Thursday, January 31, 2013

Anwar terlibat beri IC di Sabah tanpa disuruh, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.
Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan sewenang-wenangnya.
"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.
"Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir lagi, pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.
Dalam pada itu, ahli politik veteran negara tersebut juga menegaskan Anwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu.
"Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.

http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment