HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM & SWASTA
Semua penjawat awam & swasta yang sedang menjalankan tugasan rasmi dan dibayar gaji atas kerja itu, TIDAK BOLEH lagi untuk mereka mengambil apa-apa HADIAH, DERMA, SEDEQAH oleh pelanggan atau orang ramai yang DISEBABKAN jawatan yang dipegangnya. Hatta sekiranya pemberi menyatakan dia Ikhlas, ia tetap masih lagi HARAM hukumnya di dalam Islam, berdalil antaranya:-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ
" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (atau ghalul = pengkhianatan & curi) " (Hadith Riwayat Abu Daud, no 2943, ِAl-Zahabi : Isnad SOleh, Abu Daud : Soleh; Albani : Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس في بيتِ أبيه وأمِّه حتى تأتيَه هديتُه،
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )
Beringatlah semua penjawat dan pemegang kuasa bagi menguruskan urusan awam, sebarang hadiah yang diterima adalah DOSA dan TIADA BERKAT pada harta tersebut. Jika dimakan, hilanglah BERKAT, hampirlah kepada asbab ke Neraka.
No comments:
Post a Comment