Mencari kepimpinan
terbaik .
Dengan nama ALLAH Yang Amat Pemurah
lagi Maha Pengasih
Hari ini sabtu
,11April 2015 atau bulan Islam 21
Jamadil Akhir 1436 Hijrah .Setelah JamadilAkhir,kita akan bertemu
Rejab,selepasnya Syaaban,maka lahirlah
Ramadhan.Ramadhan adalah bulan Maghfirah dan rahmah.Semoga kita dipanjangkan
usia agar menemui Ramadhanal-Mubarak.Aku bukan seperti penulis kangkung
dalam blog seperti mykmu.net yang menggunakan nama palsu dan sembunyi tangan
lontar batu.Jika BERANI dan ada TELOR,sila letak nama sebenar ,bukan letak nama
kangkung untuk mengkritik dan menghina Dr M ,seorang negarawan yang amat
berjasa memajukan Malaysia .BACUL adalah sifat MUNAFIK.
Aku
dilahirkan ketika Tun Hussien Onn
sebagai PM ,namun aku tidak kenal beliau melainkan apa yang dibaca dalam buku,akhbar,majalah dan
sebagainya.
Aku hanya mengenali PM bernama Mahathir ,ketika itu
menjawat PM ketika aku darjah 1,belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin
,Masjid Tanah Melaka .Aku lebih
mengenali Dr M kerana sentiasa melihat gambar beliau di sekolah,pejabat kerajaan,TV,akhbar,majalah,buku dan
sebagainya.22 tahun beliau bergelar PM ,aku
lebih kenal beliau berbanding PM sebelumya atau selepasnya.
Sejak aku
sekolah rendah ,aku suka membaca buku
sejarah.Setelah berada di sekolah
menengah,Universiti hinggalah ke hari ini,buku genre sejarah adalah buku
paling banyak aku baca.Lahirnya internet
amat memudahkan,Klik sahaja Confucious ,semua
maklumat berada di depan mata.Aku tidak perlu bermalam bersama Presiden
Obama untuk mengetahui beliau suka makan
apa waktu malam.itulah canggihnya internet.
Munculnya
internet,menyebabkan aku malas ke perpustakaan.Internet mengandungi jutaan buku
-buku dalam pelbagai bahasa
dunia.Membaca di rumah ,berbaring
dengan berkain pelikat dan
mengunyah makanan ringan lebih menyeronokkan berbanding duduk di atas kerusi di perpustakaan.Penghawa
dingin yang mencucuk badan menyebabkan
bertambah lemau badan aku jika berada di perpustakaan.
Ribuan buku sejarah aku baca dalam bahasa Melayu,Inggeris
dan Arab.Membaca buku sejarah memberi
banyak info dan maklumat berguna mengenai dunia ini ,sejak lahirnya muka bumi hinggalah ke hari kiamat.Buku
sejarah amat penting kerna ia mengajar
kita mengenai tamadun manusia .Sejarah juga menceritakan tokoh dunia .
Aku suka Dr
M,apabila beliau berucap,sejarah tidak pernah dilupakan.Setiap ucapan
beliau akan diselitkan sejarah Khalifah
Islam,sejarah para Nabi,hatta sejarah
Firaun,Andalus dan semua tokoh dunia disebut hinggalah ke zaman Greek
atau Rom.
Dr M antara pemidato terbaik dunia yang aku suka dengar
walaupun negara melahirkan ribuan
pemimpin dan politikus.Setiap kali Dr M berucap sejak aku kanak-kanak
,aku suka mendengarnya.Aku pernah cuba
mahu mendengar Imam Hadhari berucap ketika muncul di TV ,aku tukar siaran setelah beberapa
minit .Setelah Dr M bersara sebagai PM,aku merindui ucapan Dr M ketika
Persidangan UMNO .Ucapan beliau sesi
pergulungan berjam-jam amat menarik perhatian.Beliau berucap
mengandungi nasihat,kritikan,pujian,sejarah,sindiran
dan pelbagai lagi ayat menarik.
Sebagaimana Allahyarham P Ramlee,seorang insan seni
berbakat dalam pelbagai bidang,begitulah
Dr M.P Ramlee boleh menyanyi,berlakon,menulis lirik,mencipta lagu dan apa sahaja.Dr M
,seorang lulusan perubatan mampu
menguasai ekonomi ,sastera,budaya,sejarah,politik,sosial,malah agama
dan pelbagai bidang.
Aku
bertanya beliau di Yayasan
Al-Bukhary,bagaimana beliau mampu menguasai pelbagai bidang sedangkan beliau hanyalah lulusan perubatan ?
Beliau menjawab
“ianya keperluan.ketika saya menjadi PM
saya perlu menguasai pelbagai perkara kerana
tugas seorang PM memerlukan seseorang menguasai banyak perkara dan
bidang”.
Aku bercita-cita
bertemu Dr M ,one by one dalam bilik ketika beliau menjadi PM ,namun tidak mendapat peluang.Setelah beliau bersara
,barulah mendapat peluang .Aku memahami
kesibukan beliau ketika menjadi PM.
Ketika tahun 1984,ibu bapa aku mengerjakan fardhu haji dan
itulah kali pertama aku menjejaki airport Subang dan amat teruja melihat kapal terbang naik dan turun .Aku
berharap dapat menaiki kapal terbang
suatu hari nanti dan pada 1992 barulah aku mendapat peluang menaiki kapal terbang dari air port Subang hingga
keJeddah,Arab Saudi.Kali pertama menaiki kapal terbang ,telinga aku amat sakit hingga aku trauma menaiki pesawat .Namun aku terpaksa
juga menaikinya!Takkan aku nak menaiki
kapal laut pula yang memakan masa 2 minggu untuk pulang ke tanah air ?
Aku sering
hadir program bersama Dr M ketika beliau
menjadi PM hinggalah selepas beliau
bersara.Aku melihat cara beliau berucap,cara makan,cara bersalam,pakaian
hatta ke cermin mata yang dipakai aku
teliti .
Aku amat
kagum dengan manusia bernama
Mahathir,seorang manusia yang nampak biasa ,hakikatnya luar biasa.Aku masih ingat kawan aku bergurau
“Dr M ,manusia bijak ,jika beliau
meninggal dunia,aku takut ada orang curi otaknya buat kajian”.
Aku rajin menelaah pelbagai buku sejarah para
Nabi,sejarah Khalifah islam hinggalah
sejarah pelbagai zaman dan tamadun.Dunia melahirkan banyak pemimpin
bijak dan aku sentiasa meneliti dasar
yang mereka jalankan.Abraham Lincoln contohnya ,seorang anak petani miskin
,berjalan kaki berbatu -batu hanya untuk
membaca di rumah kawannya di mana ibu bapa
beliau miskin dan tidak mampu membelikan bahan bacaan.Abraham Lincoln
kalah banyak kali merebut jawatan
Presiden namun beliau tidak pernah putus asa dan teruskan dalam bidang politik.Apabila Lincoln
berjaya menjadi Presiden ,beliau
menjalankan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat ,namun
akhirnya mati dibunuh melalui perancangan
jahat Yahudi .
Begitulah Dr M
.Beliau juga mengalami kesukaran dan
kepahitan dalam kehidupan.Berkaki ayam ke sekolah dan hidup zaman penjajahan British dan
Jepun.Beliau tahu dan alami sendiri
kesengsaraan .Beliau melihat sendiri bangsanya dihina dan dipijak
penjajah.Beliau membesar dalam kepayahan dan pelbagai ujian .
Namun Dr M seorang manusia CEKAL dan TABAH.Beliau ambil
jurusan perubatan di mana bangsa Melayu
masih kolot zaman itu dan hanya mempercayai bomoh dan dukun.Hatta sakit perut akibat salah makan pun bertemu bomoh .
Bangsa
Melayu bukanlah BODOH ,namun akibat
penjajahan sejak zaman Portugis menawan Melaka,Melayu dibodohkan penjajah.Penjajah menanam
kebodohan dalam jiwa Melayu sejak ratusan
tahun dan hanya tahu bertani dan bercucuk tanam.Melayu tidak pernah
bergelar doktor atau pakar .
Dr M mahu mengubah mentaliti Melayu .Beliau mengambil
jurusan perubatan di mana pelajar Melayu
berasa ia kursus yang amat sukar dan Dr M buktikan MELAYU BOLEH.Apabila tamat pengajian,beliau bekerja sebagai doktor
di hospital kerajaan.Kecewa dengan sikap
Pengarah Hospital berbangsa Inggeris yang menolak permohonan Dr M untuk menyambung pengajian hingga menjadi
doktor pakar ,Dr M meletakkan jawatan
dan membuka klinik sendiri bernama MAHA KLINIK.
Apabila
membaca kisah para sahabat Nabi SAW yang
menjadi Khalifah ,amat jauh bezanya dengan segelintir pemimpin UMNO.Khalifah yang menguasai ribuan
batu negara dan tamadun ,namun hidup
bersederhana dan tidak memikirkan
kemewahan.Hatta gaji Khalifah Omar Abdul Aziz rahimahullah lebih rendah berbanding pegawai kerajaan
sendiri.
Seorang
pemimpin UMNO dikhabarkan memakai
jam tangan berharga puluhan ribu ketika menjawat Menteri
besar.Seorang menteri Besar lain pula
membina rumah bernilai RM14 juta sedangkan masih ada rakyat tinggal di
istana bergelar pondok kayu beratapkan
zink.
Walaupun Dr M menjadi PM selama 22 tahun,rumah rasmi beliau
harganya kurang RM2 juta ,namun ada PM
rumahnya RM17 juta walaupun menjadi PM selama 6 tahun sahaja.Logiknya
rumah Dr M bernilai RM2 juta kerana
beliau jadi PM selama 22 tahun,bukan 2 tahun.
Dr M
bukanlah lulusan ijazah dari Universiti
al-Azhar atau Pusat Pengajian Islam namun sikap
dan peribadi beliau banyak mengikuti ajaran Quran dan hadis.Malangnya banyak politikus dan pegawai kerajaan yang
hanya berbangga ada kelulusan
syariah,dakwah dari pusat pengajian terkemuka dunia namun sikap
dan peribadi mereka amat
memalukan dan menjengkelkan.Hatta ketika
upcara tilawah Quran pun boleh tidur dan disaksikan
berbilion manusia dalam TV dan
internet.Lihat sahaja pemimpin parti
politik PAS yang mengkafirkan orang lain,menuduh pemimpin lain tidak Islamik dan sebagainya.Hatta solat ahli
UMNO pun dikata TIDAK SAH dan hanya
parti mereka sahaja mendapat Syurga.Mereka berjubah dan berserban
agarmenunjukkan mereka adalah manusia terbaik dan mengamalkan Islam sebenar.
Islam itu
bukan sekadar BERPAKAIAN.Ketua
Munafik bernama ABDULLAH BIN UBAI ,seorang manusia yang solat
di belakang Nabi SAW ,malah turut serta
dalam perang adalah manusia yang berpura-pura melalui pakaian .Hanya berbekalkan jubah dan serban ,kononnya lebih
Islamik namun Allah SWT Maha Mengetahui
dan mendedahkan kejahatan Abdullah dan kawan-kawannya.Walaupun Abdullah jahat dan penyebar fitnah ,Nabi SAW
melarang para sahabat membunuhnya kerna
tidak mahu Islam itu mendapat nama buruk.Orang akan menyangka Islam itu jahat
pabila membunuh sesama Islam .
Dr M
gemar menunjukkan KEPERIBADIAN MULIA untuk mengajar rakyatnya.Ketika beliau
menjadi PM,beliau suka membaca dan
menulis dan berharap rakyat sedemikian pula.Namun pegawai kerajaan sendiri amat malas membaca
hatta pustakawan sekalipun.Walaupun Dr M
pulang dari luar negara terus ke pejabat
untuk membuktikan beliau seorang manusia yang amat tekun bekerja ,namun amat sedikit
pegawai kerajaan mencontohinya
.Kebanyakan pegawai kerajaan hanya tahu
meminta dinaikkan gaji dan elaun
sedangkan produktiviti tidak setimpal dengan gaji.
Dr M mahu
menjadi ROLE-MODEL dan berharap rakyat mencontohi beliau.Jika beliau
kurang makan supaya kurang
penyakit,begitulah rakyat.Jika Dr M tidak suka
rasuah,begitulah rakyat.22 tahun Dr M bergelar PM,beliau tunjukkan
pelbagai contoh positif agar rakyat
mencontohinya.Namun amat sedikit rakyat mencontohi beliau,hatta ahli UMNO sekalipun.
Aku sering membaca akhbar dan menonton TV untukmelihat pemimpin UMNO yang mencontohi Dr
M .Setakat ini aku lihat mantan KM
Melaka ,Tan Sri Ali Rustam mencontohi Dr M .Beliau rajin membaca dan
kuat bekerja.Ketika menjadi KM pada
tahun 1999,beliau berusaha memajukan Melaka,sebuah negeri kecil yang tidak
banyak sumber seperti balak atau minyak.Walaupun kurang sumber ,namun Melaka mampu menjadi
negeri maju pada tahun 2010 .
WAWASAN 2020 diilhamkan agar rakyat berusaha mengejar
kemajuan.Jika rakyat dan pegawai
kerajaan berusaha keras dan tekun bekerja seperti Dr M ,WAWASAN 2020
akan menjadi kenyataan pada tahun 2010
LAGI .Ia akan tercapai lebih awal jika semua
rakyat bekerja kuat .
Namun
persaraan Dr M pada tahun 2003 telah
membantutkan WAWASAN 2020.Imam Hadhari yang nampak bersih telah membatalkan banyak projek yang
terbukti memberi manfaat kepada negara
seperti JAMBATAN BENGKOK,JALAN KERETAPI BERKEMBAR dan
sebagainya.Pembatalan pelbagai projek
dan menutup kementerian yang cemerlang menunjukkan Imam Hadharisebenarnya mahu
menjahanamkan negara Malaysia .Imam hadhari hanya tahu ke sana sini dalam dan luar negara namun sepanjang
enam tahun bergelar PM,tiada apa yang
dapat dibanggakan melainkan mengubahsuai Seri Perdana puluhan juta ringgit
sedangkan ia sudah cukup sempurna
sebagai kediaman rasmi PM.
Rakyat hidup dalam kesusahan dan penderitaan
setelah Dr M bersara.Apabila negara mendapat
PM baru bernama YAB Datok Seri Mohd NajibTun Abdul Razak,rakyat mengharapkan
keajaiban.Seorang PM yang suka membaca,anak
tokoh PM berjiwa rakyat,Tun Razak.
Namun
hujan diharapkan ketika panas
mencanak,tsunami melanda.Seorang PM yang diamanahkan memacu negara agar bertambah maju dan kaya
tidak seperti diharapkan.Slogan 1Malaysia
diperkenalkan dan ia tidak memberi erti.BR1M disuapkan ke mulut rakyat
untuk meraih kemenangan pilihan raya .
MH370
ghaib entah ke mana sedangkan ia sebesar
80 kaki.Sebuah lagi pesawat ditembak di
Ukraine.Banjir besar hingga Kelantan ditenggelami 90 peratus
tanahnya,begitujuga negeri-negeri lain ditimpa banjir luar biasa.Ringgit
semakin menjunam dan ekonomi semakin
teruk.1 April,bermula rakyat diGSTkan hatta orang papa kedana pun terpaksa membayar tambahan 60 sen untuk
membeli top up.Pelbagai dasar pelik dan
menyusahkan rakyat semakin menjadi-jadi,ditambah pelbagai skandal dan isu hingga didedahkan akhbar dan
majalah antarabangsa.Paling menyedihkan
HUTANG NEGARA yang dahulunya hanya 188 BILION
ketika negara diketuai Dr M ,kini mencecah 700 BILION .
Negara
memerlukan PEMIMPIN TERBAIK untuk memacu
kemajuan ekonomi,bukan pegawai kerajaan
melesapkan wang negara sewenangnya hatta skru berharga 10 sen pun
dituntut RM5.BERBILION wang negara ghaib tanpa ada tindakan pemimpin
negara.Jabatan Audit seakan sebuah pak
lawak bercerita kisah lawak setiap tahun tanpa henti namun tiada tindakan.Begitulah kisahnya seakan
mangsa mercun muncul setiap tahun pada
Ramadhan dan Syawal saban tahun.
Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan sumber
alam dan boleh bergelar negara maju jika
PEMIMPIN yang diamanahkan menjadi pemimpin ,melaksanakan amanah
sebaiknya,bukan sibuk memberi wang
kepada isteri membeli belah sana sini.
Ketika ini
zaman INTERNET ,di mana segala maklumat
amat mudah diperolehi dengan sekali
klik.Pemimpin perlu sedar bahawa rakyat kini bukan sebodoh ketika
zaman penjajahan British dan
Jepun.Rakyat kini berpendidikan tinggi ,malah ada rakyat yang hanya menjual petai di kaki lima lebih
bijak ekonomi berbanding menteri
kewangan .
Dr M telah meletakkan ASAS KUKUH .Putra Jaya telah
terbina,KLIA telah berjalan lancar .Proton,sebuah syarikat gergasi automotif pun telah tersedia
fasiliti.Sepatutnya PM hari ini berasa
lebih mudah untuk memajukan negara,bukan lebih sukar.Lihatlah ketika Dr M
menjadi PM pada tahun 1981,Malaysia hanyalah sebuah negara pertanian yang miskin ,malah tidak dikenali dunia.Ada yang
beranggapan Malaysia berjiran dengan
Malawi atau berada di Antartika.
Rakyat mengundi BN selama ini kerana mereka lihat
kepimpinan Dr M ,hatta penyokong PAKATAN
JAMBAN memuji ketokohan Dr M sebagai PM.Hari ini ,ahli UMNO sendiri pun membenci kepimpinan negara yang hanya retorik
bercakap berapi-api ,hakikatnya
SAMPAH.Jangkaan Dr M bahawa BN akan kalah PRU14 perlu dimuhasabah oleh
pemimpin hari ini.Obor negara maju
WAWASAN 2020 mungkin akan dibakar oleh MAT SABU jika pemimpin hari ini masih syok sendiri dan
memperlekehkan Dr M .
Dr M telah membina sebuah negara bernama
Malaysia,memberi kesenangan kepada
rakyat,terkenal pelusuk dunia,puluhan juta pelancong datang dan pergi
dan pelbagai aplikasi dan kemajuan,namun
pemimpin selepasnya telah MENGHANCURKAN .
Mereka suka memberi kenyataan kangkung “Jika tak suka
Malaysia,sila pindah Monggolia’ , “Harga
gula naik sebab ramai kena kencing manis” dan pelbagai ayat kangkung
yang jelas menghina rakyat dan
memperlekehkan pengundi yang memberi mereka kuasa.
Aku akan teguh
menyokong Dr M selagi hayat dikandung
badan…..TERIMA KASIH DR M kerna mendidikku sayangkan ILMU dan mencintai sejarah…
TERIMA KASIH MEMBACA
Saat Sulaiman
www.saatsulaiman.com
No comments:
Post a Comment