Sunday, March 20, 2011
Dr Mahathir yang ku kagumi..............
Dr Mahathir yang ku kagumi..............
Tanggal 16 Julai 1981,
Pada hari inilah
Malaysia mendapat Perdana Menteri baru
yang dikenali sebagai Datok Seri Dr Mahathir bin Mohamad...
Anak bongsu Mohd Iskandar yang meninggal 1950
dan ibunya pula Wan Tempawan pada 1966
Usiaku baru mencecah 7 tahun
Baru Belajar di Sekolah Rendah
Namun amat ku suka menatap potretnya
yang terpampang dalam bilik dan pejabat sekolah...
Aku tidak mengerti apa itu politik
Namun aku dididik oleh guru agar menyayangi pemimpin
kerana pemimpin manusia berjasa..
Aku tidak pernah bertemu tokoh ini
hinggalah satu masa di luar negara
ketika aku bergelar Graduan di Universiti
Dr Mahathir bersama isteri melawat Arab Saudi
dan menjemput pelajar Malaysia ke konsul Malaysia di bandar Jeddah
Aku benar-benar teruja
dan amat gembira
bertemu pemimpin dan tokoh kesayanganku..
Namun amat meluat
melihat gelagat pelajar yang membenci beliau
berebut-rebut bersalam dan mengambil gambar...
Itulah hipokrit...
Dr Mahathir amat bertenaga
Walaupun menjadi Perdana Menteri ketika usianya sudah melewati 56 tahun...
Tekun siang dan malam
bekerja untuk memajukan negara
Ketika ramai mencebik
mencemuh dan memperlekehkan beliau
Beliau terus giat siang dan malam
Tanpa mengira penat atau jemu
Tanpa peduli apa kata manusia.....
Proton Saga lahir
Jambatan Pulau Pinang terpacak
merentasi lautan luas
dan terkenal pelusuk dunia...
Satu demi Satu
Pelbagai kejayaan
ditempa dan tercatat
di dada akhbar dan kaca tv
atas usaha seorang manusia
bernama Mahathir....
Pedulikan Mat Sabu
Nyahkan Lim Kit Siang
Mereka hanya tahu mengherdik dan membenci
Tidak pernah berterima kasih
penat lelah manusia bernama Mahathir....
Namun aku
bijak menggunakan akal
menghargai Dr Mahathir
yang banyak berjasa
Dr Mahathir adalah permata
buat negaraku tercinta Malaysia
1000 tahun lagi mungkin tiada lagi
manusia kental dan gagah berani
memperjuangkan bangsa dan agama..
sekuat dan segagah beliau...
Dr Mahathir pemimpin berjiwa rakyat
Membangunkan ekonomi negara
kerana sedar kemiskinan adalah musuh
yang merendahkan rakyat..
Malaysia yang dahulunya terbiar
Negara besar yang terperosok
Namun akhirnya Terkenal pelusuk dunia
kerna kebijaksanaan manusia bernama Mahathir
Aku bersyukur
Membesar di zaman beliau
Melihat negara membangun dan maju...
Aku bersyukur
kerana merasai nikmat menjadi salah seorang rakyat Malaysia
di zaman pemerintahan seorang Perdana Menteri bernama Mahathir...
Jika aku lahir 200 tahun lampau
atau 200 tahun akan datang
Mungkin aku tidak kenal
siapakah Dr Mahathir...
Namun 31 Oktober 2003
adalah tarikh amat syahdu
seorang negarawan dan tokoh akhirnya bersara...
meninggalkan kerusi PM buat selamanya....
Ketika ditanya wartawan 30 hari sebelum persaraan,
Beliau menjawab
“Well, I think I should record some of my experiences as it may become useful for other people to learn from all the mistakes I have made. “
Itulah janji beliau
Akhirnya pada 9 Mac 2011
Lahirlah A DOCTOR IN THE HOUSE
Setelah 8 tahun ditulis
dengan gigih dan tekun.....
Ketika menghantar isteri tersayang di KLIA
Melancong luar negara dua minggu
sebagai hadiah perkahwinan keenam
aku membeli tanpa ragu
RM100.00 tunai...
Dan sedang menghayati bait-bait kalimah beliau....
“For Hasmah and My Children,for their Love,Support,Tolerance and Courage”
Itulah bait yang menyentuh perasaan
dari manusia bernama Mahathir..
Aku akan tetap mendoakan
agar beliau sihat sejahtera
dan sentiasa kaya idea membangunkan negara
walaupun hanya bergelar penasihat....
Idea beliau melangkaui tahun dan abad
Wawasan 2020 bukan untuk tahun 2020
namun untuk masa depan negara hinggalah kiamat
Aku masih tidak lupa
Nasihatnya di Yayasan Bukhary
akan terus terngiang di minda
dan menjadi azimat menjadi usahawan...
Terima kasih Dr Mahathir
Aku tidak mampu memberi wang berjuta
Membina Mahligai seindah Taj Mahal buatmu...
Hanya doa buatmu
agar bahagia dunia dan akhirat....
Aku berusaha siang dan malam
menulis tanpa jemu
“PERIBADI DR MAHATHIR YANG WAJAR DITELADANI”
Dan kini telah siap
Menunggu masa untuk diterbitkan.....
Aku menulis buku ini
sebagai penghargaan buatmu...
Agar ramai manusia
mengikuti teladanmu.....
Buatmu Tun Dr Mahathir
Engkaulah role-model buatku dan zuriatku
Serta keturunanku
Hinggalah kiamat...........
SATA SAALIMUN
10.00 malam
Teratak Usang
Melaka Negeri Tercinta.......................
TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteThanks..............
Delete