DR. Mahathir Mohamad meluangkan masa membacakan buku cerita dalam bahasa Inggeris kepada sebahagian kanak-kanak sempena Konvensyen Antarabangsa Wanita Dalam Perniagaan Pertama di Melaka
Saturday, January 5, 2013
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan
PERSANDINGAN pada 6 Ogos 1956.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan
BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.

“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.
“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin.

BERSAMA keluarga pada 1977.
“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.
Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.
Bukan cinta pandang pertama
MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. Dr Mahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.

SALING memahami.
|
“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..
Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.
Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.
“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.
Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmah tidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.
“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.
Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinan mereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.
“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’.
“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.
Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan
Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.
Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari.
“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka dan apabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dan kami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.
Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.
Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.
Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.
“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai.
“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.
Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.

Berita harian 12/02/2009
THINK & RETHINK
A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation.
~James Freeman Clarke
SUARA HATI DR MAHATHIR
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Dr Mahathir Mohamad
23hb September, 2012 – 7 Zulkaedah 1433 H
CHANGE
By Dr Mahathir Mohamad
1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.
2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.
3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.
4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.
5. And many more.
6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.
7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.
8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.
9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.
10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.
11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc..etc.
12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that all Governments need money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will still have to spend money on running and maintaining utilities, expressways, schools, hospitals, operational and development cost, pension, subsidies, etc.
13. So where does the Government get necessary funds.
14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return to repay the loans. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.
15. That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.
16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.
17. Remember 1997- 8 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.
18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA and Islamic banking were part of the claim.
19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government. All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.
20. Five years for the Anwar or Hadi-led opposition to govern is dangerous. Many things can be destroyed in five years. We have some experience of this. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officer in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government. We know this has happened before.
21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouths of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.
22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.
23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire. But changing the Government can and will result in this country becoming unstable and unable to grow.
source :
http://chedet.cc/
Friday, January 4, 2013
'Jangan bereksperimen'
Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada negara berkebajikan seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.
Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.
Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat. Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.
Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang, katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang takhta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.
Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.
Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.
Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka. Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis, tegasnya.
Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.
Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.
Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri, ujarnya.
Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.
Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya, tambahnya.
UTUSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)