Friday, February 6, 2015

PIDATO TERBAIK

Dr M diiktiraf antara pemimpin yang mempunyai PIDATO TERBAIK .Setiap kali Persidangan PBB ,semua mata pemimpin dunia dan wartawan tertumpu kepada beliau pabila memberikan ucapan .Wartawan asing tidak pernah menafikan bahawa Dr M mempunyai pidato terbaik bahkan menusuk dalam kalbu pendengar.

Suara beliau dikagumi dalam dan luar negara .Pendengar tidak pernah mengeluh JEMU atau BOSAN .

Berbilion manusia pelusuk dunia sering menghayati kata-kata beliau yang keluar di TV .

Pertama beliau berpidato dengan nada yang sederhana,intonasi menarik dan tidak menjerit-jerit .

Kedua pidato beliau kebanyakan ditulis sendiri dan dihadam sebaiknya .

Ketiga Dr M sentiasa memberikan FAKTA dan RELEVAN dalam ucapannya .

Keempat beliau menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami,bukan berbunga-bunga atau berbelit-belit.

Kelima Dr M sentiasa membuat kajian sebelum memberikan ucapan .Hasil menelaah buku,majalah,akhbar dan sebagainya ,pidato yang diberikan adalah terbaik.

Keenam Dr M mempelajari cara pidato pemimpin lain seperti Sukarno dan Sulaiman Palestin .

Ketujuh Dr M mempunyai ingatan dan memori yang kuat di mana beliau boleh memberikan ucapan 3 jam non-stop tanpa menggunakan teks .

Kelapan Dr M sentiasa meneliti ucapan-ucapan pemimpin dunia lain dan menulis nota untuk mencari jawapan -jawapan terhadap ucapan tersebut.

Kesembilan ucapan Dr M tidak tersekat-sekat ( akibat kaget,runsing,muflis idea dll ) kerna beliau sentiasa bersedia fizikal dan mental .

Kesepuluh bakat pidato yang dimiliki Dr M adalah anugerah ALLAH SWT di mana untuk membuktikan bahawa pemimpin Islam serba boleh dalam apa jua lapangan dan bidang .

Sejak kanak-kanak lagi aku kagum dan terpegun bila Dr M terpacul di kaca TV wlupun rumah aku hanya mempunyai TV kecil hitam putih .

Benarlah kata seorang hukama' "Pada akhir zaman akan muncul pemimpin hebat .Wlupun perwatakannya sederhana namun kata-katanya adalah MUTIARA "

No comments:

Post a Comment