Thursday, October 25, 2012

Terima kasih Tun


Gambar ini dihantar ke Yayasan Kepimpinan  Perdana untuk ditandatangi Tun...

Treima kasih Tun!

Tuesday, October 23, 2012

Tolak pemimpin mungkir janji - Dr. M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat supaya membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang mungkir kepada janji. Merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini, katanya, pemimpin seperti itu akan membawa masalah jika dipilih memimpin negara. "Saya fikir rakyat perlu ambil perhatian kepada orang (pemimpin) yang buat janji secara terbuka dan selepas itu mungkir janji. Orang yang mungkir janji tak harus dipilih untuk menjadi pemimpin," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Simposium Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan Kelestarian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), di sini hari ini. Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang kerana ia disyorkan oleh parti. Pada Ahad lalu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hasrat Nik Abdul Aziz untuk terus bertanding dalam pilihan raya umum nanti membuktikan pemimpin tersebut seorang yang 'tidak sedar diri'. Ketika menegaskan perkara itu, Ibrahim berkata, "Semasa Pilihan Raya Ke-10 pada 1999, Nik Abdul Aziz pernah mencabar Dr. Mahathir meletak jawatan kerana mendakwa beliau sudah tua, nyanyuk dan sentiasa uzur. Selepas itu beliau akan letak jawatan. "Tetapi sudah lebih sembilan tahun Dr. Mahathir meletakkan jawatan, Nik Abdul Aziz sehingga kini belum berbuat demikian walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti pernah dikatakan kepada bekas Perdana Menteri itu dahulu." Nik Abdul Aziz yang kini berusia 81 tahun, sudah 44 tahun berkecimpung dalam arena politik. Beliau yang menyertai Pas pada 1960 sebagai ahli biasa, pernah menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1967 dan menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990. Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mungkir janji diyakini akan sentiasa 'mengkhianati' janji-janjinya sepanjang masa. "Kalau orang macam ini pimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa,'' tegasnya. Dalam perkembangan lain, beliau menyelar sikap sesetengah pemimpin politik khususnya pembangkang yang menggunakan hukum hudud sebagai isu politik untuk meraih undi rakyat. "Hukum Hudud yang digunakan untuk politik sebenarnya bukan hudud. Perkara itu hanya satu isu politik untuk memberi kemenangan satu pihak. Saya amat dukacita hukum hudud diguna untuk kepentingan parti tertentu tetapi bukan untuk kepentingan Islam. Kita harus berpegang kepada keadilan dalam melaksanakan hukum itu. "Saya tak setuju hudud jadi isu politik semata-mata nak tunjuk kononnya mereka pegang kuat kepada Islam dan siapa yang menolaknya, tak pegang kuat dengan Islam. Sebenarnya mereka yang guna hudud (untuk tujuan politik) adalah orang yang tak hormati segala ajaran Islam," katanya. Kepada soalan berhubung pendirian MCA terhadap Islam, ujarnya, sejak dahulu MCA tidak pernah membantah ketika kerajaan mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Sementara itu, ketika ditanya berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular, Dr. Mahathir berkata: "Kita (Malaysia) adalah negara Islam. Semua negara Islam mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam." sumber : UTUSAN

'Sokongan bukti polisi saya tidak anti-bukan Melayu

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sokongan bukan Melayu kepadanya dalam pilihan raya tahun 1999 adalah bukti bahawa dasar pentadbirannya tidak pernah mendiskriminasi golongan itu. Menurutnya, beliau memenangi pilihan raya umum pada tahun itu di atas sokongan bukan Melayu kepadanya walaupun orang Melayu menolak beliau kerana beranggapan beliau tidak adil kepada timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ia bukan anti bukan Melayu. Masa itu saya menang pilihan raya tahun 1999 kerana bukan Melayu sokong saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di satu program dialog di Universiti Malaya petang ini. Sebaliknya, golongan Melayu yang tidak memberikan undi kepadanya dalam pilihan raya itu, katanya lagi. "(Pengundi Melayu) fikir saya tak adil kepada Anwar (kerana) mata beliau lebam akibat isu mata lebam itu," katanya. Beliau mengulas kenyataan bekas menteri kabinet, Datuk Seri Sanusi Junid yang dilaporkan berkata, dasar Mahathir pada masa itu diangkat daripada dasar Jerman yang mendiskriminasi orang Yahudi. Menurut Sanusi, seperti dilaporkan laman The Malaysian Insider, Anwar bagaimanapun menggagalkan dasar tersebut dengan memberikan lesen perbankan kepada dua bank yang tidak mempunyai orang Melayu dalam lembaga pengarahnya. AES dipertikai kerana politik Terdahulu, Mahathir juga mengulangi pendirian anti-Yahudinya apabila mendakwa golongan itu "mewujudkan masalah kepada orang lain dan seluruh dunia dengan melanggar undang-undang antarabangsa tetapi berjaya melepaskan diri". Menurutnya, sesetengah dasar pentadbirannya dahulu "mungkin dianggap anti-Yahudi tetapi ia bertujuan membangunkan Malaysia." Ditanya mengenai pelaksanaan sistem pelaksanaan automatik AES, Mahathir menganggap ia dibangkitkan pihak tertentu untuk memancing undi pilihan raya. Menurutnya, kerajaan tidak perlu tunduk kepada tekanan dan perlu terus melaksanakan sistem itu. "Semua orang tahu sistem ini baik diguna oleh negara lain tapi nak dijadikan isu, apa-apa sahaja yang dibuat kerajaan akan dijadikan isu untuk pancing undi. "Kalau saya, saya tak tangguh. Benda ini baik," katanya. sumber : MALAYSIAKINI

Dr M: MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa kenyataan keras MCA terhadap hudud anjuran PAS hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak menyokong DAP. Beliau percaya kenyataan berkenaan tidak bertujuan untuk menjauhkan pengundi Cina daripada BN memandangkan MCA tidak membantah perisytiharan negara Islam yang dilakukan BN sebelum ini. "Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam. "Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP. "Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada satu program dialog di Universiti Malaya petang ini. Sabtu lalu, presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memperakui kenyataan timbalan pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa hukum hudud menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008. Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Seterusnya, tanpa merujuk secara langsung kepada MCA atau PAS, Mahathir menganggap pihak yang mempolitikkan hudud tidak menghormati ajaran Islam. "Perkara hudud ini bukan soal agama, ini soal politik. "Saya juga tak setuju hudud dijadikan isu politik semata-mata nak tunjuk mereka ini berpegang kuat kepada agama Islam dan mereka yang tolak tak pegang agama Islam. "Sebenarnya mereka yang menggunakan isu hudud ini orang yang tak hormati ajaran Islam," katanya. Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia adalah negara Islam berdasarkan pengiktirafan yang diberikan dunia Islam kepada Malaysia. "Ia tak dinyatakan sama ada negara ini sekular atau Islamik dalam Perlembagaan tetapi menurut definisi kita adalah negara Muslim kerana semua dunia Islam lain mengiktiraf kita sebagai negara Islam," katanya. sumber : MALAYSIAKINI

Monday, October 22, 2012

Dr M kecewa seni bina Putrajaya hilang unik

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi 'arkitek' pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat hampir dua dekad lalu, kecewa kerana ia sudah mula hilang keunikan asalnya. Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri berkata, beliau berharap Putrajaya Holdings akan mengekalkan keunikan seni bina termasuk aspek ciri-ciri Islam seperti yang ditekankan di peringkat awal pembangunannya. "Putrajaya Holdings, tolong, kekalkan keunikan seni bina Putrajaya," tulis beliau di blognya hari ini. Dr Mahathir berkata, sebuah bangunan baru yang ditambah di Putrajaya terdiri daripada kaca tidak sedikit pun menggambarkan ciri-ciri Islam, yang tidak ada sifat-sifat imaginatif kerana ia kelihatan seperti kotak yang disusun antara satu sama lain. “Saya tidak menafikan binaannya hebat, tetapi ia kelihatan hebat jika dibina di New York, bukan di Putrajaya,” kata beliau lagi yang bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003. Idea membangunkan Putrajaya, yang namanya diberikan sempena sumbangan Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri perrtama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, datang daripada Dr Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri keempat dan menerajui pentadbiran Kerajaan Pusat dari pusat itu sejak 1999. Ia mula dibina awal 1990-an. Mengikut makluman laman web Perbadanan Putrajaya, pelaksanaan pembangunan bandar baru ini telah bermula pada Ogos 1995. Katanya, jika Putrajaya dibangunkan sepenuhnya, ia akan menawarkan sejumlah 64,000 unit perumahan yang dapat menampung keperluan lebih kurang 320,000 penduduk. Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang strategik. Ia terletak di lokasi 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur dan 20 kilometer ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Malah menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Putrajaya dibangunkan berasaskan tema “Bandar Dalam Taman”. Sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland, Manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat. Dr Mahathir turut menzahirkan kekecewaannya terhadap Putrajaya Holdings yang mengubah struktur binaan hingga melupakan ciri-ciri Islam yang sepatutnya diterapkan di setiap bangunan di Putrajaya. “Saya ada mengunjungi London baru-baru ini, anda boleh lakukan apa saja yang anda suka di dalam rumah di sana, tetapi setiap unsur binaan di dalamnya akan membuatkan anda terus sedar yang anda berada di London. “Jadi, saya berfikir, satu abad dari sekarang, saya mahu mereka yang mengunjungi Putrajaya sedar mengenai keunikan seni bina bandarnya,” ujarnya. Beliau menambah, setiap negara mempunyai seni bina tersendiri dan pemaju di sana masih mampu menguruskan dan menjadikan negara mereka secara variasi dan terperinci agar ia tidak lari dari ciri-ciri asal negara mereka. “Saya percaya setiap orang yang melihat seni bina tertentu di sana akan terus mengingati keunikan Putajaya dan jika ciri-ciri yang sedia ada hilang, tidak mungkin pengunjung dapat melihat keunikan sedia ada ini. “Ini hanya pendapat saya, mungkin pihak lain akan berfikir sebaliknya,” katanya. sumber : SINAR HARIAN

PUTRAJAYA

1. I believe people must have noticed a certain architecture associated with Putrajaya. The brown colour of the buildings set it apart from other major development in the country. The design of the buildings also differ from those usually found in this country.


2. Then there are the mosques which reflect Islamic features while not being reproductions of those in other Muslim Countries. The five-domed Court building is perhaps the most impressive (some people think it is a mosque). Each Ministry building has its own design with each having some distinct shape so that they are different from the others.


 3. The mosques too are unique with one being more traditional and the other ultra modern. Yet they blend with the architecture of Putrajaya.


 4. Unfortunately a new building has been added which is made up of glass, with no architectural features. It is not very imaginative as it looks like match boxes stacked on each other. It would be fantastic for New York but it is not Putrajaya. It is not very Malaysian or Islamic. It is in fact entirely out of place.


5. Of course this is only my opinion. Others will think otherwise.


 6. I was in London recently. There you may do anything you like inside the house but the facade must remain as it was when it was built. You immediately know you are in London when you are in London.


 7. It is the same with Paris. The roofs of the buildings in Paris are unique to Paris. And you immediately feel you are in Paris and nowhere else when you are in Paris.


 8. I would like to think that a century from now people would know they are in Putrajaya because of the uniqueness of the city architecturally.


 9. Every country has its own architectural feature. Spires and steeply sloping roofs are common in East Asia but each country has its own particular shape. Thailand, China, Korea and Japan all have the gracefully steep sloping roofs which terminate with upturned corners and edges. But still they manage to be unique for their countries through the variations in details.


 10. For that matter every state in Malaysia has its own unique architecture. We never had high rise buildings. For a time we did not know what to do to make these skyscrapers look Malaysian. But now we have brought back the Malaysian roofs to top our high rise buildings.


 11. They are actually utilitarian. We had flat roofs before. But somehow rain water manage not only to form puddles which refuse to evaporate, but often they find some cracks in the cemented roof to leak into the room below.


 12. But with the roofs there are no more puddles and the water does not leak into the room below anymore. I am sure somebody will tell me that the leaks are still there.


 13. The high rise flats in Putrajaya also have roofs. But the buildings are not enclosed entirely in glass like in America. They are different from the main boulevard with its ministerial building but they do not stick out like a sore thumb like that pile of glass boxes sticks out.


 14. Please Putrajaya Holdings, please keep the uniqueness of Putrajaya’s archictecture.



 source : http://chedet.cc/

FREEDOM OF EXPRESSIONS II

1. We are often lectured by the West, their leaders and journalists on freedom of speech, of expression, freedom of the press and media. These are part of human rights which Governments, and certainly Governments which accept democracy and the accompanying rights must respect and uphold. 2. Yet this is an area which the West displays the greatest degree of hypocrisy, of double-standards. We know of many instances when Western Governments regulate and control their media. We know that the press often self-regulates in their wish to uphold Government policies or practices. 3. But the most blatant example of control over public expression is with regard to the protection of the Jews. Not only will any criticism of the Jews be condemned, but laws have been enacted in many European countries which makes it illegal for anyone to dispute any aspect of the Holocaust. No one may question the claim that 6 million Jews were killed in the Holocaust. 4. Thus when David Irving a British historian doubted the 6 million figure, he was arrested and jailed in Austria even though his opinion was not expressed in that country. Since then no one has dared to openly question the veracity of the claim on the number of Jews killed by the Nazis. And David Irving himself has not been heard to question the legality of his arrest and incarceration for all the beliefs in freedom of expression. This extra-territorial enforcement of a country’s law is most unusual although we are seeing now such extension of the laws of powerful countries to other countries in the world. 5. The action of the Austrian Government and the existence of such a law forbidding free expression not only in Austria but elsewhere is a blatant example of total negation of free speech. And there are many other examples. 6. The American press is extremely good at investigative reporting. They will go to great length to expose the truth about any scandal or event. 7. One of the most newsworthy event of the last century is the 9/11 destruction of the World Trade Towers in New York. Such an event would have been thoroughly and repeatedly investigated, analysed and reported in the media even after years have passed. But very little has been reported about this event except for the first few weeks. 8. The results of investigations by private individuals and organisations have never been published in the media. The peculiar manner of the building collapsing on itself, the similar collapse of a third building which was not hit by the aircrafts; the total absence of debris where planes were said to have crashed into the Pentagon building and in the open field where the fourth plane was said to have crashed into the ground, the total absences of reports and recovery of the black boxes which all these planes must have carried; all these seem not to be in keeping with America’s talent for investigative reporting. There seems to be a conspiracy of silence. And this silence negates the loud claim of press freedom by the West. 9. And yet when an American spent large sums of money to produce a film to insult the Muslims and denigrate their Prophet in the most insulting manner; when the producer of the film knows full well that there would be violent reactions to the screening of this film; their deliberate provocation of the Muslims is defended by the American Government as a manifestation of the freedom of expression. 10. The reaction to this film by Muslims, including the killing of United States diplomats is condemned as extreme and indefensible. Muslims should understand that the film producer was only exercising his rights. 11. If that is so then why are there laws in many Western cities banning any adverse comments against the Jews. Why was David Irving arrested and jailed for doubting whether 6 million Jews were killed in the holocaust? Was he not also exercising his freedom of expression! 12. The West condemns the lack of restraints among Muslims to such puerile provocation. They are asked to be rational and not be violent. 13. Should not they also advise their own people to exercise restrain regarding provoking the Muslims. If they expect the Muslims to be rational, shouldn’t they request their own people to be rational as well? Better still if they can pass laws regarding the sensitivities of the Jews, surely they can legislate similar laws regarding insulting the sensitivities of the Muslims. 14. But instead of restraining their people, at the very time when Muslims reacted violently over the insult to their Prophet, the Europeans published cartoons to insult and provoke the Muslims further. 15. Truly the hypocrisy of the great advocates of freedoms of all kinds is beyond compare. Such people should not take the high ground to lecture the world on anything. source : http://chedet.cc/

Sunday, October 21, 2012

PRU-13 sesuai bila-bila masa dari sekarang - Dr. M

Pilihan Raya Umum Ke-13 sesuai diadakan bila-bila masa sahaja termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri berkata, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya. "Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini. Beliau berkata BN boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan. Dr. Mahathir berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga. sumber - BERNAMA

Thursday, October 18, 2012

Melayu sudah lama berpecah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pada 1998 bukan penyebab bermulanya perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Sebaliknya, jelas beliau, orang Melayu di negara ini sudah lama berpecah termasuk ketika penubuhan Malayan Union yang mana pelbagai konflik tercetus termasuk wujud golongan ulama daripada UMNO yang mengambil keputusan menubuhkan parti Pas. Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 turut membuktikan telah berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu ketika itu. "Jadi, mahu kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tidak benarlah. Kita tidak boleh menerima orang seperti ini (Anwar) menjadi Perdana Menteri. Sebab beliau ada karakter yang tidak boleh menjadi seorang Perdana Menteri. "Kita tidak boleh terima manusia yang moralnya terlalu rendah untuk menjadi seorang pemimpin, kita malu dengan pemimpin seperti ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama sempena Seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi, Budaya Kerja dan Pemikiran Pegawai Tadbir di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini. Seminar itu diadakan sempena program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pada masa sama, Dr. Mahathir dengan sinis turut menyifatkan Anwar seorang yang cekap berpidato dan mampu memesongkan pemikiran rakyat terutama mereka yang taksub dengannya. Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir mengingatkan para pegawai dan pentadbir meningkatkan tahap penguasaan ilmu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku. Katanya, golongan itu juga perlu menjalinkan hubungan lebih akrab dengan masyarakat selain melengkapkan diri dengan ilmu ekonomi dan kewangan dalam memastikan dapat menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dengan lebih cekap. sumber : UTUSAN

Saturday, October 13, 2012

Dr M: 'PRU 2008, tiada siapa minta bantuan saya'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya, Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menceritakan bagaimana beliau dipinggirkan pada Pilihan Raya Umum 2008 sehingga membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan disusuli dengan 2008. “Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008 kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz. “Di situ, saya bertemu seorang lelaki yang secara berseloroh berkata bahawa tidak wujud lagi demokrasi di dalam Umno. Saya memikirkan hujah beliau dan saya bersetuju,” tulis beliau dalam bukunya yang terbit tahun lalu. Menurut Dr Mahathir, hakikatnya tidak ada perkara yang lebih buruk sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kritikan pedas terhadap kepimpinan Abdullah melainkan kekalahan teruk BN pada PRU 2008. “Apabila penerbangan saya ke Riyadh telah dipinda, saya dengan serta merta memanggil sidang media di rumah bagi menyatakan secara terbuka bahawa Tun Abdullah mesti memikul tanggungjawab di atas keputusan itu dan meletak jawatan. “Itulah cara yang terbaik selepas mengalami kekalahan teruk,” tulis Dr Mahathir. Pada PRU 2008, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang termasuk Kelantan yang sudah sekian lama ditadbir Pas. BN juga dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. “Saya memang menjangkakan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan jatuh ke tangan pembangkang, tetapi tidak menduga sama sekali Selangor dan Perak juga akan tumbang,” tulis beliau. Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya apabila Umno, sebuah parti yang dikatakan bersifat demokratik tidak berlaku ketika era pemerintahan Abdullah. “Di bawah kepimpinan Tun Abdullah, Presiden Umno itu menjadikan diri beliau sebagai sebuah institusi. Cabaran terhadap beliau tidak dibenarkan dan dasar serta tindakan beliau tidak boleh dipertikaikan. “Nampaknya, tugas setiap ahli dan perwakilan ke Perhimpunan Agung adalah untuk menyokong Presiden dan memuji apa sahaja yang beliau katakana,” tulis Dr Mahathir. Setelah beberapa tahun negara di bawah pentadbiran Tun Abdullah, beliau kemudian memutuskan untuk bersuara apabila penggantinya itu secara mengejut membatalkan projek jambatan pada April 2006 yang menyebabkan kerajaan membazirkan wang negara sebanyak kira-kira RM800 juta atau lebih separuh daripada kos sebenar pembinaannya. “... saya fikir, kerajaan sepatutnya meneruskan projek tanpa mempedulikan Singapura. “Saya ada satu pilihan sahaja, iaitu berdiam diri dan mengekalkan imej negarawan yang dihormati atau bersuara semula. Saya memilih bercakap kerana saya tidak dapat menanggung beban melihat negara kita menyerah kalah kepada Singapura,” ujar beliau. Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya. Pilihan raya itu diadakan beberapa bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Ketika itu, BN tewas di Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang mendapat lebih banyak kerusi berbanding 1995. “Saya boleh melengahkan pilihan raya itu, tetapi saya tidak pasti sama asa keadaan akan berubah dan menyebelahi kita,” tulisnya. Peristiwa penyingkiran Anwar bertambah tragis dengan kisah mata lebamnya sehingga menimbulkan kemarahan yang memuncak di kalangan orang Melayu. Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang. Ketika itulah undi Cina memainkan peranan besar dalam memenangkan BN apabila undi Melayu jatuh merudum. “Pilihan raya Umum 1999 amat sukar. Sentimen negatif di kalangan orang Melayu amat ketara, khususnya apabila Pas cuba memburuk-burukkan saya dengan pelbagai gelaran,” tulis mantan Perdana Menteri itu. Selepas PRU 1999, Dr Mahathir berkata, beliau sekali lagi menimbang untuk bersara namun akhirnya memutuskan untuk memulihkan kekuatan dalam parti, kestabilan politik dan sosial negara, menjana pertumbuhan ekonomi dan memperkukuhkan kewangan kerajaan. “Saya tidak mahu pengganti saya mewarisi masalah-masalah yang tercetus dalam perkhidmatan saya,” tulisnya. Selama 22 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan satu tempoh yang benar-benar berbaloi buat dirinya dalam membawa nama Malaysia ke seantero dunia. Namun setelah meninggalkan tampuk pemerintahan, Dr Mahathir mula mempelajari suatu perkara baru dalam arena politik negara yang amat menyedihkan beliau. “Saya mempelajari bahawa tidak ramai ahli politik boleh mengekalkan taat setia mereka kepada seseorang untuk selamanya. “Sebaik sahaja kita hilang jawatan dan kuasa, mereka akan mengetepikan kita dan mengalih kesetiaan serta sokongan kepada sesiapa sahaja yang mengambil alih tempat kita. Malah mereka akan mengutuk kita kalau mereka fikir itu akan menyenangkan ketua baru mereka. “Seperti kata sebuah lagu Inggeris, 'tiada siapa pun kenal anda bila anda tersungkur dan tersingkir'," tulis Dr Mahathir lagi. SUMBER : SINAR HARIAN

Friday, October 12, 2012

Jangan hanya tumpu pasaran kewangan - Dr Mahathir

Negara tidak harus menjadikan aktiviti pasaran kewangan sebagai tumpuan utama untuk mencapai pertumbuhan ekonomi, seperti mana yang dipraktikkan oleh beberapa negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebaliknya berkata, tumpuan kepada sektor pengeluaran dan pertanian perlu dititikberatkan, memandangkan sektor-sektor itu berupaya mengagihkan kekayaan negara dengan lebih baik. Jelasnya, aktiviti dalam pasaran kewangan hanya memberi faedah kepada sebahagian kecil penduduk negara. “Berdasarkan kajian di Amerika Syarikat, sektor ini hanya dipelopori oleh satu peratus rakyatnya sahaja, dan selebihnya tidak menikmati faedah daripada perkembangan sektor tersebut," katanya. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan peserta ketika sesi khas bersama beliau sempena berlangsungnya Malaysian Brand Forum 2012 dan pelancaran Brand Transfomer di sini hari ini. Soalan itu ditanya bagi membandingkan Malaysia dengan negara yang tidak memiliki sumber alam yang banyak, namun masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Kata bekas Perdana Menteri itu, Malaysia mempunyai masalah berlainan dan tidak boleh meniru sepenuhnya gaya yang diamalkan di negara lain. “Wujud pada kalangan rakyat negara ini yang gemar membandingkan negara dengan negara maju yang lain. Tetapi, tidak menilai secara positif apa yang dicapai oleh Malaysia selama ini. “Perkembangan ekonomi di Jepun atau Korea Selatan hari ini, disumbangkan oleh penduduknya yang patriotik," kata beliau lagi. Sementara itu, beliau meminta peniaga tempatan berani menghadapi kerugian terutama demi mengekalkan reputasi syarikat, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan. “Pengeluar kereta dari United Kingdom, Rolls-Royce yang pernah menerima aduan kerosakan kereta daripada pelanggannya di Switzerland, telah menggantikan kereta yang baharu kepada pelanggan tersebut. “Ia dilakukan demi menjaga imej jenama tersebut," katanya. sumber : UTUSAN

Thursday, October 11, 2012

CONTEMPT OF COURT

1. I read the New Straits Times article on contempt of court under the heading “Respect Must Be Earned” with a degree of wonderment. 2. In Malaysia no one dares to criticise the courts for fear of being charged with contempt. But in many of the so-called advanced countries the courts are criticised very often. The critics seem not to be afraid of being charged with contempt. 3. In the article, which is an extract of a lecture by Lord David Pannick, a practising barrister in Britain, he said; “If confidence in the judiciary is so low that statements by critics would resonate with the public, such confidence is not going to be restored by a criminal prosecution in which judges find the comments scandalous or in which the defendant apologises.” 4. It is a cardinal principle of justice that the victim should not be the judge as well. In contempt cases, it seems that this principle is ignored. The very judge who is scandalised hears the case and passes the sentence. 5. I think we still need the contempt of court law so that irresponsible people would not make casual criticisms of judges. But the judge hearing the case should not be the one who is scandalised. Then there would be justice. source : http://chedet.cc/

Q E II – 2

1. Q E II is not Queen Elizabeth the Second. It is a term invented in the West to describe printing money to pay debts or to revive the economy. It stands for Quantitative Easing No 2. 2. It is a great way to make money to replace the money that a nation has lost in a recession caused by abuses of the financial system. You just print more money. 3. Actually I don’t think they actually print currency notes amounting to the hundreds of billions of dollars or pounds to replace the money they have lost. The amount of printed currency notes would be huge and be very difficult to transport to the banks which has lost the money. There would be a stream of armoured cars from the mints to the banks. 4. I suspect what they do is to issue cheques in favour of the banks. The amount would be entered in the books of the banks. 5. If the banks need to pay or to lend money, again cheques would be issued or the amount credited to the person or entity in the books of the banks. 6. Should the persons or entities wish to pay for anything, again they would issue cheques. The amount in the cheques would be credited to the accounts of the persons or entities who would than be entitled to issue cheques in payment for whatever. 7. At no time will anyone get or be paid in cash. So what need is there to print money in the form of currency notes. Any time these countries lose money, all they need to do is to issue cheques to whatever amount they need. 8. However this Q E is a privilege for the rich nations only. When Greece lost money, it cannot print currency notes or issue cheques to pay debts. Greece needs to borrow money from European countries to repay loans. Again no currency notes would be involved. The amount lent would be credited to the Central Bank of Greece which then would issue cheques to the commercial banks. 9. We hear that banks like Goldman Sachs have recovered and are able to pay back the loans given them by the Federal Reserve Bank. The quick recovery is through borrowing the Q E money from the Fed at no interest or minimal interest and then buying Government bonds. Buying Government bonds is actually lending money to the Government. The Government has to pay interest on the money borrowed, which gives Goldman Sachs a good return. Hence the quick return to profitability of Goldman Sachs. 10. I am not a financial or monetary expert but I would like to hear the experts say that what I describe here is not happening. 11. The world is being taken for a ride by the great western countries and their systems for everything. It is a case of doing as I tell you and not doing as I do. Rightly both the United States and United Kingdom should be bankrupt. To recover they should be selling all their banks, industries and other assets at fire-sale prices. That was what the Asian countries were forced to do after the currency traders forced many of them almost into bankruptcy. But the bankrupt powerful countries of the West don’t have to do that. They carry out Quantitative Easing, print money (issue cheques) and refinance their banks and bankrupt industries. And they talk about transparency in business practice. source : http://chedet.cc/

SPEECH AT THE RAFIK HARIRI UN-HABITAT MEMORIAL AWARD

WOULD LIKE TO SHARE THIS SPEECH DELIVERED AT THE NEW YORK PUBLIC LIBRARY IN NEW YORK CITY, USA ON SEPT 28, 2012 1. I would like to thank the Rafik Hariri Foundation and the UN Habitat for conferring on me this prestigious Rafik Hariri UN-Habitat Memorial Award. 2. I deem it a great honour especially as this award is named after a remarkable man whose leadership qualities and contribution toward the rehabilitation of the war-ravaged city of Beirut and Lebanon is incomparable. 3. I knew Rafik Hariri when he first visited Malaysia. We immediately became close friends and I visited Lebanon at his invitation to see the damage wrought by the fratricidal war. Rafik promised he would rebuild Beirut as it was before the war. And he delivered on his promise. I visited Beirut after the restoration and I felt sure that a great future awaits Lebanon under his leadership. 4. In many ways I was like him. I wanted to develop Malaysia just as he wished to develop Lebanon. But he was less fortunate because he did not have the stability of Malaysia. Nor was he given the time. 5. Here I would like to pay tribute to my predecessors who devised a formula for Malaysia’s multi-ethnic, multi-religious people to work together. My predecessors also set the stage for Malaysia’s conversion from an agricultural country to an industrial country. 6. My task was to ensure the peace and stability of Malaysia was fully utilised to grow and develop the country. For this Malaysia decided not just to look at the developed West, but more at the burgeoning economies of the East, principally Japan and South Korea. Look East became Malaysia’s slogan. It was not about industrialising as much as it was about acquiring the work ethics of these successful nations. I believe firmly that work ethics determine the success or otherwise of a nation. 7. A business-friendly policy was adopted and this stimulated investments both by foreigners as well as locals. We actually called this policy Malaysia Incorporated, despite general disapproval of Government/business collaboration. We were working for the 30% of the profit which belongs to the Government as corporate tax. Stress on labour intensive industries overcame unemployment almost completely. 8. The economy grew by leaps and bounds. With growth in Government revenue first class infrastructure was built. To hasten the progress, a policy of privatisation was adopted. Very quickly the country boasted of infrastructure comparable with developed countries. 9. Malaysia believes in no ideology. We are pragmatists. We do what can be done, whether capitalistic or socialistic. We promoted self-confidence by adopting the slogan “We Can”. We Malaysians can do what others can do. 10. I think I have said enough about Malaysia’s experience. It is no miracle. It is just about doing what everyone thinks should be done when we are in charge of our own destiny. I believe that any country can be run the way Malaysia and Lebanon under Rafik Hariri were run. The magic lies in devising a formula to keep the country stable and peaceful. Democracy is great but democrats must accept that they cannot win every time. Losing elections is something which must be accepted in a democracy. 11. Above all, leaders should not stay in power too long, even if they are popular. 12. I believe this award, the Rafik Hariri UN-Habitat Memorial Award is for Malaysia more than it is for me. Without the culture of sharing among the multi-racial, multi-religious people of Malaysia, without their love for peace and stability, Malaysia would not have been able to grow as it has done. 13. I believe my friend Mr Rafik Hariri noticed this during his visit to Malaysia. Violence breeds destruction. Only peace and stability can be a win-win formula. source : http://chedet.cc/

Wednesday, October 10, 2012

Dr M: Amalkan Dasar Pandang ke Timur secara berpilih

Tiga puluh tahun selepas memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar dasar itu dinilai semula dengan mengguna pakai nilai-nilai tertentu sahaja yang mampu memacu ekonomi negara untuk tumbuh dengan lebih pesat. "Jika kita mahu pastikan negara terus maju ke hadapan kita perlu guna pakai beberapa nilai orang lain. "Di antara nilai orang lain yang kita perlu guna pakai adalah nilai orang-orang Jepun tetapi kali ini dengan lebih memilih," katanya sewaktu berucap pada makan malam Persidangan Pandang ke Timur: Satu Dimensi Baru di Kuala Lumpur petang tadi. Memberikan perincian, Mahathir menyeru agar sikap malu terhadap pencapaian sederhana dalam hidup orang Jepun yang mendorong mereka berusaha keras untuk berjaya dalam hidup dijadikan teladan. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan hadirin agar menghindari konsep 'harakiri' (bunuh diri terhormat) yang juga sinonim dengan masayarakat Jepun. Persidangan itu diadakan untuk menyambut ulang tahun ke-30 Dasar pandang ke Timur yang diperkenalkan Dr Mahathir pada 8 Februari 1982 sewaktu beliau memegang jawatan perdana menteri Malaysia. Saran universiti Jepun Dalam ucapan sama, beliau turut menyarankan agar sebuah universiti Jepun didirikan di Malaysia kerana sistem pendidikan negara itu terbukti menghasilkan graduan yang lebih berdisiplin berbanding graduan universiti dari Barat. "Ia agak mahal untuk kita hantar pelajar ke Jepun jadi saya sudah pujuk duta mereka di sini agar membuka universiti Jepun di sini," katanya. Beliau turut sempat berkongsi pengalamannya menjelaskan dasar Bumiputera kepada pelabur Jepun yang kurang jelas tentang dasar itu. Menceritakan kembali penjelasannya, beliau menyatakan dasar bumiputera melonjakkan ekonomi negara dengan pesat sewaktu ia mula diperkenalkan dan mengekalkan keharmonian antara kaum apabila ia merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat berbilang agama, budaya, dan bangsa. "Sewaktu kita melaksanakan dasar bumiputera ini, negara tumbuh dengan lebih pesat berbanding negara membangun, dan sesetengah negara maju yang lain. "Sesiapa sahaja boleh periksa (dan sahkan) perkara ini," katanya. sumber : Malaysiakini

Monday, October 8, 2012

Orang Melayu perlu syukur dengan jasa BN

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka. Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai "penindas". Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain. "Kalau kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya," katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini hari ini. Katanya ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana. "Selain daripada ilmu pengetahuan, apa yang lebih penting ialah nilai moral kerana ilmu saja tidak akan membentuk mereka menjadi sesuatu yang baik...ilmu tidak menjamin generasi muda dan akan datang untuk memimpin kemajuan negara," katanya. Sehubungan itu katanya pelajar perlu disemai dengan nilai-nilai positif serta mempelajari sejarah agar mampu mempertahankan diri daripada pengaruh negatif. Dr Mahathir berkata pembangunan dan keharmonian dikecapi hari ini tidak akan kekal jika rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah. Keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum merupakan anugerah yang tidak ternilai kerana tidak semua negara menikmatinya, katanya. SUMBER : BERNAMA

Sunday, October 7, 2012

Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia. Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia. Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru. Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan. Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil". "Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya. Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa. "Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya. "Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka. "Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya. sumber : Malaysiakini