament so that the government could implement its policies without resistance.
“The Pakatan Rakyat is merely a coalition for the sake of the upcoming elections. If they are elected to govern, I am sure each party will then battle for its own ideology.
“That is definitely not good for Malaysia and will disrupt all efforts to build the economy, undertaken by the present government,” he said at the 15th Malaysia Strategic Outlook Conference 2013, here, today.
Dr Mahathir said the infighting within the opposition group was the main reason for the confidence-comeback among Malaysian voters towards the ruling coalition.
He also said that the BN government, under the able leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, was knowledgeable on social and economic issues, which was very important for a developing nation.
He said the government had drawn up ambitious development plans for the future of Malaysia, and it was the responsibility of Malaysians to give the government a chance to prove the effectiveness of the plans.
“Change itself will be destructive and comes with uncertainties. Turmoil is not good for any country.
“A fresh government will also take a long time to adjust to its new role from the opposition to the government. This wasted period of time will jeopardise Malaysia’s growth,” he added.
Asked on the suitable time to dissolve Parliament to allow for the elections, Dr Mahathir said: “I think it should be after the Chinese New Year festive period.”
http://www.umno-online.my/
Dr Mahathir: 'Penting bukan calon tetapi parti'
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.
"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.
"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.
"Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.
"Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.
"Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat," katanya. -
sumber : Bernama
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.
"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.
"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.
"Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.
"Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.
"Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat," katanya. -
sumber : Bernama
Majlis Himpunan Mesra Rakyat Parlimen Merbok
- Foto : MediaUMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)

