Sunday, April 28, 2013

Betulkan Kelantan dahulu sebelum bertapak ke Putrajaya


Tun Dr Mahathir Mohamad mengejek PAS dan calon Putrajaya Datuk Husam Musa malam tadi semasa menyampaikan ucapannya sebagai usaha Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara itu.
Dalam perhimpunan yang digelar ‘Pertahankan Putrajaya’, bekas perdana menteri itu mendakwa, parti Islam yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah gagal mentadbir negeri Kelantan dan tidak seharusnya dipercayai untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya 5 Mei.
“Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, PAS terhadap Putrajaya? ... Cubalah perintah Kelantan elok-elok dulu, baru boleh fikir nak tadbir negara ni,” kata Dr Mahathir kepada ratusan hadirin yang terdiri daripada ahli parti dan jentera di Presint 9 di sini.
Perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia itu disambut sebelum itu dengan sorakan kuat dan lagu “Inilah Barisan Kita”. Bersama-sama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya dilihat memakai baju seragam biru BN.
Dr Mahathir, dengan gaya biasanya malam tadi, menyelitkan unsur-unsur lucu dalam kata-katanya di bandar yang beliau terlibat untuk bangunkan dan berjaya membuat hadirin tertawa sepanjang masa.
Mengulas tentang cabaran Husam untuk berdebat dengannya, Dr Mahathir menyelar ahli politik lebih muda itu yang beliau dakwa lebih banyak membuat bising daripada mendebatkan hujah.
“Lagipun siapa dia Husam? Kalau banding dengan umur saya dia masih budak-budak. Pergilah debat dengan budak-budak sama umur, tak usahlah cabar orang,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Kubang Pasu itu mendakwa Husam dihantar untuk bertanding di Putrajaya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) takut selepas mendengar khabar angin beliau akan bertanding di situ.
Husam, turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor sebelum ini mengatakan sebaliknya: khabar angin mengatakan Dr Mahathir dikhabarkan akan bertanding mewakili BN kerana populariti beliau yang tidak dijangka.
Kebanyakkan masa perhimpunan itu dihabiskan untuk menyerang kredibiliti Husam. Sebelum itu, sebuah video dimainkan menyenaraikan kegagalan Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Buku juga telah disebarkan kepada pengundi Putrajaya beberapa hari lepas oleh sesetengah pihak, menuduh naib presiden PAS itu dan kroninya terlibat dengan rasuah dan rundingan diragui.
Semasa memperkenalkan Dr Mahathir malam tadi, penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar penyokong PAS kerana membawa budaya samseng ke bandar tersebut.
“Dia pun buat himpunan, tapi himpunan dia import orang,” kata Tengku Adnan merujuk kepada perhimpunan kempen pilihan raya di belakang Istana Keadilan di Presint 3 malam tadi yang menyaksikan ribuan penyokong PAS menyambut Nik Aziz.
Pengundi yang kebanyakkan pekerja kerajaan, keluarga mereka dan dari kawasan berhampiran memenuhi kawasan tempat letak kereta pada Jumaat, jumlah hadirin yang kebiasaanya di dilihat di karnivel dan acara oleh kerajaan.
Dr Mahathir akan meneruskan sokongannya untuk BN di Pasir Mas pagi ini, dimana beliau akan menyokong Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang akan melawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.



No comments:

Post a Comment