Sunday, December 21, 2014

Surat kepada RTM

                                               SAAT  SULAIMAN
                                           www.saatsulaiman.com
                                                                                                                               Bil : RTM002



YBhg. Dato' Haji Abu Bakar Ab. Rahim                                              22 Disember 2014
Ketua Pengarah Penyiaran
Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614, Kuala Lumpur
03-22887303



                                        PERMOHONAN          

Yang amat berhormat Datok ,

       
          Saya seperti nama dan beralamat laman  sesawang  di atas ingin  memohon pelbagai maklumat penting iaitu video berkaitan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

 2.     Buat pengetahuan Datok,saya sedang mencari bahan berkaitan Dr Mahathir untuk penulisan beberapa buah buku mengenai beliau.

 Antaranya :

1. Jasa- jasa Dr M kepada negara
2. Mutiara kata Dr M
3. Kemajuan dan Pemodenan Malaysia di bawah kepimpinan Dr M
4. Nasihat Dr M agar Melayu berubah
5. Kritikan Dr M terhadap pemimpin Islam
6. Islamisasi Malaysia yang dicetuskan Dr M
7. Nasihat Dr M kepada Usahawan Melayu
8. Suara Dr M kepada dunia
9. Kritikan Dr M terhadap UMNO
10. Dr M pencetus Islamisasi Malaysia
11.Kisah-kisah benar Dr M

3.    Setakat ini sebuah buku telah siap dan telah diterbitkan iaitu PERIBADI DR M.Ia telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Datok Ahmad Maslan pada 20 Disember 2013.

4.    Saya memerlukan video ucapan dan berita YABhg Tun Dr Mahathir sejak tahun 70an hinggalah beliau bersara sebagai PM pada tahun 2003 sama ada dalam negara dan luar negara.

5.     Ketika bercakap dengan seorang pegawai RTM melalui telefon,beliau mengatakan saya perlu membayar RM80 bagi video berdurasi 1 minit.HAKIKATNYA saya tidak mampu membayar jumlah yang banyak di mana video yang saya perlukan mungkin mencecah 10 ribu jam.

6.     Saya berharap Datok dapat meneliti perkara ini dan mempunyai perasaan SIMPATI kepada penulis miskin seperti saya.Maklumat dan bahan yang saya perlukan ada dengan RTM dan saya tidak mampu untuk membayarnya.Sebagai penulis miskin tidak sekaya J.K Rowling (kekayaan USD1bilion dolar : Sunday Times UK Rich) ,saya berharap Datok memberikan peluang kepada saya untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut PERCUMA.

7.     Ketika mewawancara Dr Mahathir di YAYASAN AL-BUKHARY ,beliau memberitahu saya antara tokoh UMNO yang beliau kagumi dalam kepetahan berpidato adalah Sulaiman Palestin ,namun saya tidak bertemu video ucapan beliau dalam Youtube atau internet.Sekiranya pihak RTM mempunyai koleksi ucapan Sulaiman Palestin,saya ingin menontonnya.

8.     Saya amat mengkagumi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad .Beliau adalah pemimpin Melayu dan Islam yang banyak berjasa kepada negara dan dunia Islam.Sebagai tanda penghargaan kepada  beliau,saya mahu menulis banyak buku berkaitan beliau.

9.     Surat jawapan sama permohonan saya perlu diemelkan kepada bukusaat@gmail.com .     Saya berharap Datok membalas surat ini selambatnya dalam masa 7  hari bekerja.Di sini saya lampirkan Ebook PERIBADI DR M sebagai rujukan Datok.


Kerja  sama Datok  amat dihargai.

Sekian,terima kasih.


Yang benar,





....................................

Saat bin Sulaiman





             -surat ini memerlukan tanda tangan kerna dihantar melalui emel -

No comments:

Post a Comment