Thursday, August 8, 2013

Rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya


Dr Mahathir Terhibur Dengan Sindiran Kuan Yew, Akan Balas Kenyataan Pak Lah Dalam Masa Terdekat

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau akan mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia, terhadap menyinggung teguran oleh pengganti dia Tun Abdullah Badawi dalam buku itu, Awakening dalam masa terdekat.
"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Khamis.
Dalam buku tersebut, Abdullah berkata hubungannya dan Dr Mahathir renggang sejak beliau mengambialih pemerintahan negara kerana kerana "ketidakupayaaan beliau menerima kritikan dan pandangan orang lain melainkan dirinya sendiri."
Kenyataan tersebut dapat dibaca dalam bab pertama, 'A Conversation With Tun Abdullah Ahmad Badawi' yang dijalankan oleh Prof Bridget Welsh dan Prof James U.H. Chin.
Buku tersebut turut memuatkan karya tulisan daripada tokoh politik seperti Mohamed Khir Toyo, Liew Chin Tong dan Edmund Terence Gomez.
Abdullah bukan satu-satunya figura politik yang menyatakan sindiran pedas terhadap Dr Mahathir minggu ini.
Dalam buku terbarunya, 'One Man's Views of the World, bekas Perdana Menterinya Singapura, Lee Kuan Yew mempersoalkan bagaimana Malaysia hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju.
Dr Mahathir, 88, dikeremuni para pemberita pada Khamis di majlis rumah terbuka Perdana Menteri untuk mendapat komen beliau mengenai kritikan yang dilemparkan oleh dua bekas rakan baiknya.
Bagaimanapun Dr Mahathir yang bersikap peramah itu tenang sahaja dengan kritikan yang dilemparkan oleh Lee terhadapnya.
"Dia sudah berusia 90 tahun. Kita beri dia elaun macam orang memberikannya kepada saya juga
"Beliai berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara, terutamanya di Singapura," katanya.
Selain daripada itu, Lee berkata Malaysia sebelum ini merupakan sebuah negara yang 'tenang' namun kini ia telah menjadi 'lebih ortodoks sejak berada di bawah pengaruh negara Timur Tengah'.
"Mereka pernah menyediakan minuman keras pada majlis makan malam dan minum bersama anda," katanya.

Wednesday, August 7, 2013

Pak Lah: Malaysia akan bankrup jika saya dengar kata Dr Mahathir

Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.
Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.
Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa perkara ketika pentadbirannya.
Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin.
"Mungkin lebih baik saya diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan parti?" soalnya.
Selepas beberapa kritikan daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu perkara, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain.
Bagi contoh, Abdullah menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.
"Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.
"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk.  saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya.
"Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?
"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."
Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
"Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?
Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.
Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Nahathir juka tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.
"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya.
"Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past six’ dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya," kata Abdullah.


Saya bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.
 
Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.
 
 "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.
 
Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.
 
Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. 
 
Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu,
 
Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir. - 8 Ogos, 2013.


If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt, says Abdullah

If Tun Abdullah Ahmad Badawi had succumbed to the pressure applied by Tun Dr Mahathir Mohamad to spend without a care and continue with some of his pet mega-projects, Malaysia would be bankrupt by now.


This frank assessment was offered by Abdullah in a book covering his years as the prime minister of Malaysia.
Titled, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia", it was scheduled to come out earlier but there were some concerns in Putrajaya that the fifth prime minister’s comments and observations could spark a war of words between Abdullah and Mahathir and split Umno before the May 5 general election.


Putrajaya need not have worried. Abdullah lobbed a few barbs here and there, and threw a few zingers in the direction of his chief critic but did not reveal state secrets or offer juicy and humiliating anecdotes about the country’s longest-serving PM.


And he could have, he said. Referring to the constant attacks against him by Mahathir and other critics when he was in office, he recalled that some people asked why he did not clarify in detail the role of his young advisers, his son’s involvement in business and the influence of son-in-law Khairy Jamaluddin.


“Perhaps I should have been more vehement in defending and explaining these issues. I could have retaliated by exposing Mahathir. But what good would have come out of this for the government and party?” he said.
He noted that Mahathir is very set in his ways and believed that his is the only way. And this fact is why Abdullah believes he has been on the receiving end of vitriol from mid-2006 till today.


After all the layers of biting comments from Mahathir are peeled away, it boiled down to just one thing: Mahathir’s inability to accept any other view except his own.


For example, Abdullah remembered that he went to see Mahathir and explain that he had to postpone several projects, including the double-tracking rail system that the latter had initiated because of the bulging budget deficit.
“He, however, disagreed with me as he felt the government should continue to spend. But how do we do it when the deficit was at such critical levels? It would be highly irresponsible for me to continue spending.
“So we had no choice but to reduce the deficit by postponing some of the mega-projects like double tracking and this made Mahathir furious. I suppose he viewed them as his pet projects.


“Can you imagine, if I had succumbed to Mahathir’s continued pressure to spend when the deficit was already so high, how could Malaysia have weathered the oil and financial crisis which subsequently came in 2008?
“The deficit which we brought down to 3.2 percent crept up again due to subsidies for oil and essentials and hovered again at the 5 percent level. If we had not been prudent then, continued to spend, I can tell you we would be bankrupt by now."


In the book, edited by Bridget Welsh and James Chin, Abdullah also said that when he left office in 2009, he was determined not to be like Mahathir. He wanted Datuk Seri Najib Razak to establish himself as the prime minister.
“That is why I have remained silent all this time. I believe that once you retire, you are retired. You should not interfere with your successor. If there is anything you are unhappy with, you can always offer your views privately. Why bring it up in public and make life difficult for him?


Abdullah earned the biggest mandate from the electorate in 2004 but squandered the historic opportunity to reform the country and carry through many of his election pledges. As a result, in 2008 he led Barisan Nasional to a poor showing, losing its customary two-thirds control of Parliament.


In the book, he accepted blame for not meeting the expectations of the voters but said that Mahathir could not walk away from the 2008 results unscathed.

“When we did well in 2004, he said such a strong mandate was not good for the country. When we did not do so well in 2008, he heaped all the blame on me.

"He is doing it even today… Mahathir cannot deny that he contributed to the erosion of Barisan Nasional’s support in the 2008 elections through his open and unwarranted criticisms and attacks, calling my administration, which included a majority of people from his own Cabinet, as a ‘half-past six government’ and accusing us of corruption and all sorts of things,” said Abdullah.


Saturday, August 3, 2013

Dr M tokoh Asean yang cemerlang, kata menteri China

Menteri Luar China Wang Yi telah menyifatkan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Asean yang cemerlang dengan wawasan strategik kerana memahami bahawa China yang lebih besar dan kukuh akan memanfaatkan jiran-jirannya.
    
"Seperti yang disebut oleh Dr Mahathir bertahun-tahun dahulu, pembangunan China membawa manfaat kepada negara-negara jirannya. Ia adalah satu peluang, bukan satu ancaman," katanya dalam satu ucapan pada pembukaan Forum Peringkat Tinggi pada Ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Asean-China di Bangkok hari ini.
    
"Saya percaya Dr Mahathir bukan membuat komen kasual di sini. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap China," katanya.
    
Beliau berkata Malaysia menyedari bahawa walaupun pertumbuhan pesat itu telah menjana keuntungan untuk jiran Aseannya, ia telah, membawa kepada syak wasangka, kebimbangan dan salah faham.
    
Beliau berkata dalam tempoh lima tahun, import China akan mencecah US$10 trilion dan pelancong dari negara itu akan berjumlah 400 juta.
    
Beliau berkata China dan Asean patut meningkatkan usaha untuk membangunkan versi Perjanjian Dagangan Bebas China-Asean yang dipertingkat, dan integrasi ekonomi serantau.
    
Beliau berkata kedua-dua pihak patut mengambil peranan dalam kerjasama maritim dan menggunakan Tabung Kerjasama Maritim China-Asean dengan aktif, sambil menambah China mengalu-alukan lebih banyak cadangan projek daripada negara Asean.
    
- Bernama

TPPA bakal sekat perdagangan

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengkritik langkah kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana perjanjian itu bakal menyekat perdagangan bebas.
Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu, berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal kerana menerusi perjanjian itu, negara yang menyertai perlu mengawal selia perdagangan melalui perjanjian dan bukan perdagangan bebas.
Memberi amaran bahawa TPPA adalah terhad, beliau juga menyatakan bahawa perjanjian itu mempunyai unsur ancaman.
"Jika TPPA tidak diterima maka negara-negara yang keras kepala akan menghadapi sekatan terhadap kebebasan mereka untuk mengadakan perdagangan dengan ahli-ahli TPPA," kata Dr Mahathir menulis dalam kolum ulasan yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Time.
Beliau berkata, Malaysia sedia ada sudah menikmati faedah daripada perdagangan dengan negara-negara dalam TPPA itu.
Bagaimanapun, jika Malaysia tidak menyertai TPPA, perdagangan akan terbatal secara automatik dengan negara berkenaan kerana ia adalah salah satu syarat TPPA.
Beliau juga memberi amaran bahawa, negara ini membuka sendiri kebanjiran ligitasi undang-undang kerana syarat perjanjian yang dicadangkan dalam TPPA kebiasaannya akan mengatasi undang-undang negara.
Mengambil contoh Peru, negara Amerika Selatan yang menjalinkan FTA dengan Amerika Syarikat, Mahathir berkata,kerajaan negara TPPA mendedahkan diri mereka disaman oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kepentingan di negara berkenaan.
Katanya, Peru diarahkan membayar Renco sebanyak RM13.68 bilion kerana menghentikan pemprosesan produk yang mengakibatkan pencemaran sungai  La Oroya yang meracuni 95 peratus kanak-kanak di situ.
Beliau menegaskan bahawa pertikaian itu, yang diputuskan Pusat Antarabangsa Penyelesaian Krisis Pelaburan, ditugaskan untuk menegakkan TPPA.
Di Malaysia, katanya, dasar ekonomi yang digunakan bertujuan menangani masalah sosial.
"Ini mungkin bertentangan dengan kepentingan syarikat asing dan kita mungkin terpaksa meninggalkan dasar kita tanpa mengira kerosakan yang akan berlaku kepada masyarakat," katanya.
Dr Mahathir berkata, sesetengah pihak di Malaysia mungkin mengalu-alukan perjanjian ini, tetapi ia jelas menunjukkan diskriminasi kepada syarikat tempatan dalam kontrak dan pemerolehan kerajaan juga akan terdedah kepada tindakan undang-undang di bawah TPPA itu.
Bekas perdana menteri turut menyelar bahawa draf (TPPA) direka oleh syarikat besar Amerika Syarikat yang tentunya hanya memenuhi kepentingan mereka sendiri.
"Kita tahu kepentingan mereka adalah untuk menembusi pasaran negara kurang maju atau sedang membangun yang kaya dengan sumber,"katanya.