LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan umat Islam supaya tidak berselisih faham terutama dalam usaha merebut jawatan di peringkat kepimpinan sesebuah parti politik.
"Kita bermusuh sesama sendiri kerana fahaman politik, tidak ada sebab kita harus berpecah belah," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim serta warga emas di Masjid A'ishah di sini, semalam.
Beliau berkata, rakyat tidak seharusnya berpecah belah kerana negara ini bukan lagi dijajah oleh orang asing.
"Jika kita bersatu sudah pasti kita akan menjadi kuat, rakyat seharusnya bersyukur kerana negara ini tidak menghadapi peperangan, bencana alam yang teruk, serta dapat hidup aman damai tanpa ada sebarang gangguan," katanya.
Beliau berkata, rakyat negara ini juga patut bersyukur kerana menerima banyak nikmat yang tidak dapat dirasai rakyat di negara lain.
sumber - BERNAMA
No comments:
Post a Comment