Monday, July 28, 2014

MH17: Tidak perlu tuding jari, serah kepada siasatan - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap tidak ada mana-mana pihak yang menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.


Beliau berkata siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.


"Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna pristiwa malang ini untuk tujuan politik," katanya.


Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.

"Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan", katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemimpin puak pemisah pro-Rusia Alexander Borodai dalam menangani tragedi MH17.

Katanya, usaha Najib itu menunjukkan Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun. - BERNAMA

Sikap dunia Arab menyedihkan - Dr. M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sedih dengan sikap negara-negara Islam khusus nya di dunia Arab yang seakan tidak mempedulikan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.
Beliau yang dikenali cukup lantang dalam menghentam Israel dan dunia Barat berhubung keganasan itu berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan konsep persaudaraan yang ditekankan di dalam Islam.
"Itulah masalahnya apabila masing-masing mengaku 'kuat' mengamalkan ajaran Islam tetapi sibuk berkelahi sesama sendiri sehingga menguntungkan musuh Islam.
"Saya tidak mahu cakap banyak pasal negara lain tetapi sepatutnya sebagai orang Islam, kita saling tolong menolong dan bukannya bergaduh sampai sanggup tahan bekalan ubat dan makanan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberi ta ketika melawat ke Pekan Rabu, di sini hari ini.
Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan enggan masuk campur, manakala Mesir pula tidak sekadar menyekat bantuan kemanusiaan, malah bertindak menutup sempadannya dengan Palestin dan terowong yang sering digunakan untuk membawa masuk bahan makanan ke Gaza.
Berhubung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang sehingga kini masih belum 'membuka mulut' mengenai kekejaman Israel itu, Dr. Mahathir secara sinis menyatakan pertubuhan itu sebenarnya langsung tidak boleh berbuat apa-apa.
"OIC? Oh, I see... Dia cuma nampak sajalah tapi tak boleh buat apa. Mereka tidak pernah bersetuju antara satu sama lain.
"Tapi nak buat macam mana. Di negara kita pun umat Islam cukup payah nak bersatu. Nak kata pada orang lain macam mana?" katanya sinis.

UTUSAN 




DR. Mahathir Mohamad tertarik melihat produk dodol berperisa durian semasa melawat salah sebuah kedai di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Monday, July 21, 2014

Kisah di Stesyen PETRONAS


Hari ini 21 Julai 2014...aku singgah di stesyen Petronas untuk meminumkan keretaku...setelah membayar RM40,aku memetik pam  ..

Ajaibnya ia terus menerus mengalirkan petrol melebihi RM40 dan aku biarkan sehingga penuh.Apa yang berlaku?

Selepas penuh dan mulut pam masih di tangki ,aku ke kaunter pembayaran dan bertanya cashier Petronas "Adakah hari ini Petronas memberikan hadiah petrol percuma?Saya membayar RM40 namun petrol terus mengalir hingga penuh tangki kereta saya.."

Kerani tersebut menjawab "Tidak.....".

Dia memeriksa di papan komputer dan melihat jumlahnya.

Aku membayar bakinya dan berkata "Saya tidak mahu mengambil hak orang ...saya bayar bakinya"

Setelah membayar bakinya kerna petrol mengalir melebihi RM40  ,kerani Petronas mengucapkan terima kasih.

Sambil bergurau aku berceloteh "Tiada hadiahkah?bukan senang menemui manusia jujur seperti saya!"

kerani tersebut hanya tersenyum dan aku pun berlalu pergi meletakkan pam di tempatnya .Alangkah bagus jika dihadiahkan sekaki payung!hehehe..........

Sejak tahun 90an hingga kini ,aku sering meminumkan keretaku petrol di stesyen Petronas sebagai menghargai PETRONAS.Petronas adalah sebuah syarikat yang diusahakan anak Melayu dan atas kebijaksanaan pemimpin Melayu,Petronas lahir sedangkan ketika merdeka,negara kita  hanya sebuah negara yang miskin dan papa kedana lantaran penjajahan selama hampir 500 tahun.

Petronas adalah stesyen yang aku selalu singgah kerna mempunyai kemudahan bilik air yang bersih,kemudahan surau di mana ribuan stesyen seluruh negara aku singgah jika ke mana-mana.

Sejak aku mendapatkan khidmat stesyen minyak Petronas,aku berpuashati dengan layanan kerani dan staff mereka kecuali beberapa kerat pekerja asing seperti Bangladesh yang kurang ajar di R N R dan beberapa lokasi yang pernah aku singgah .

Pernah aku membayar dengan wang syiling dan pekerja Bangla berkata " U tada wang ka bayar duit ni ?"sambil mencebik dia mengira wang syiling .

Aku buat bodoh dan berlalu pergi.

Aku pernah membayar duit syiling di stesyen Petronas MITC Melaka dan kerani wanita  Melayu tersenyum dan mengira setiap syiling .Tidak mengeluh atau mencebik sebagaimana pekerja asing Bangladesh yang kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.Petronas wajar mendisiplinkan pekerja asing yang kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.

Aku ingin mengucapkan kepada semua staff Petronas JUTAAN TERIMA KASIH kerna layanan  baik mereka selama ini.Setiap kali aku menunaikan solat di surau stesyen Petronas,aku mendoakan pemiliknya agar bertambah rezeki.

Aku berharap video kejadian hari ini dapat disiarkan dalam Youtube dan laman web Petronas  supaya dicontohi ramai rakyat Malaysia.Jika kita jujur dalam perjalanan hidup,kita akan berjaya  bukan sahaja di dunia,malah di akhirat.

Aku memahami betapa susahnya pengusaha stesyen minyak Petronas mendapatkan keuntungan.Sebagai usahawan hampir 15 tahun ,aku faham mengenai sen dan ringgit.Dalam apa jua perniagaan,sen dan ringgit adalah amat penting.

Aku sayang PETRONAS....................Aku sayang Dr Mahathir...

Aku berdoa PETRONAS terus maju hingga berakhirnya hayat dunia.....................

Wednesday, July 9, 2014

TRANSFORMASI JOHOR BAHRU

Oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Johor Bahru akan bertukar wajah secara radikal. Pembangunan yang dicadangkan, dengan berpuluh bangunan pencakar langit yang tinggi dan indah, dengan mercu tanda yang berbentuk ‘sky scraper’ tertinggi akan menjadikan Johor Bahru lebih menarik dan mengagumkan dari New York.
2. Tidaklah salah jika JBB (Johor Bahru Baru) ini akan mengheret Malaysia ke era baru. Ia tetap mencerminkan kemodenan dan kemajuan Malaysia. Seperti dengan Kuala Lumpur, Johor Bahru akan sampai Wawasan 2020 lebih awal dari wilayah lain di Malaysia.
3. Walau bagaimanapun soalan yang timbul ialah siapa yang akan tinggal dan bekerja dalam puluhan pencakar langit ini. Dari manakah mereka akan datang. Dari Johor Bahru? Dari Malaysia?
4. Bangunan-bangunan ini bukanlah rumah murah. Tentulah bahan yang diguna ialah daripada marmar dan granit. Lif dan escalator memudahkan pelawat naik-turun. Di tingkat atas yang mungkin 30 atau 40 tingkat tingginya, tentulah disedia flat mewah dengan sewa puluh ribuan ringgit sebulan.
5. Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan Penduduk terdiri dari orang Melayu Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar. Di khuatir bukan.
6. Pada 1819 Singapura dijual kepada British oleh Temenggong dengan harga Dolar Sepanyol 60,000. Terdapat beberapa nelayan yang tinggal di pulau itu, pada ketika itu.
7. Pendatang asing membanjiri Singapura sehingga penduduk asalnya tenggelam dalam bandar besar yang didirikan. Demikianlah besarnya jumlah pendatang asing ini sehingga Singapura menjadi negara asing yang tidak dikembalikan kepada Johor apabila British bebaskan pulau itu daripada penjajahannya.
8. Apakah mungkin bandar indah dan mewah yang sedang didirikan tidak akan jadi satu lagi Singapura. Dalam sistem Malaysia sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan. Dan kita tak pandai tolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang.
9. Kawasan yang akan dibangunkan ini tentu akan menjadi sebahagian dari Malaysia. Ia akan memiliki beberapa kawasan pilihanraya. Kalau pun dicantum dengan kawasan lain majoriti penduduk akan terdiri daripada warga baru ini.
10. Sekarang kita tidak boleh sebut Melayu. Ia rasis. Tak apalah jika tidak ada seorang pun warga keturunan Melayu, asalkan yang akan mengundi dan memilih wakil rakyat terdiri dari warganegara Malaysia.
11. Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat. Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan.
http://chedet.cc/

ISLAMIC STATE


By Dr Mahathir Mohamad

1. What is an Islamic State? I have been accused of being inconsistent on this issue. May I explain.
2. There are many interpretations of what constitutes an Islamic state. There are many states which call themselves Islamic and many which are recognised as Islamic without having “Islamic” before their names. Their Islamic credentials are not always the same. Some actually declare themselves to be secular states but are nevertheless considered Islamic.
3. In the OIC there are more than 50 states but they do not have the same constitution or laws to qualify as Islamic. They may not even have a constitution, written or otherwise.
4. When I claimed that Malaysia is an Islamic country I was comparing it with those Islamic countries whose application of Islamic laws and injunctions appear to be less rigid. But then Islamic laws and injunctions are not as rigid as some Muslims would have us believe. Islam allows for some looseness or differences of interpretation so that Islam can be practiced under different circumstances and in different parts of the world at different periods in history. Some things are however inviolable e.g. the declaration of faith in the one Allah and that Muhammad is His messenger.
5. Most states which claim to be Islamic do not apply hudud laws. They apply the syariah for most things involving family and social affairs and practices. Islam as Ad Deen, as a way of life, prescribes the correct and acceptable ways of conducting personal, family and social life. These syariah laws help keep relations within the Muslim society and between Muslims and non-Muslims largely free of conflicts and misunderstandings. In Islam there is no compulsion. Islam acknowledges the existence of non-believers and specifically enjoin upon us Muslims to accept that we pray (and do things) our own way while non-believers pray and do things their way. The verse (Al Khafirun) conclude by saying, “To them their religion, to us our religion.”
6. Justice is very important in Islam. There are 43 verses which enjoin upon Muslims to “judge with justice”. There is no injunction to do justice only to Muslims and not to the non-Muslims. Certainly there is nothing in the syariah enjoining injustice for Muslims.
7. In multi-religious Malaysia because applying the hudud laws to Muslims and not to non-Muslims would cause injustice to Muslims, in the interest of upholding Islamic justice for all we have not implemented hudud laws. Islam is not so rigid that injustice should be ignored in carrying out what is enjoined by the shariah.
8. Other than this, Islam is the official religion of Malaysia and we do not obstruct Muslims from practising the teachings of Islam. If we do not apply hudud laws it is not because we reject it, but because we are enjoined to uphold justice. To cut off the hands of Muslims for stealing while non-Muslim thieves would only get two months jail cannot be regarded as just. The sentence must be the same for both.
9. If we cut the hands of non-Muslims in order to be just we may bring about chaos and havoc in the country. Allah does not like people who cause chaos and havoc in society.
10. In not applying hudud laws in Malaysia we are truly adhering to the teachings of Islam. Our claim to be an Islamic country is therefore valid.
11. There is no inconsistency in the claim that Malaysia is an Islamic state. It may not say so in the constitution or in its name. But in its beliefs and practices it is Islamic.
12. Malaysia never declared itself to be a secular state in its constitution or anywhere else. That is because we respect all religions and their believers. Secular states ban religions. We saw this in Communist countries before. But today everyone practices religious freedom and this is compatible with Islam.

http://chedet.cc/

AKT HASUTAN

Oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan dan menggantinya dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.
2. Kita sudah pun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.
3. Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.
4. Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.
5. Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada.
6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.
7. Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendiri Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.
8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.
http://chedet.cc/

BERANI MATI

Dr Mahathir Mohamad

1. Orang Melayu sekarang sudah sanggup bunuh diri untuk ke syurga. Bukan sahaja itu, tetapi mereka juga sanggup bunuh orang Islam lain kerana kelainan politik atau ideologi. Kita belum dengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berkenaan dengan perbuatan seperti ini. Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom dibadan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka. Diantara yang terbunuh ialah kanak-kanak, orang tua, wanita dan OKU. Kebanyakkan mereka ini orang perempuan bukan askar dan tidak bersenjata.
2. Saya cuba cari dalam Al Quran arahan supaya orang Islam boleh bunuh diri, boleh bunuh orang Islam lain. Orang yang dibunuh ini tidak menyerang negara kita dan rakyat kita. Kita tidak berada dalam keadaan tidak selamat kerana serangan oleh orang Islam yang tidak sebulu dengan kita.
3. Al Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.
4. Tetapi tidak ada firman Tuhan yang menyuruh kita meningkatkan permusuhan dengan memihak kepada mana-mana pihak.
5. Sesungguhnya Allah s.w.t. berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara.
6. Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa. Jauh sekali dari menjadi syahid dengan membunuh diri untuk membunuh orang Islam lain. Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti merekasebagai pejuang Islam ini.

http://chedet.cc/

DUNIA ISLAM SEKARANG

Dr Mahathir Mohamad

1. Sebuah TV Arab telah bertanya kepada saya apakah pendapat saya berkenaan dengan Arab Spring atau musim bunga negara-negara Arab. Saya tidak hendak komen terhadap masalah negara lain kerana negara sendiri pun banyak masalah. Tetapi kerana ditermuramah TV mereka saya terpaksa jawab.
2. Mereka menjatuhkan Kerajaan kuku besi untuk digantikan dengan demokrasi. Pemimpin-pemimpin mereka berpendapat demokrasi akan selesaikan semua masaalah dan kepincangan negara mereka.
3. Mereka percaya dengan hanya mengadakan pilihanraya maka pemerintah demokrasi akan tertubuh. Dengan harapan itu mereka membentuk parti-parti politik untuk menyertai pemilihan. Kerana ramai yang berminat untuk jadi Presiden maka banyaklah parti yang ditubuh. Masing-masing percaya merekalah yang akan menjadi permerintah.
4. Memang benar biasa terjadi satu daripada parti yang banyak mendapat lebih daripada setengah kerusi yang dipertandingkan dan dapat mendiri kerajaan. Tetapi biasanya apabila terdapat banyak parti, undi terbahagi antara mereka sehingga tidak ada satu pun yang melebihi 50 peratus.
5. Kerajaan minoriti didirikan. Tetapi kerajaan minoriti mudah dijatuhkan dengan undi tidak percaya.
6. Kerana kemungkinan ini parti-parti minoriti terpaksa bergantung sesama mereka untuk mendapatkan majoriti selepas pilihanraya. Tetapi gabungan seperti ini lemah kerana penarikan diri sebuah parti kecil pun boleh menjatuhkan kerajaan.
7. Cara yang terbaik ialah dengan mengadakan hanya dua buah parti. Mana-mana satu daripada mereka tetap mendapat lebih 50 peratus kerusi dan berhak mendirikan kerajaan terutama apabila jumlah kerusi yang dipertandingkan ganjil dan tidak genap.
8. Keputusan yang terbaik ialah apabila menang mendapat kelebihan yang tinggi. Jika kelebihan kerusi parti yang menang sedikit sahaja, kerajaan yang didirikan lemah dan mudah ditumbangkan. Pemerintahan negara tidak dapat dilaksanakan dengan mudah. Demokrasi tidak menjamin lebihan pemenang yang tinggi dan kerajaan yang berwibawa.
9. Di Malaysia kita cantumkan parti-parti ke dalam satu parti campuran. Hanya satu calon sahaja yang diletak bagi tiap kawasan dan ia akan disokong oleh semua parti dalam gabungan. Dengan ini, kemenangan lebih terjamin. Parti-parti lain bertanding dengan meletakkan masing-masing calonnya sendiri. Mereka sebenarnya bukan sahaja bersaing dengan parti campuran tetapi juga sesama mereka. Calon parti yang mendapat sokongan hanya dari partinya sahaja sukar untuk melebihi parti campuran yang mendapat undi dari semua parti anggota. Dengan itu parti campuran mudah mendapat kemenangan besar.
10. Selepas ditubuhkan parti Semangat 46 yang ahlinya terdiri dari bekas ahli UMNO, pemimpin Semangat 46 berjaya menggabungkan parti-parti yang melawan parti campuran, supaya mereka juga menjadi parti campuran dan tidak berlawan sesama mereka. Mereka juga meletak satu calon bagi satu kawasan dan calon ini mendapat sokongan dari semua parti dalam kumpulan mereka. Tindakan mereka secara tidak langsung menghasilkan sistem dua parti di Malaysia. Dengan ini parti campuran yang menang mendapat cukup bilangan untuk mendiri Kerajaan.
11. Di negara Arab, semua pihak bersetuju berdemonstrasi untuk menjatuhkan Kerajaan kuku besi. Tetapi apabila jatuh Kerajaan, perpaduan antara pemberontak tamat dengan ditubuhnya parti-parti untuk bertanding dalam pilihanraya. Kemungkinan mana-mana parti mendapat majorit yang besar tipis.
12. Masalah kedua ialah masing-masing tidak sanggup menerima kekalahan, sedangkan dalam pertandingan tetap akan ada yang kalah. Tak mungkin semua menang. Apabila kalah, tuduhan dibuat bahawa parti yang menang menipu. Dengan itu, demonstrasi diadakan semula untuk menjatuhkan Kerajaan parti yang menang.
13. Demonstrasi besar-besaran dan lain-lain tindakan ganas menghalang pemerintah negara sehingga akhirnya Kerajaan jatuh, dan Kerajaan tentera kembali. Segala pengorbanan dan tidak stabilnya negara dan ekonomi kerana menjatuhkan Kerajaan kuku besi menjadi sia-sia.
14. Kesanggupan menerima kekalahan dalam pilihanraya adalah penting jika demokrasi hendak dijayakan. Inilah yang dilihat di negara maju dan demokratik. Yang kalah terima kekalahan dan terima kedudukan sebagai parti pembangkang. Mereka menunggu pilihanraya yang akan datang untuk bertanding sekali lagi. Mereka mungkin berjaya, mungkin tidak. Tetapi keputusan pilihanraya dihormati.
15. Yang menjadi masalah di negara-negara Arab ialah yang kalah tidak sanggup menerima kekalahan. Mereka tidak sanggup menunggu pilihanraya akan datang. Mereka menuduh pihak yang menang akan menipu lagi jika pilihanraya baru diadakan.
16. Memang ada kemungkinan penipuan berlaku dalam pilihanraya. Untuk mengelak dari ini, pasukan pemerhati dari negara asing yang tidak berkepentingan boleh ditugaskan untuk memerhati proses pilihanraya. Jika pemerhati berpuas hati, keputusan hendaklah diterima oleh semua pihak.
17. Sesungguhnya menjatuhkan Kerajaan pilihanraya rakyat adalah tidak demokratik. Jika negara Arab ingin menjadi demokratik, pilihan rakyat melalui undi mestilah dihormati.
18. Negara-negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin yang berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya demokratik. Selagi mereka tidak sanggup kalah dalam pilihanraya selama itulah demokrasi tidak akan berjaya di negara mereka.
19. Demokrasi bukanlah cara yang mudah untuk diamalkan. Banyak lagi syarat yang perlu dilaksana sebelum demokasi berjaya. Syarat yang terbesar ialah institusi pentadbiran yang ada mestilah terima pemerintahan parti yang menang.
20. Diwaktu pilihanraya anggota pemerintahan bebas untuk mengundi sesiapa sahaja. Tetapi setelah Kerajaan didirikan oleh parti yang menang, anggota pemerintahan hendaklah setia kepada Kerajaan pilihan rakyat.
21. Syarat ini dikenakan juga kepada pasukan polis dan tentera. Sebagai badan professional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat.
22. Perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata kerana apapun akan menjadi negara bukan sahaja tidak demokratik tetapi juga tidak stabil. Pemerintahan ketenteraan tetap akan menjadi pemerintahan kukubesi. Rakyat tetap akan menderita.
23. Dalam dunia Islam sekarang tidak ada negara yang stabil yang diperintah secara demokrasi. Selagi tidak ada kesanggupan menerima kekalahan dalam pilihanraya selama itulah demokrasi tidak akan berjaya dalam dunia Islam.

http://chedet.cc/