Malaysia dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012, apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menerima penghormatan Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC.
Industri komposit Malaysia turut diberi pengiktirafan.
Dr Mahathir, yang berkecimpung di dalam arena politik Malaysia lebih 40 tahun, menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari itu yang bermulai di sini semalam di Pusat Konvensyen Suntec.
Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Beliau telah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia.
Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya.
Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia.
JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud, dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang.
JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik.
Ia merupakan satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan kesemua pemain industri komposit global di rantau ini.
Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.
sumber - Bernama
No comments:
Post a Comment