Monday, December 12, 2016
Saturday, December 3, 2016
Mahathir alat dan kuda yang ditunggang oleh DAP
Friday, December 2, 2016
Wednesday, November 16, 2016
'Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu'
Sunday, November 13, 2016
Sunday, November 6, 2016
TUN MAHATHIR - MASIH TETAP HANDSOME DAN DI SUKAI RAMAI
20150404 Pandangan Tun Dr M mengenai Lee Kwan Yew
Sunday, October 23, 2016
Malaysia In The World Today - Dr Mahathir Mohamad in London
Thursday, October 13, 2016
Wednesday, October 12, 2016
PENTADBIRAN KUKU BESI
PENTADBIRAN KUKU BESI
1. Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ada yang menyatakan mereka menerima ugutan dari parti UMNO dan Kerajaan Najib.
2. Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari UMNO, atau lucut jawatan dalam Kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.
3. Tetapi mereka masih sanggup didera seperti ini kerana kepercayaan bahawa akhirnya, dengan penyertaan mereka dalam PPBM dan mengundi baginya dalam PRU14, nikmat berkali ganda akan diperolehi oleh negara dan diri mereka juga.
4. Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai PPBM. Dan mereka berusaha mendapat bumiputra lain termasuk ahli UMNO supaya menyertai PPBM.
5. Perjuangan bagi mereka bermakna kesanggupan mengatasi sebarang rintangan. Perjuangan tidak bermakna jika jalan ke arah matlamat terbuka luas dan ditabur dengan bunga mawar sepanjangnya.
6. Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga. Bukan sahaja escort motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar. Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan.
7. Orang-orang Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
8. Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.
9. Sesungguhnya ramai juga orang Malaysia yang takut didera oleh Kerajaan Najib. Itulah demokrasi Najib.
10. Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan Kerajaan kuku besi Najib. Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan Kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang P.M. yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.
11. Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib.
12. Undang-undang ini yang tidak direstui oleh YDP Agong dan Raja-Raja Melayu memberi kuasa kepada Najib mengisytihar kawasan sekuriti dan dengan itu sesiapa sahaja boleh di masuk dalam tahanan tanpa dibicara. Ini lebih buruk dari ISA.
13. Jika sesiapa terbunuh atau dibunuh, samada anggota keselamatan atau orang awam, tidak ada inquest (pemeriksaan oleh majistret berkenaan sebab-sebab kematian) yang akan diadakan. Dan keluarga simati tidak boleh bawa kes ke mahkamah untuk mendapat keadilan.
14. Sebenarnya undang-undang seperti ini tidak boleh disahkan tanpa tandatangan SPB Yang diPertuan Agong. Tetapi Najib tidak peduli kepada undang-undang atau aturan-peraturan. Ia PM dan ia percaya sebarang pencabulan undang-undang olehnya tidak boleh didakwa di Mahkamah. Pendakwarayanya jinak akan halang.
15. Semua ini menjadi tanda bahawa demokrasi sudah tidak ada lagi di Malaysia. Yang ada hanyalah pemerintahan kuku besi, pemerintahan diktator.
16. Rakyat akan membantah penghapusan demokrasi di negara tercinta ini melalui proses yang halal. InsyaAllah ketegasan rakyat akan akhirnya menamat salah laku Najib.
- CHE DET
CASH IS KING
CASH IS KING
1. Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini.
2. Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.
3. Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram. Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.
4. Al-Quran menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri, menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.
5. Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal jariah dan sedekah juga digalakan.
6. Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja haji?. Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.
7. Apakah pula jika zakat yang diwajibkan tidak dibayar sama sekali dari perolehan haram?. Sekali lagi kajian perlu dibuat oleh alim ulama secara jujur berpandu kepada Al-Quran dan hadith.
8. Namun ramai orang Islam yang sanggup menerima wang rasuah (haram) dari wang yang didapati secara haram. Kalau pun punca wang itu halal tetapi jika diguna untuk rasuah, untuk sogokan, wang yang diterima tetap haram. Ini tidak boleh ditakrif sebagai rezeki. Apa kata alim ulama.
9. Manusia tamak. Walaupun sudah kaya, sudah jadi jutawan, sudah mendapat perolehan yang banyak, tetapi jika berpeluang menambah kekayaan, manusia tidak menolak.
10. Jika penambahan ini halal puncanya, ia tidak dilarang, tidak haram, tidak berdosa, asalkan zakat dibayar dan sedekah dibuat.
11. Tetapi jika tambahan kekayaan ini datang dari punca yang haram, dari hasil pencurian atau sogokan, ia dilarang, haram dan berdosa.
12. Di antara pendapatan yang haram ini, tidak ada yang lebih buruk dari sogokan. Ia merosakan masyarakat dan menjadi beban yang berat kepada anggotanya. Kehidupan menjadi amat tidak selesa.
13. Biasanya yang terlibat dengan jenayah sogokan ialah mereka yang berkuasa atau memiliki pengaruh yang amat berkesan. Lebih tinggi kuasa atau lebih besar pengaruh maka lebih besarlah sogokan. Tidak ada yang terlalu tinggi yang tidak boleh disogok. Hanya yang boleh membendung nafsu sahaja yang selamat dari rasuah.
14. Inilah yang kita lihat apabila terdapat orang yang percaya bahawa wang itu raja. Daif atau kaya, wang boleh mempengaruhi pendirian. Bangsa, agama, negara boleh dijual jika sogokan setanding dengan ketamakan.
15. Dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai pengundi menerima wang dan alatan elektrik untuk dapur. Mereka anggap ini adalah rezeki mereka.
16. Sebenarnya ini bukan rezeki. Pemberian ini ialah sogokan untuk mendapat undi mereka. Penerimaan oleh mereka ialah berdosa. Samada mereka beri atau tidak beri undi menerima, sogokan masih berdosa.
17. Dalam PRU 14 duit haram ini akan ditabur dengan lebih banyak. Tabung untuk sogokan ini sudah pun diadakan oleh pihak tertentu dari punca yang haram. Penerima harus tahu duit ini duit haram dan menerima sogokan juga berdosa.
18. Jika ingin beri duit kepada yang daif, buat sedekah dari sekarang. Tetapi sedekah patut dibuat dengan duit yang halal. Ada Kerajaan Negeri yang meringankan tanggungjawab mereka yang miskin dengan duit halal. Alhamdulillah. Inilah cara yang terabit.
19. Tetapi menyembah wang tunai sebagai Raja yang boleh menjayakan apa sahaja yang dikejar, menyembah wang sehingga sanggup berdosa dengan melakukan jenayah rasuah bukan perbuatan yang sejajar dengan ajaran Islam atau pun agama-agama lain.
- CHE DET
HADIAH -ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM & SWASTA
Semua penjawat awam & swasta yang sedang menjalankan tugasan rasmi dan dibayar gaji atas kerja itu, TIDAK BOLEH lagi untuk mereka mengambil apa-apa HADIAH, DERMA, SEDEQAH oleh pelanggan atau orang ramai yang DISEBABKAN jawatan yang dipegangnya. Hatta sekiranya pemberi menyatakan dia Ikhlas, ia tetap masih lagi HARAM hukumnya di dalam Islam, berdalil antaranya:-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ
" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (atau ghalul = pengkhianatan & curi) " (Hadith Riwayat Abu Daud, no 2943, ِAl-Zahabi : Isnad SOleh, Abu Daud : Soleh; Albani : Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس في بيتِ أبيه وأمِّه حتى تأتيَه هديتُه،
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )
Beringatlah semua penjawat dan pemegang kuasa bagi menguruskan urusan awam, sebarang hadiah yang diterima adalah DOSA dan TIADA BERKAT pada harta tersebut. Jika dimakan, hilanglah BERKAT, hampirlah kepada asbab ke Neraka.
MELAYU
"Saya sedih tengok bangsa Melayu....Saya dah buktikan diri saya kuat bekerja.Pulang dari luar negara ,terus ke pejabat.Saya buat macam-macam namun Melayu sikapnya mahu cepat kaya dengan jalan mudah.
Dalam dunia ini,tiada perkara mudah.
Kita kena berusaha dan rajin "
Kita kena berusaha dan rajin "
-CHE DET ,2003
DISIPLIN
"Bangsa Melayu boleh berjaya dan maju jika mereka mengubah sistem hidup.Lihatlah bangsa Cina,mereka berjaya dalam bisnes kerana mengamalkan disiplin .Untuk berjaya,kita perlu mengamalkan nilai mulia dan disiplin dalam kehidupan.Jika di Malaysia bangsa Cina telah membuktikan mereka berjaya dalam perniagaan,contohilah mereka."
-CHE DET
AYAH
"Ayah saya menjadikan rumah seperti bilik darjah sekolah.Apabila mendengar batuk ayah saya sahaja,kami adik beradik terus mencapai buku"
- CHE DET
Al-Fatihah buat Mohamad bin Iskandar
TUA
"Saya mengaku saya sudah TUA,namun saya belum NYANYUK."
-CHE DET
BARAT
"BARAT mengherdik dan mencaci kita apabila projek BAKUN dilaksanakan sedangkan ia memberi manfaat kepada jutaan orang.Mereka mengkritik kita kerana mahu kita terus mundur dan mereka suka mendengar kita masih tinggal di atas pokok.hakikatnya mereka melakukan kemusnahan lebih besar dengan menebang pokok dan mencemarkan alam sekitar sejak puluhan tahun lampau "
- CHE DET
THE LOAF
"Selepas bersara ,saya berniaga....hanya ada kedai roti sahaja "
-CHE DET ,Hotel istana KL ketika menyampaikan pidato buat usahawan PUNB .
1 SEN
"Saya diberikan 1 sen oleh ayah sebagai wang saku sekolah.Saya membeli belon dan mendapat dua belon.Saya jual setiap satu dengan harga satu sen dan dapatlah dua sen.kepayahan hidup zaman itu sebabkan saya berusaha mencari jalan mendapatkan lebihan wang "
- CHE DET ketika diwawancara di Yayasan al -Bukhary
PIDATO
"Saya tidak suka berpidato dengan berbunga-bunga hinggakan pendengar sukar faham.Bercakaplah dengan nada biasa dan mudah difahami"
- CHE DET
RM5
"Ketika saya menjadi PM,ada seorang lelaki memberikan saya 5 ringgit dan saya bertanya ini duit apa?
Jawabnya ini duit saya hutang semasa mendapat rawatan di klinik MAHA dahulu ...
Saya pun ambillah wang itu "
- CHE DET
EAEC
"Negara-negara maju membuli dan tidak membantu negara miskin dan membangun.Kita lihat Eropah mempunyai blok ekonomi sendiri namun apabila kita mahu mewujudkan EAEC ,mereka mencemuh dan mahu menghalang kita .Jika mereka boleh bersatu dalam ekonomi,mengapa kita tidak ?".
-CHE DET
MUTIARA KATA DR M - TAHYUL
"Saya sedih bangsa Melayu masih mempercayai bomoh dan tahyul bila mengalami penyakit.Mereka perlu buang minda negatif dan mempercayai dunia perubatan moden'.
- CHE DET
MUTIARA KATA DR M - PERSAHABATAN
"Dalam politik tiada PERSAHABATAN selamanya.Kadangkala hari ini berkawan,esok bermusuh,begitulah sebaliknya".
- CHE DET
Monday, October 10, 2016
Saturday, October 8, 2016
Monday, August 29, 2016
Friday, August 12, 2016
Wednesday, August 10, 2016
OLYMPIC OFFICIAL SONG RIO 2016 (GOLD FOR MY NATION)
Bersatu Mampu Cabar Umno, Pecah Undi Melayu - Musa Hitam
Penubuhan satu lagi parti politik berasaskan perkauman hanya akan memecahkan undi di kalangan orang Melayu, sekali gus mencabar Umno.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, situasi itu akan menyebabkan semua pihak akan mengeksploitasi isu perkauman bagi mendapatkan undi untuk menang dalam pilihan raya.
"Cabarannya kepada orang Melayu. Sekarang kita ada tiga atau empat parti yang cuba untuk mendapatkan undi Melayu.
"Maaf untuk dikatakan bahawa negara ini masih bersifat perkauman. Sama ada anda suka atau tidak, banyak parti cuba untuk mengeksploitasi perasaan perkauman," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku tulisannya berjudul Frankly Speaking di sini, Rabu.
Malahan Musa juga mengakui, pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara penggerak kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mencabar Umno.
"Parti baharu ini yang berorentasikan bumiputera atau Melayu, ia bermakna mereka akan menjadi pencabar kepada Umno.
"Umno mahu terus menjadi nasional dan ia akan memecahkan undi Melayu. Inilah masalahnya. Jadi mereka mesti buat perkiraan dan pertimbangkan mengenai perkara ini," katanya.
Bagaimanapun menurut Musa, beliau berharap Bersatu yang bakal dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden mampu menjadi pembangkang yang efektif.
"Saya berharap mereka akan tampil dengan kombinasi Malaysia yang sebenar. Ia terpulang kepada kapasiti pemimpinnya, mereka sangat berpengalaman untuk menjadi pembangkang yang efektif," katanya.
http://www.mstar.com.my/
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, situasi itu akan menyebabkan semua pihak akan mengeksploitasi isu perkauman bagi mendapatkan undi untuk menang dalam pilihan raya.
"Cabarannya kepada orang Melayu. Sekarang kita ada tiga atau empat parti yang cuba untuk mendapatkan undi Melayu.
"Maaf untuk dikatakan bahawa negara ini masih bersifat perkauman. Sama ada anda suka atau tidak, banyak parti cuba untuk mengeksploitasi perasaan perkauman," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku tulisannya berjudul Frankly Speaking di sini, Rabu.
Malahan Musa juga mengakui, pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara penggerak kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mencabar Umno.
"Parti baharu ini yang berorentasikan bumiputera atau Melayu, ia bermakna mereka akan menjadi pencabar kepada Umno.
"Umno mahu terus menjadi nasional dan ia akan memecahkan undi Melayu. Inilah masalahnya. Jadi mereka mesti buat perkiraan dan pertimbangkan mengenai perkara ini," katanya.
Bagaimanapun menurut Musa, beliau berharap Bersatu yang bakal dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden mampu menjadi pembangkang yang efektif.
"Saya berharap mereka akan tampil dengan kombinasi Malaysia yang sebenar. Ia terpulang kepada kapasiti pemimpinnya, mereka sangat berpengalaman untuk menjadi pembangkang yang efektif," katanya.
http://www.mstar.com.my/
Dr M masuk IJN
Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk rawatan jangkitan di dada.
Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN, bekas perdana menteri itu dijangka diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari.
Mahathir, 91, kini berada di wad biasa dan berdasarkan nasihat pasukan perubatan, lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga sahaja, kata kenyataan itu.
Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari mulai 16 November untuk rawatan jangkitan di dada.
- Bernama
Kita doakan....
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ البَأْسَ ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي ، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya :
“Wahai Allah rabb yang memelihara segenap manusia, hilangkanlah segala penyakit, dan sembuhkanlah. karena hanya Engkau penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan Mu, kesembuhan yang tiada akan dihinggapi penyakit lagi"
Semoga Tun M cepat sembuh...Aaminn
Friday, July 29, 2016
Tuesday, May 24, 2016
Sunday, April 17, 2016
Saturday, April 16, 2016
Easter - A Muslim Viewpoint - by Sheikh Ahmed Deedat
Tuesday, April 12, 2016
Ustadz Hussein Yee 2016 = SEBAB USTAZ KELUAR BUDHA =
Wednesday, April 6, 2016
Tuesday, April 5, 2016
د مهاتير محمد رئيس وزراء ماليزيا وخطتة التى نهضت بماليزيا1
مهاتير محمد ( رئيس ماليزيا الأسبق ) : تجربة نجاح 1
Sunday, April 3, 2016
Friday, April 1, 2016
Sebab ni ka Najib Buang Mukhriz jadi MB kedah?
Thursday, March 31, 2016
Wednesday, March 30, 2016
Tuesday, March 22, 2016
Tuesday, March 15, 2016
Friday, March 11, 2016
Perkhidmatan Dr Mahathir segbagai penasihat Petronas
Sunday, March 6, 2016
Dr.Mahathir - IRAN has the right to make Nuclear Weapons
'Israel to blame for ISIS' - Mahathir Mohamad 2015 (Sky News)
Tun Mahathir (Tun M) TPPA- Muslihat Amerika Jerat Malaysia
Bekas IGP setuju kenyataan Dr M tak berbaur hasutan
Rakaman Polis halang Mahathir berucap, Najib tak hadir
Friday, March 4, 2016
Tuesday, March 1, 2016
Monday, February 29, 2016
Tuesday, February 16, 2016
"Nak Bunuh Saya, Saya Tak Ada Apa.."- Tun Mahathir
TUN MAHATHIR - MASIH TETAP HANDSOME DAN DI SUKAI RAMAI
Monday, February 15, 2016
Friday, January 8, 2016
Wednesday, January 6, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)