Friday, January 6, 2012

Islam Tercemar Kerana Diperalatkan Untuk Politik Duniawi - Mahathir

Islam Tercemar Kerana Diperalatkan Untuk Politik Duniawi - Mahathir

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam di negara ini sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya telah menjadi luntur kerana Islam diperalat untuk kepentingan politik duniawi.

Beliau berkata agama yang satu dan mazhab yang sama tidak terdaya menangkis serangan ahli politik yang mencipta syarat-syarat baru bagi agama Islam demi politik duniawi yang dikejar mereka.

"Oleh kerana syarat dan tafsiran-tafsiran ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis-hadis sahih atau mana-mana kitab tulisan ulama-ulama silam yang muktabar, maka majoriti orang Melayu Islam menolak syarat-syarat ciptaan mereka yang berkepentingan ini.

"Dengan itu berpecahlah orang Melayu Islam kepada dua kumpulan yang saling bermusuh antara satu sama lain," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc, yang bertajuk 'Melayu Islam'.

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu Islam di Malaysia sekarang sudah berpecah dan bermusuhan dengan teruknya sesama mereka.

sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment