Anak aku digigit oleh seorang murid GILA BABI ,aku buat repot polis.
Namun guru dan polis tidak mengambil SEBARANG TINDAKAN.
Manakala ibu kepada murid GILA BABI membuat repot polis palsu kononnya aku menampar anaknya .
Aku diheret ke Mahkamah .
Duit habis ribuan ringgit bertemu peguam,pegawai Kementerian,malah aku masuk hospital akibat STRESS .
YB Datok Ahmad Maslan menasihati aku agar MENARIK REPOT POLIS .Berdamai demi masa depan anak-anak .
Aku berfikir dan berfikir....
Akhirnya aku buat keputusan menarik repot polis setelah pegawai pejabat daerah Tampin berjanji membuat kenduri besar-besaran untuk membersihkan nama aku .Tapi dia MUNGKIR .MUNAFIK .
Hari terakhir di Mahkamah ,Hakim memutuskan
"DIBEBASKAN TETAPI TIDAK DILEPASKAN "
Aku dah kena main dengan guru,pegawai Kementerian ,pegawai pejabat Pelajaran .
Nama aku belum bersih.
Aku LUPAKAN.Malas aku nak fikir .
Aku yakin AKHIRAT masih ada.Biar aku kalah di dunia ....
Aku solat tahajjud,hajat dan berdoa agar kesemua mereka dihumbankan ke NERAKA JAHANNAM .
2015.....
Aku menulis surat kepada GURU BESAR
SAAT BIN SULAIMAN SKPB 0012
21 Mei
2015
Guru Besar
GURU
BIADAB
Saya seperti nama
dan beralamat di atas menghantar surat rasmi untuk penelitian Tuan.
2. Anak saya NUR
AS SYAHIRAH,TAHUN 1 BIJAK tidak hadir ke sekolah pada 18 Mei 2015 kerana
demam.Saya membawanya ke Klinik Dr Zin .
3. Pada 19 Mei 2015
,anak saya ke sekolah dan membawa hadiah
bernilai RM5 yang dibalut kemas dan memberi guru kelas sebagai menghargai guru
,namun guru tersebut MENOLAKNYA.Guru tersebut berkata “Hari guru dah habis…ni
bukan hari guru”.Ini perbuatan BIADAB .Adakah jika anak saya adalah anak
Tuan,guru tersebut melakukan perkara sama ?
4. Anak saya yang
sedih pulang ke rumah kerna sikap guru tersebut menolak pemberian seorang anak
murid yang IKHLAS .Saya memujuknya agar jangan bersedih kerana cuti sekolah
nanti saya mahu membawanya berjalan-jalan.Saya menyuruhnya membaca buku kerana
esok ada ujian lagi.
5. Saya tidak
berpuashati dengan sikap guru tersebut dan telah menghantar aduan kepada
pejabat KEMENTERIAN PENDIDIKAN .Surat ini telah dihantar salinan kepada peguam dan
saya telah serahkan RM20,000 kepada peguam untuk buat keputusan sama ada
mahu menyaman guru tersebut atau tidak.Biarlah peguam dengan kerjanya,saya
tidak mahu masuk campur.Jika peguam datang ke sekolah,sila berikan kerja sama.
6. Anak saya adalah
WARGANEGARA MALAYSIA,dilahirkan di Hospital Sungai Buloh,bukan Hospital
Monggolia.
7. Saya juga mahu Tuan
menguruskan perpindahan persekolahan kedua-dua anak saya iaitu NUR AS SAFA BTE
SAAT dan NUR AS SYAHIRAH BTE SAAT secepat mungkin selepas peperiksaan berakhir
Jumaat ini ( 22 Mei 2015 ) .Saya tidak
mahu anak-anak bertemu lagi guru yang BIADAB dan tidak mempunyai etika sebagai
seorang guru.Cukuplah setakat ini sahaja anak saya bersekolah di sini .Banyak
lagi sekolah dalam negara ini yang memiliki guru yang lebih cemerlang .Hari
Isnin depan ,anak saya akan mendapat sekolah baru,kawan baru dan guru baru.Cukuplah
setakat ini sahaja saya melihat anak-anak dilayan sebagai kelas ketiga .Tahun
lepas sahaja anak saya Nur As Safa ditendang oleh seorang murid lelaki hingga
terjatuh dan berdarah kakinya dan sakit
selama seminggu namun murid lelaki tersebut TIDAK DIBUANG SEKOLAH.Itulah
layanan sekolah ini .
8. Saya pernah bersekolah sejak Tabika,sekolah
rendah,sekolah menengah,Universiti namun saya tidak pernah melupakan guru yang
mendidik saya.Setiap kali Aidilfitri saya menziarahi mereka.Saya hargai guru
dan didik anak-anak sayangkan guru namun ada segelintir guru melayan anak saya
kelas ketiga .Saya pernah menyumbang buku kepada perpustakaan sekolah bernilai
RM500 dan memberi pakaian kepada anak-anak yatim dan miskin di sekolah ini
namun sekolah ini TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH.Saya juga pernah memberikan
ceramah motivasi kepada murid Tahun 6 dan tidak mengambil bayaran sesen pun
sedangkan sekolah lain bayaran adalah RM1000.Saya tidak ambil bayaran kerana
hargai sekolah ini .
9. Hayati kata-kata
ini “Seorang doktor yang tersalah memberi rawatan hanya MEMBUNUH seorang
pesakit namun seorang guru yang tersalah memberi didikan akan memusnahkan
sebuah generasi”.
10. Kerjaya guru adalah AMANAH,tunaikan amanah
sebaiknya. Saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada Tuan kerana melayan
kedua-dua anak saya dengan baik.Anak-anak saya sentiasa memberitahu saya bahawa
Guru Besar sekolah ini baik dan penyayang.Saya didik anak saya menulis diari
dan mencatat nama Tuan seorang guru yang
BAIK DAN PENYAYANG.Saya selalu memberitahu mereka agar menziarahi guru-guru
wlupun tidak bersekolah lagi .Jangan sesekali lupakan guru.
Sekian
Terima kasih
Yang MARAH ,
………………………………………………..
22 MEI 2015
BUKU-BUKU DIPULANGKAN KEPADA SEKOLAH ....
Selepas ini apa yang berlaku ?
Tunggu dan lihat .........................
SAAT BIN SULAIMAN
AYAH YANG MISKIN DAN MISKIN ....
No comments:
Post a Comment