Thursday, September 13, 2012
Dr.Mahathir Saran Buat Rumah Terbuka Untuk Pelancong
Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan rakyat Malaysia mengundang pelancong asing ke rumah terbuka mereka bagi membolehkan tetamu asing itu meraikannya dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam suasana harmoni.
"Mereka mahu melihat budaya kita dan keupayaan kita hidup dalam negara berbilang bangsa tanpa rasa takut seperti yang dilihat di kebanyakan negara berbilang bangsa atau berbilang agama yang lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Bekas perdana menteri itu ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannnya di The Mines, Seri Kembangan dekat sini. Beliau sebelum itu meraikan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya walaupun konsep itu bukan suatu yang baru namun ia harus melibatkan penyertaan lebih aktif daripada rakyat tanpa mengharap pemberian insentif kerajaan.
"Kita buka rumah bukanlah secara besar-besaran tetapi biarlah mereka rasa kehidupan kita setakat yang kita mampu," katanya.
sumber :
http://www.klpos.com/
No comments:
Post a Comment