Sunday, December 26, 2010

Nasihat Dr Mahathir kepada Usahawan

Beberapa tips penting untuk memulakan perniagaan:
1- Jangan anggap perniagaan satu kerja yang hina.
2- Jika ingin berniaga hendaklah difikirkan supaya perniagaan menjadi usaha yang berkekalan, tidak sementara atau sambilan.
3- Jangan membiarkan diri dipengaruhi oleh sesuatu perniagaan kerana orang lain maju dalam perniagaan itu.
4- Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal.
5- Jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam.
6- Rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur, kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Lokasi perniagaan
1- Jenis perniagaan mestilah sesuai dengan tempat. Jenis perniagaan yang maju di bandar besar mungkin tidak maju di pekan kecil.
2- Di bandar besar, perniagaan yang sama patut berdekatan; tetapi di pekan kecil atau kampung, perniagaan yang sama patut berjauhan antara satu sama lain.
3- Di pasar, perniagaan yang sama jenis patut berdekatan. (sama la kes macam di shopping mall)
4- Tempat perniagaan mestilah mudah bagi pembeli datang.
5- Pada zaman orang semakin banyak menggunakan kereta seperti sekarang ini perniagaan di tempat yang mudah meletak kereta lebih baik daripada perniagaan di tengah bandar tetapi tidak ada tempat meletak kereta.
6- Tempat yang sesuai mestilah menjadi pertimbangan utama, walaupun sewanya tinggi. ( kesilapan orang kita sekarang ni sewa murah jadi keutamaan )
7- Perniagaan kecil patut dijalankan di bangunan yang juga menjadi tempat tinggal peniaga dan keluarganya.


sumber :

BUKU PANDUAN PENIAGA KECIL-DBP-DR MAHATHIR MOHAMAD
TERBITAN PERTAMA:1973.

No comments:

Post a Comment